KENAPA SESEORANG ITU GEMUK? Jom kita faham kenapa tubuh kita boleh membesar dan menjadi gemuk. Kalau kes saya boleh mencecah sehingga 135kg. Kalau saiz baju dah 5xl. Kegemukan dikait rapat dengan gaya hidup seseorang. Gaya hidup yang diamalkan selama bertahun lamanya akan membentuk tubuh seseorang. Semestinya gaya hidup yang tidak bagus akan menjadi seseorang itu gemuk. Gaya hidup yang membawa kepada kegemukan selalu dikaitkan dengan 2 perkara. Pemakanan dan aktiviti. 2 faktor ini adalah punca utama seseorang menjadi gemuk. Tapi sebenarnya ada beberapa punca lain yang boleh membuat seseorang itu gemuk, antaranya penyakit. Kes ini saya akan terangkan di lain artikel. Hari ni kita bincangkan berkaitan 2 punca dahulu. Pemakanan dan aktiviti. 1 benda yang perlu difahami disini adalah kedua dua punca ini ada satu kaitan yang sama yakni kalori. Apa itu Kalori? - Kalori hanya boleh diambil melalui pemakanan - kalori hanya dapat dikeluarkan (dibakar) melalui aktiviti. - Kalori a
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.