Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Ketagihan Gula

Percaya atau tidak, ada yang tak mampu nak tinggalkan gula dalam minuman walaupun dah buat keputusan. Ada yang pm tubuhnya jadi ketar ketar sebab tak minum teh tarik utk sarapan pagi.

Dalam method pertama yang saya susun bagi seseorang nak turunkan berat badan adalah dengan mengelak ambil gula dalam minuman.

Apa signifikan dalam method pertama ni?
1. Ianya sebenarnya mudah utk dilaksanlpakan. Anda hanya perlu ganti setiap minuman manis seperti boba tea, teh tarik, nescafe ais dll dengan air kosong. Pilihan ini mudah tanpa perlu anda ada ilmu atau perlu mengikuti kursus. Hanya tukar!!!
2. Setiap air manis yang anda ganti dengan air kosong telah menjimatkan hampir 100kalori intake anda.  Bayangkan anda ambil teh tarik 3 gelas sehari. Sifir mudahnya anda telah mengambil 300 kalori hanya dengan minuman sahaja. Ianya minuman, sekadar memuaskan nafsu ketagih dan bukanlah sesuatu yang penting bg anda sebenarnya.

300 kalori yang anda ganti dengan pengambilan air kosong td telah menjimatkan anda untuk membakar 300 kalori yang masuk dengan aktiviti bersenam.

Kenapa saya susah nak buat Method pertama ni?
Kalau ini soalan yang anda tanya, anda sebenarnya adalah seorang penagih gula! Bukan penagih dadah atau alkohol, tapi gula. Tapi simptomnya adalah sama.

Jika seorang penagih dadah perlu memuaskan dirinya dengan dadah sehinggakan berusaha menipu dan ada kes sanggup membunuh ibu kerana mahukan dadah. Anda juga seorang penagih gula jika dalam sehari anda secara spontan dengan usaha membancuh teh atau beratur panjang utk dapatkan boba tea walaupun anda sudah tekad untuk lakukan method pertama.

Cuba anda renungkan, apa terjadi jika anda tidak minum air manis dalam satu hari. Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena, anda rasa gelisah dan fikiran terganggu. Itu maknanya anda adalah penagih gula. Lebih teruk ada yang bagi feedback pada saya, tangan dia ketar ketar sebab dia nekad tak nak minum air manis. Alhamdulillah, dengan nasihat dan usaha, dia mampu cut gula dalam minumannya.

Jadi kenali diri anda ditahap mana. Adakah anda penagih gula? Jika anda penagih gula cuba ikuti saranan dibawah.

1. Kenali bahaya yang menanti dengan pengamalan gula yang banyak dan berterusan. Gula adalah antara pembawa kepada risiko penyakit jantung, obesiti, kencing manis, darah tinggi dan kanser.
2. Fahami kebaikan tindakan anda jika meninggalkan pengambilan gula. Anda akan ada penurunan berat badan dan kadar kesihatan yang lebih baik.
3. Ganti pengambilan gula putih dalam minuman dengan stevia atau Lakanto.
4. Kurangkan separuh dari pengambilan biasa. Jika sehari anda ambil 4 gelas, kurangkan dulu kepada 2 gelas dan lama kelamaan kurangkan sehingga anda mampu berhenti minum air manis.

Pilihan ditangan anda, dan jika anda nak anda pasti mampu melaksanakanya.

Disclaimer- Saya tidak kata anda harus berhenti ambil gula putih selamanya, ada masa kita boleh nikmati hidup bila kita dah mampu kawal diri. Buat masa sekarang jika anda obesiti dan nak keluar dari belenggu obesiti method pertama ini anda kena lakukan sebaik mungkin sehingga berjaya.



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...