Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Anda Juga Mampu keluar dari obesiti

THE BIG WHY NOT 

Jika saya boleh, kenapa tidak kalian?

Bila kita tgk orang yang berjaya turunkan berat badan akan ada banyak persoalan yang timbul. Apa lagi jika kita juga berhajat nak turunkan berat badan. 


Saya pun sama, kalau ada kawan atau kenalan yang berjaya turunkan berat badan, saya akan soal siasat dia. 

Apa dia makan?
Ubat apa dia ambil?
Makan berapa hari sekali?
Dia workout apa?
Makan banyak mana? 
Berapa lama masa dia ambik?

Kita mula jadi wartawan.. setiap sudut urusannya yang kita anggap relevan, kita akan tanya. Betul tak? 

Saya pernah ada kenalan masa zaman sekolah dulu, kenal tapi tak pernah bercakap, dia senior 1 tahun dari saya, bila saya tengok selepas cuti penggal akhir tahun dia turun banyak kilogram saya mula tertanya-tanya, saya kuatkan semangat dan jumpa dia. Jadi wartawan, apa yang dia jawab dia main badminton. 

Saya tanya banyak perkara tapi apa yang dia tekankan main badminton. Berat badan dia berubah sebab dia main badminton pada musim cuti sekolah. 

berkobar kobar semangat saya nak jadi macam dia, saya masih ingat lagi sampai sekarang semangat nak mulakan main badminton tu ada tapi tak pernah terlaksana. Di tangguh tangguh sampai hampir 20 tahun.

Alhamdulillah, walaupun setelah 20 tahun saya tetap berjaya dalam usaha saya keluar dari obesiti. Kini tiba saat saya pula di temuramah oleh ramai orang, mereka tanya banyak perkara dan paling popular adalah apa yang saya makan dan apa yang saya buat.

Soalan soalan beginilah buat saya semakin bersemangat nak menulis dan buat video penerangan bagaimana saya lakukan perubahan ini. Tapi percayalah, tahu saja tak pernah cukup untuk kalian berubah. Sebab itu jugalah saya menulis hampir setiap hari mengajak dan memperingatkan kalian untuk berusaha keluar dari obesiti. 

Saya kira jika saya mampu berubah kenapa tidak kalian? 
 
Sebab tu jika kalian nak berjaya turunkan berat badan, kalian kena follow atau see first profile fb saya, atau kalian boleh ikuti perkongsian saya di medium dibawah.

Blog - https://mohamadfaizalsaedon.blogspot.com
YouTube - https://www.youtube.com/user/kuasailmu
Group - Jom Mula
Channel telegram saya - https://t.me/jommula




DAPATKAN SECARA PERCUMA
EBOOK KISAH PENGALAMAN BAGAIMANA SAYA
BERJAYA TURUN DARI 135KG KE 70KG


Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...