7 TIPS ATASI LAPAR UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal pengambilan kalori. Rasa lapar disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa.
Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan ada masa membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Asal lapar makan.
Tapi alhamdulillah saya mampu atasinya, dalam amalan diet kalori sehinggalah kepada Intermittent Fasting, malah saya antara pengamal tegar OMAD (One Meal A Day)
Bagaimana saya atasi masalah lapar ni? Jom saya kupas berdasarkan pengalaman saya.
1. Minimumkan karbohidrat dalam setiap hidangan. - saya dapati kalau sarapan dengan nasi biasanya tak sampai waktu makan tengahari perut dah mula lapar.
2. Ambil banyak fiber dalam hidangan. - Fiber akan memenuhkan dan mengetatkan perut kita, ini membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama.
3. Minum kopi kosong antara hidangan. - Kajian mendapati kopi boleh meningkatkan hormon yang membuatkan perut berasa kenyang.
4. Banyakkan minum air kosong. - air dapat memberi impak penuh pada perut yang akan memberi rasa kenyang.
5. Tidur kena cukup. - ini sangat penting. Tidur akan membantu penghasilan hormon yang menyebabkan kita berasa kenyang.
6. Kawal stress dengan bijak. - masalah tak akan pernah habis. Jadi ambil masa dan layani masalah dengan tenang, jika stress hormon yang menyebabkan kita rasa nak makan akan terhasil.
7. Buat jadual masa makan. - biasakan tubuh dengan makan pada masa yang sama setiap hari. Dengan melakukan jadual ia akan memberi tubuh satu keadaan 'terbiasa'.
Ini antara apa yang saya sedar dalam proses saya turunkan berat badan. Mungkin tidak lengkap dengan fakta tapi inilah yang saya sendiri secara peribadi amalkan untuk kekalkan proses yang amat sukar sebenarnya.
Saya dapati lapar yang saya rasakan itu sebenarnya adalah rintihan nafsu semata mata. Kita sebenarnya belum cukup lapar tapi kerana terbiasa dek tabiat makan dengan banyak dan tak kira masa jadikan kita terasa tersangat lapar dan seolah mengidam.
dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/
Ulasan
Catat Ulasan