Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

7 Kelebihan Mengamalkan Amalan Pemakanan Mengikut Meal Plan

7 Kelebihan Mengamalkan Amalan  Pemakanan Mengikut Meal Plan Dalam Kehidupan Seharian



Malaysia mempunyai purata rakyat berlebihan berat badan yang paling tinggi setanding dengan negara luar seperti Amerika Syarikat & Eropah. Obesiti berlaku disebabkan percambahan restoren makanan segera seperti Kecntucky Fried Chicken (KFC) dan Mcdonald. 

Walaubagaimanapun, perkara utama yang menyumbang kepada obesiti ialah ketidakseimbangan pengambilan nutrien dalam pemakanan. Rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tidak sihat disebabkan oleh kesibukan dalam urusan kerja harian. Lama-kelamaan, ianya menjadi tabiat buruk dan menyebabkan obesiti berlaku tanpa disedari. 

Untuk mendapatkan semula rentak pemakanan sihat, anda seharusnya bermula dengan meal plan. Meal plan ialah satu pelan pemakanan yang mempunyai nutrien seimbang dan memenuhi keperluan harian tubuh badan. 

Berikut ialah 7 Kelebihan Mengamalkan Amalan Pemakanan Mengikut Meal Plan Dalam Kehidupan Seharian

Kelebihan Meal Plan #1 - Cukup Kalori Harian

Tubuh badan manusia memerlukan sejumlah 2000-2500 kalori sahaja setiap hari untuk memberikan tenaga dari pagi hingga malam. Apabila tubuh menerima kalori yang berlebihan, ianya akan menyebabkan lebihan kalori dan mewujudkan lemak dalam badan. 

Apabila anda mengamalkan pemakanan mengikut meal plan, maka anda akan mempunyai kalori yang mencukup setiap hari dan mampu untuk turunkan berat badan sehingga boleh mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Kelebihan Meal Plan #2 - Tubuh Badan Lebih Lebih Sihat

Meal plan selalunya merangkumi semua nutrien seperti karbohidrat, protein, vitamin, zat besi dan sebagainya. Meal plan direka khusus untuk menyeimbangkan semua nutrien tersebut dalam pemakanan harian.

Apabila tubuh badan menerima nutrien yang mencukupi, maka organ dan tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan tidak perlu bergantung kepada ubat atau makanan tambahan lain. Pemakanan sayur dan buah-buahan dalam meal plan juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan anda jika anda mengamalkannya dengan teratur dan konsisten.

Kelebihan Meal Plan #3 - Pemakanan Terancang

Pernah tak anda selalu terfikir apa yang mahu dimasak setiap hari? Atau isteri anda selalu minta pendapat mengenai masakan yang mahu dimasak pada hari tertentu?

Ianya disebabkan tiada perancangan yang rapi tentang makanan harian dan akhirnya anda terpaksa makan makanan yang berkolesterol tinggi. Pemakanan tanpa perancangan mampu menjadi tabiat yang tidak bagus dan menjadikan berat badan anda tidak seimbang.

Hari ini naik, esok berat turun. Anda sukar untuk dapatkan rentak yang betul disebabkan tiada pelan pemakanan yang terancang. Meal plan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah dan anda boleh menikmati makanan sambil melihat penurunan berat badan secara konsisten.

Kelebihan Meal Plan #4 - Kekal Ramping

Kebanyakan orang yang menjaga bentuk badan pastinya akan bergantung kepada meal plan harian. Mereka tidak mahu melihat ada lemak terbentuk di badan terutamanya pada pinggang dan paha. Maka meal plan akan membantu mereka memastikan badan mereka tidak ada lemak berlebihan.

Meal plan mempunyai komposisi nutrien yang seimbang dan ianya mampu mengelak pembentukan lemak pada bahagian badan seperti paha dan pinggang. Jika anda mahu kekal ramping, maka pastikan anda mendapatkan meal plan yang betul untuk diri anda.

Kelebihan Meal Plan #5 - Kurang Sisa Makanan

Apabila anda memasak berpandukan meal plan, anda sudah tahu berapa agihan yang perlu dimasak setiap hari. Jika tanpa meal plan, anda mungkin masak separuh bahagian ayam untuk dimakan seorang diri. Namun apabila ada meal plan, anda hanya perlu masak 1 potong dada ayam sahaja untuk dimakan sendirian.

Begitu juga dengan masakan berasaskan sayuran dan lain-lain, semuanya anda boleh masak dengan agihan yang betul dan mencukupi untuk anda atau keluarga anda sahaja. Oleh itu, meal plan dapat mengurangkan sisa makanan yang tidak habis dimakan setiap hari.

Kelebihan Meal Plan #6 - Jimat Wang

Apabila anda sudah tahu apa yang mahu dimasak dan berapa agihannya, anda juga pasti tahu apa yang perlu anda beli di pasar. Anda tidak lagi membeli sembarangan bahan mentah untuk disimpan berbulan-bulan di dalam peti dan tidak digunakan.

Setiap bahan mentah yang anda beli pasti akan dimasak sehingga habis dan ianya mampu menjimatkan wang anda setiap bulan bagi membeli bahan mentah.

Dalam meal plan akan diberikan senarai bahan mentah yang anda perlu sediakan untuk menyiapkan satu masakan lengkap harian. Anda hanya perlu ikut senarai tersebut dan jimatkan wang bulanan anda.

Kelebihan Meal Plan #7 - Untuk Ibu Mengandung

Bagi ibu mengandung juga terdapat meal plan khas untuk anda. Ianya direka khas untuk memastikan anda dan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang sepatutnya bagi membantu tumbesaran. 

Pemakanan ibu mengandung bukan sahaja mempengaruhi fetus dalam kandungan tetapi ianya turut mempengaruhi tumbesaran anak selepas dilahirkan nanti. Pemakanan yang mempunyai nutrien lengkap akan memberikan kesan positif kepada kedua-dua pihak. 

Pemakanan yang sihat akan mempengaruhi tumbesaran tulang, otot dan otak bayi dalam kandungan. Bukan itu sahaja, meal plan juga membantu mengelakkan masalah lain yang dihadapi oleh para ibu dalam tempoh mengandung seperti morning sickness, gejala muntah dan mood yang tidak stabil. 

Kesimpulan

Meal plan ibarat kitab wajib kepada semua manusia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat. Meal plan sememangnya direka khas oleh pakar nutrisi untuk memberikan tenaga yang mencukupi kepada tubuh badan disamping dapat mengawal berat badan tanpa perlu bersenam.

Dengan adanya meal plan, anda mampu memiliki tubuh yang sihat, berat badan yang stabil mengikut BMI dan mempunyai tenaga mencukupi sepanjang hari tanpa perlu bergantung kepada makanan tambahan lain.

Namun pastikan anda mendapatkan meal plan yang sesuai untuk tubuh badan anda. Sila dapatkan konsultasi daripada pakar nutrisi mengenai meal plan anda sebelum membuat pilihan. 

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam