Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

JOM MULA, LANGKAH YANG PALING SUSAH ADALAH LANGKAH PERTAMA.


JOM MULA, LANGKAH YANG PALING SUSAH ADALAH LANGKAH PERTAMA.


Ramai yang cakap langkah pertamalah yang paling susah dalam melakukan sesuatu perubahan dalam kehidupan. Ya, mereka betul, katakan nak berjogging petang ini, perkara yang paling susah ialah membuat diri kita untuk pergi dan mula langkah berlari dan bila kita dah mula melangkah berlari sekali, langkah langkah seterusnya akan jadi dengan sendirinya. Betul tak?

Dalam kehidupan kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan, dan pilihan itu ada dua jenis rasa dan dua jenis hasil yang jelas.
1. Rasa seronok dan hasilnya buruk
2. Rasa susah dan hasilnya baik

RASA SERONOK DAN HASIL BURUK
Ini adalah pilihan yang amat mudah untuk dilaksanakan, malah ketika kita membuat keputusan ini kita tidak rasa terbeban lansung untuk berfikir impak atas pilihan tersebut. Pilihan ini kebiasaanya sangat menyelesakan dan amat mudah dilaksanakan. Tengok TV, main game, santai dengan media sosial sambil berada atas sofa, ianya amat mudah sehinggalah kesihatan kalian semakin teruk kerana pilihan kalian.

RASA SUSAH DAN HASIL BAIK
Inilah pilihan yang paling susah nak dibuat kerana sifat asalnya yang tidak menyeronokkan. Setiap pilihan dalam kategori ini kebiasaanya membebankan tubuh kalian, ia tidak mudah untuk dilakukan dan memerlukan sedikit paksaan. Jangan cakap benda besar seperti berlari dan melakukan workout, dalam hal ini perkara kecil seperti membaca buku pun jadi satu hal yang susah untuk dijadikan rutin. Membaca yang tidak memerlukan kita kerja kuat pun, tiada bahagian tubuh yang sakit dan tidak memerlukan tenaga yang banyak pun, kita susah nak buat. Sebab ia membosankan. Dan biasanya sesuatu pilihan yang susah untuk dibuat akan membawa kalian kesatu fasa yang lebih baik.

Berita baiknya kita dicipta untuk menjadi mereka yang terbaik. Kita dicipta untuk mampu menangani setiap masalah dan kesakitan yang tercipta atas pilihan yang susah tadi. Buktinya adalah diri kita sendiri. Kalaulah kita sedari lahir hanya pandai memilih sesuatu yang seronok dan mudah sahaja, tentunya ramai di dunia sekarang mereka yang tak mampu berjalan dan hanya merangkak kesana sini. Cuba bayangkan disekeliling kita sekarang, semua merangkak ditempat kerja dan di pasar raya, tentu kelakarkan?

Ya, kita dicipta untuk jadi hebat, tiada seorang pun dari kita yang dilahirkan terus boleh berjalan, setiap kita lalu proses bertatih dan dalam proses tersebut kita wajib terjatuh, malah wajib kita akan menangis. Tapi tiada satu pun antara kita yang gagal. Semua mampu berjalan dengan memilih untuk jatuh dan jatuh lagi, walaupun ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Inilah bukti nyata yang kita dicipta untuk jadi insan yang hebat.

Tapi kenapa kita sekarang selalu gagal? Cuba tengok anak anak kalian, ingat balik kisah mereka dari merangkak kepada berjalan, mereka berlatih dan tidak berputus asa. Ya kata kuncinya ialah jangan berputus asa. Buatlah pilihan yang susah, dan jangan berputus asa. Konsisten walau apa pun yang akan kalian hadapi.

Jom kita ambil pengajaran dari kisah kita sendiri berjaya berjalan.
1. kita fokus
2. kita berusaha setiap hari
3. kita tak kenal erti putus asa walaupun sakit dek kerana jatuh berkali kali
4. kita hanya peroleh dorongan yang baik dari ibu bapa dan ahli keluarga kita

Jadi mulai hari ini bijaklah dalam membuat keputusan, fokus kepada usaha, berusaha secara konsisten tanpa berputus asa walaupun pasti ada halangan dan cabaran. Dan carilah kawan yang menyokong dan mendorong usaha kita untuk melakukan kebaikan.

Jika kalian ingin turunkan berat badan, saya syorkan group Jom Mula. Di group ini kita mengumpulkan mereka yang ingin turunkan berat badan dan mereka yang dah berjaya menyokong satu sama lain. Kami di jom mula tidak menilai siapa kalian, asalkan kalian nak berubah, kita akan sokong sampai kalian peroleh kejayaan. Malah di Jom Mula dah ramai yang berjaya keluar dari masalah obesiti dengan sokongan dari kesemua ahli yang aktif disana.

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam