Ramai yang bertanyakan soalan bagaimana mereka nak berworkout sedangkan sibuk dengan kerja dan komitmen lain. Memang mereka nak bersenam tapi kekangan masa menyebabkan ramai diantara kita tak mampu untuk melakukan aktiviti bersenam. Dan ramai yang asbabkan hal itu penyebab berat mereka semakin naik.
Aktiviti bersenam adalah sesuatu yang baik dan digalakan. Kalau anda boleh buat, disarankan minima 3kali seminggu. Ini adalah untuk kesihatan jantung dan tubuh badan secara amnya.
Jika anda orang yang sibuk dan tiada masa, mungkin jenis workout seperti berikut amat sesuai.
- lompat tali atau skipping, ianya amat mudah boleh dilakukan didalam rumah dan tidak memerlukan masa yang lama. 10minit dari masa anda seharian amatlah bagus untuk kesihatan anda.
- Tabata, rutin aktiviti ringkas seperti lompat bintang, plank, squat, lari setempat, lompat setempat dan banyak lagi rutin yang hanya mampu dibuat dalam bilik tidur anda. Ambik masa 10minit sehari utk tabata sangat bagus utk kesihatan dan pembakaran kalori.
Jika anda benar benar tiada masa utk bersenam. Masih ada sesuatu yang anda boleh lakukan supaya kalori dibakar dan badan anda tidak naik berkilo kilo. 2 benda yang wajib anda lakukan utk pastikan berat badan tak naik.
1. Jaga kalori intake anda. Pastikan anda makan dengan kadar yang sepatutnya, jangan lebih dari sepatutnya. Dalam menjaga kalori intake, mengamalkan Intermittent Fasting amatlah berkesan sbb kita menghadkan waktu makan kita.
2. Aktifkan diri anda dengan banyakan berjalan dan aktiviti pergerakan. Kalau anda ditempat kerja gunakan lift cuba gunakan tangga pula. Parking kenderaan jauh sikit supaya anda boleh berjalan lebih jauh. Mengemas rumah juga boleh dikira sebagai aktiviti yang sihat, sebab bila anda bergerak, kalori digunakan sebagai tenaga. Malah berjalan ke masjid atau dalam mall pun dapat membakar kalori anda.
Pilihan pilihan diatas adalah satu kemudahan untuk kita, pilihlah yang mana anda mampu berdasarkan keadaan semasa anda. Saya pernah obesiti dulu, saya tahu kita kadang kadang silap faham dengan bersenam. Bagi kita bersenam ni adalah aktiviti yang memerlukan kita ke taman atau gym. Sedangkan sebenarnya utk bersenam kita mampu buat dalam bilik tidur pun.
DAPATKAN SECARA PERCUMA
EBOOK KISAH PENGALAMAN BAGAIMANA SAYA
BERJAYA TURUN DARI 135KG KE 70KG
Ulasan
Catat Ulasan