Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.




Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok.

Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian.

Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini.

Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan.

1. Bangun Awal Pagi (5.30pg)

- Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal.
- Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting bagi mengurangkan berat badan.

2. Kemas tempat tidur

- Benda kecil tapi impaknya besar, kita terus ajar diri supaya ringan tangan dan tidak bertangguh. Kalau tempat tidur pun tak boleh kemas, benda ringan dan tak berpeluh pun. Apa lagi nak lawan kemalasan diri untuk Workout.

3. Mandi dengan air yang sejuk

- Setelah bangun dan kemas katil, mandi terus. Jangan lengahkan dengan ambil phone utk cek fb atau whatsapp(saya hanya akan cek phone setelah hantar anak anak ke sekolah) Mandi dengan air yang sejuk pada pagi hari amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. Pembakaran kalori lebih banyak jika air lebih sejuk.

5. Sediakan Sarapan dan bekal untuk Anak anak

- Ini adalah cara saya sentuh kasih sayang kepada anak anak dan isteri. Ya, saya memasak makanan yang sihat untuk mereka sarapan dan bawa kesekolah. Disamping kita tetapkan jadual bagi diri kita, kita juga mampu mengawal pengambilan makanan anak anak dari makanan yang tak berkhasiat. Bukan kita sorang nak sihatkan?

6. Bersyukur

- Ini amat perlu kita tanamkan sedalam dalamnya, hidup siapa tak ada masalahkan. Dari segala sudut pasti akan ada serba sedikit kekurangan. Jadi bersyukur dapat memberi impak positif utk diri kita. Bukankah dengan bersyukur ALLAH tambahkan lagi rezeki kita.

7. Aktifkan diri

- Kita ada masa kita sendiri, jika mampu workout setiap hari, contoh saya, berjalan dan berjogging selang sehari setiap pagi. Tapi kalau kalian tiada masa aktifkan diri dengan banyakan berjalan, naik tangga, kemas rumah atau pejabat, berkebun apa saja aktiviti yang memerlukan pergerakan.

8. Jaga portion pemakanan

- Selalu ingatkan diri, makan bukan sampai puas. Ambil makanan dengan kadar yang sedikit. Proses ini kalian perlu buat secara beransur ansur. Saya pun mulakan dengan makan tidak bertambah. Sampai akhirnya sehingga kini saya makan mengikut kalori intake sepatutnya sahaja.

8. Belajar dan membaca :

- Masuk kelas, Beli buku dan membaca, apapun jenis buku. Ia akan memberi impak kepada otak dan emosi kita. Banyak kajian dengan membaca mampu memberi impak hebat. Baca juga berkaitan kisah kisah inspirasi dan ilmu berkaitan diet. Ini menambahkan lagi ilmu dan dengan ilmu segala proses akan jadi lebih mudah.

9. Pilih kawan yang positif

- Kawan adalah pengaruh besar bagi seseorang. Jadi tak salah untuk kita yang ada matlamat untuk memilih dengan siapa kita berkawan. Bukanlah maksudnya kita tinggal atau pulau mereka yang tak positif, cuma kurangkan dan lebihkan masa kita berkawan dengan golongan yang positif.
- Kawan yang dapat mendorong kita akan mempercepatkan proses kita untuk turunkan berat badan.

10. Beri ruang kepada kesilapan dan terus betulkan

- Kita manusia biasa, adakala kita terbabas dengan disiplin yang kita tetapkan. Saya pernah bangun lewat, makan banyak, dan tidak workout dalam masa masa tertentu. Adakala berlarutan sehingga seminggu.
- Jika hal ini berlaku jangan malu mengakui kesilapan dan kesalahan. Terima kekurangan diri dan terus perbaiki. Hal begini paling banyak berlaku dan paling ramai gagal untuk handle. Akhirnya mereka hanyut jauh sekali lagi.

10 perkara yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya lakukan selama setahun saya turunkan berat badan sebanyak 65kg.

Tapi Hakikatnya ada masa saya juga kelaut dalam(istilah ni orang diet kenal benar). Saya juga hampir lemas. Cuma jika berlaku begitu segara bangkit dan perbetulkan keadaan.

Jika kalian nak ubah hidup anda dengan keputusan yang besar, maka ambil kawalan kepada benda benda remeh dahulu. Jika benda benda kecil seperti contoh nak kemas tempat tidur pun tak mampu, apatah lagi nak buang lemak hampir berpuluh kilogram tu.

Jom dapatkan bimbingan selama minima 12 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan dalam program Misi Ubah..


Peserta Misi ubah

Antara Peserta Misi Ubah.

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam