Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

SAHABAT

Cara buat Almond Milk dan Kebaikannya

Siapa suka minum susu badam ni? Angkat tangan. Kebaikan almond dalam penjagaan kesihatan sangat banyak. Pengambilannya secara sederhana mampu memberi kebaikan kesihatan kepada kita.  Kebaikan Kacang badam terkenal dengan pelbagai kebaikan antaranya. 1. Melancarkan peredaran darah 2. Mencantikkan kulit 3. Menguatkan tulang 4. Menambah daya Ingatan 5. Merendahkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan jantung 6. Mengawal baik berat badan ( ini yang ramai nak dengar) Prosesnya tak susah, senang dah lebih jimat berbanding beli di kedai, satu lagi kita boleh kawal kandungan gula atau ganti gula dengan stevia. Lebih baik untuk turunkan berat badan. Tapi jika kalian rasa susah dan rumit nak buat dirumah boleh terus order almond milk powder yang tiada gula dari Dalucia. Boleh buat belian di lazada - https://t.productlink.io/a41baz DAPATKAN SECARA PERCUMA EBOOK KISAH PENGALAMAN BAGAIMANA SAYA BERJAYA TURUN DARI 135KG KE 70KG MUAT TURUN SEKARANG

Manfaat kopi untuk turunkan berat badan

13 MANFAAT KOPI DALAM DIET. Sejak hari pertama saya putuskan untuk hidup secara sihat, saya ambil keputusan untuk tinggalkan minuman manis, gula dan susu pekat saya talakkan dalam minuman saya. Saya tukar minuman kegemaran saya Nescafe beng dan nescafe o beng dengan kopi kosong. inilah amalan yang tak putus saya amalkan sehingga sekarang. Minum kopi kosong. Bermula dengan order Nescafe tanpa gula sehinggalah ke Americano. Kopi adalah benda wajib saya ambik. Saya semasa Obesiti dulu adalah peminat Nescafe Kaw! Mesti lebihkan pahit dari manis susu. Kalau bancuh  dirumah saya akan ambik 3 sudu teh nescafe dan 3 sudu makan susu pekat. Setiap hari tanpa henti wajib minima 2 kali. Itulah antara Sebab saya semakin besar dan besar. Kopi membantu sedikit sebanyak dalam proses saya turunkan berat badan. Antara kajian kebaikan kopi adalah. 1. Boleh meningkatkan tahap tenaga. 2. Membantu pembakaran lemak. 3. Dapat meningkatkan prestasi tubuh. 4. Mengandungi nutrien penting (vit

7 LANGKAH MEMUPUK TABIAT BARU

7 LANGKAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK.  Percayalah kejayaan menurunkan berat badan adalah berkait lansung dengan tabiat seseorang. Malah ada yang berpendapat jika seseorang yang obesiti mampu mengubah 1 tabiat mereka pun, mereka dah boleh turunkan berat badan.  Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pupuk atau membina tabiat baru yang lebih baik. Dan yakinilah proses ini amat sukar. Kerana mengikut kajian sesuatu tabiat tidak boleh di padam dalam diri seseorang. Ianya hanya boleh diganti dengan tabiat baru.  1. Fokus membina satu tabiat sahaja dalam satu satu masa. Bila kalian fokus hanya kepada 1 tabiat, kalian memberi seluruh tumpuan dan tenaga hanya pada satu perkara. Ini lebih memudahkan.  2. Paksa lakukan setiap hari tabiat baru dalam masa 30hari. Ada yang kata 40 hari, ada yang kata 66 hari. Pilih yang mana kalian rasa percaya. Insyaallah, jika buat dalam masa sebulan pun dah dapat impak konsisten.  3. Bina tabiat dengan matlamat yang tepat. Jangan bina Matlamat baru hanya ke

Obesiti dan Dengkur boleh membawa maut

OBESITI DAN DENGKUR, KOMBINASI YANG MUNGKIN MEMBAWA MAUT. Post kali ini ditujukan kepada pasangan individu yang obesiti terutamanya. Untuk mereka yang obesiti juga bagus untuk menelaah isu ini dan mengambil tindakan. Jika pasangan kalian obesiti dan berdengkur dengan kuat. Wajib periksa tidur meraka! Mereka mungkin ada masalah besar yang boleh membawa maut dalam tidur. Jika pasangan kalian ada masalah masalah diatas, saya sarankan kalian periksa tidur meraka untuk malam ini. Ini kerana mereka mungkin menghidapi masalah Obstructive Sleep Apnea atau OSA Apa itu OSA? - OSA adalah masalah tidur dimana induvidu yang menghidapinya akan berhenti bernafas ataupun bernafas dengan kadar yang sedikit ketika tidur. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan Angin ahmar. - Kebiasaanya mereka yang menghidapi OSA tidak mengetahui status mereka, kerana masalah mereka berlaku dalam tidur yang mereka tidak perasan

Nak Bersenam Tapi Tiada Masa, Ini Solusinya

Ramai yang bertanyakan soalan bagaimana mereka nak berworkout sedangkan sibuk dengan kerja dan komitmen lain. Memang mereka nak bersenam tapi kekangan masa menyebabkan ramai diantara kita tak mampu untuk melakukan aktiviti bersenam. Dan ramai yang asbabkan hal itu penyebab berat mereka semakin naik.  Aktiviti bersenam adalah sesuatu yang baik dan digalakan. Kalau anda boleh buat, disarankan minima 3kali seminggu. Ini adalah untuk kesihatan jantung dan tubuh badan secara amnya. Jika anda orang yang sibuk dan tiada masa, mungkin jenis workout seperti berikut amat sesuai.  - lompat tali atau skipping, ianya amat mudah boleh dilakukan didalam rumah dan tidak memerlukan masa yang lama. 10minit dari masa anda seharian amatlah bagus untuk kesihatan anda.  - Tabata, rutin aktiviti ringkas seperti lompat bintang, plank, squat, lari setempat, lompat setempat dan banyak lagi rutin yang hanya mampu dibuat dalam bilik tidur anda. Ambik masa 10minit sehari utk tabata sangat bagus utk kesihatan dan p

Workout apa yang terbaik untuk kurus dengan cepat?

Senaman apa yang terbaik untuk kurus dengan cepat? Percaya atau tidak gambar diatas adalah gambar perbezaan saya hanya dalam masa dua bulan. Boleh lihat berapa banyak berbezaan lemak yang hilang dan gambar kanan sudah kurus. Apa yang saya buat? saya huraikan dalam satu sudut sahaja senaman. Saya perlu bagitahu, bukan senaman sahaja yang menyebabkan penurunan yang banyak berlaku. Ia gabungan banyak perkara lain seperti penjagaan makan, rutin harian yang lain, penjagaan tidur dan pengambilan suplimen. Pasti ramai yang ingin tahukan, Mengikut carian melalui katakunci digoogle, carian kurus dengan cepat paling banyak di cari setiap hari di Malaysia. Jadi hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri. Ianya hanya berdasarkan pengalaman saya semata. Gambar yang saya berikan diatas berbaju biru adalah bukti senaman yang saya buat selama 2 bulan menggurangkan sebanyak 20kg berat saya. Dalam fasa saya turunkan berat badan, tempoh dua bulan ni saya tak sedar langsung tubuh saya mengec

Raya yang bagaimana kalian nak tahun depan?

Pengalaman beraya yang saya impikan kalian juga kecapi. Bayangkan selama saya hidup saya beraya dengan tubuh yang besar. Akhirnya buat pertama kali pada tahun 2018 saya beraya dengan tubuh normal. Baju masa tu saiz M. Sedangkan tahun tahun terdahulu saiznya dari XXL ke 5XL. Kesusahan cari baju raya tiba tiba hilang. Tahun ni saya dapat kecapi pula satu rasa baru wife belikan baju kurta tanpa saya perlu ada bersama dia. Lebih kurang supriselah. Saya sebenarnya masa tinggal di Putrajaya selalu berangan wife belikan baju untuk saya. Tapi kebanyakkan baju yang dia beli tak muat sehinggakan saya nyatakan syarat kalau nak beli baju saya kena ada bersama. Kalau tak rugi. Tahun ni wife belikan baju saiz S. Alhamdulillah muat. Tuan puan, pengalaman saya ni bukanlah sesuatu yang ajaib. Tiada istilah mustahil pun. Apa yang perlu hanyalah hasrat yang diikuti dengan tindakan dan jangan sesekali berputus asa. Sebenarnya ilmu nak turunkan berat badan adalah sesuatu yang universal, banyak

Anda Juga Mampu keluar dari obesiti

THE BIG WHY NOT  Jika saya boleh, kenapa tidak kalian? Bila kita tgk orang yang berjaya turunkan berat badan akan ada banyak persoalan yang timbul. Apa lagi jika kita juga berhajat nak turunkan berat badan.  Saya pun sama, kalau ada kawan atau kenalan yang berjaya turunkan berat badan, saya akan soal siasat dia.  Apa dia makan? Ubat apa dia ambil? Makan berapa hari sekali? Dia workout apa? Makan banyak mana?  Berapa lama masa dia ambik? Kita mula jadi wartawan.. setiap sudut urusannya yang kita anggap relevan, kita akan tanya. Betul tak?  Saya pernah ada kenalan masa zaman sekolah dulu, kenal tapi tak pernah bercakap, dia senior 1 tahun dari saya, bila saya tengok selepas cuti penggal akhir tahun dia turun banyak kilogram saya mula tertanya-tanya, saya kuatkan semangat dan jumpa dia. Jadi wartawan, apa yang dia jawab dia main badminton.  Saya tanya banyak perkara tapi apa yang dia tekankan main badminton. Berat badan dia berubah sebab dia main badminton pada musim cuti sek

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN.

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN. Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya. Bila saya mampu turunkan sehingga 65kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal. Nama teknik ini adalah Pecahan. Sila baca hingga habis kerana teknik ini amat membantu dan akan memberi impak positif jika kalian amalkan untuk mencapai apa saja matlamat kalian. Setiap kita ada impian, malah kita punya impian yang besar. Kalau tanya mereka yang obesiti mereka mesti jawab mereka nak turunkan berat badan ke BMI yang normal. Walaupun berat mereka 150kg pun mereka tetap ada hasrat nak kurus. Sekarang cuba tanya mereka, boleh tak nak turunkan berat badan sebanyak 80kg? Mesti mereka akan jawab mustahil atau paling tidak mereka akan jawab boleh tapi susah sikit. Ok sekarang,

Langkah Pertama Saya Turun Badan Sebanyak 65kg

Langkah pertama turunkan berat badan. langkah pertama atau fasa pertama yang saya lalui. Sejak awal saya berkongsi pengalaman saya berjaya turunkan berat badan dari 135kg ke 70kg, saya di fasa pertama hanya tinggalkan minuman manis atau gula. Ya hanya itu yang saya buat untuk langkah pertama. Ramai yang kongsikan dengan saya dengan langkah ini saja mereka mampu turun 20kg. Ramai yang tak sedar keinginan mereka kepada air manis banyak menyebabkan mereka bertambah besar. Kenapa gula menggemukkan? Saya beri sedikit penjelasan dalam bahasa mudah, bukan secara saintifik sebab ianya bukan bidang saya. Bukan saja gula mempunyai kepadatan kalori yang tinggi malah ianya tidak mempunyai sebarang nutrisi. Gula putih adalah hanya satu bahan yang menambah perisa manis dan tinggi kalori. Maksudnya, ia tidak memberi sebarang impak positif kepada kesihatan selain tenaga yang kita boleh perolehi dari sumber yang lebih baik. Malah gula menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti , ke

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama