Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Bagaimana Berat Badan Naik hingga Gemuk

KENAPA SESEORANG ITU GEMUK?


Jom kita faham kenapa tubuh kita boleh membesar dan menjadi gemuk. Kalau kes saya boleh mencecah sehingga 135kg. Kalau saiz baju dah 5xl.

Kegemukan dikait rapat dengan gaya hidup seseorang. Gaya hidup yang diamalkan selama bertahun lamanya akan membentuk tubuh seseorang. Semestinya gaya hidup yang tidak bagus akan menjadi seseorang itu gemuk.

Gaya hidup yang membawa kepada kegemukan selalu dikaitkan dengan 2 perkara. Pemakanan dan aktiviti. 2 faktor ini adalah punca utama seseorang menjadi gemuk. Tapi sebenarnya ada beberapa punca lain yang boleh membuat seseorang itu gemuk, antaranya penyakit. Kes ini saya akan terangkan di lain artikel. Hari ni kita bincangkan berkaitan 2 punca dahulu.

Pemakanan dan aktiviti. 1 benda yang perlu difahami disini adalah kedua dua punca ini ada satu kaitan yang sama yakni kalori.

Apa itu Kalori?
- Kalori hanya boleh diambil melalui pemakanan
- kalori hanya dapat dikeluarkan (dibakar) melalui aktiviti.
- Kalori adalah unit pengukur kepada jumlah tenaga yang diambil dari pemakanan dan juga unit pengukur kepada tenaga yang dikeluarkan melalui aktiviti.
- Unit Kalori ini ada asas pengiraan universal dimana 1g Karbohidrat bersamaan 4kalori
1g Protien bersamaan 4kalori
1g Lemak bersamaa 9kalori
Sebagai contoh satu hidangan mengandungi 50g karbohidrat, 50g protien dan 5g lemak adalah bersamaan
(50g x 4) + (50g x 4) + (5g x 9) = 445kalori.

Ok sekarang jom kita faham kenapa kalori boleh menggemukkan. Kalori yang diambil dari pemakanan bertujuan untuk tubuh berfungsi. Analoginya seperti kenderaan perlukan minyak untuk bergerak.

Kegemukan berlaku bila tubuh menerima kalori dan tidak membakar kalori tersebut dengan aktiviti yang secukupnya. Kalori yang diterima tubuh tidak digunakan sebagai tenaga melalui aktiviti akan disimpan oleh tubuh sebagai lemak. Tisu tisu lemak ditubuh seseorang adalah tenaga yang tidak digunakan. Sebab itulah tubuh seseorang boleh membesar dan membesar dan menyebabkan kegemukan dan Obesiti.

Sebagai satu contoh yang mudah, jika kita mengambil 2000 kalori, tapi hanya membakar 1500 kalori maka akan tersimpan 500 kalori setiap hari. Dengan lebihan 500 kalori setiap hari selama setahun, tubuh akan naik sekitar 24kg. Bayangkan jika lebihan kalori yang tidak digunakan selama bertahun tahun. Sebab itulah tidak mustahil saya pernah mencecah 135kg pada tahun 2016.

Jadi bilamana kita sudah faham bagaimana tubuh boleh menjadi gemuk, pastinya kita akan faham bagaimana nak turunkan berat badan. Ada 2 cara,
1. Kurangkan kemasukan kalori
2. Perbanyakkan Aktiviti pembakaran kalori

Moga bermanfaat.

dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/










Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam