Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Obesiti dan Dengkur boleh membawa maut

Obesiti dan dengkur







OBESITI DAN DENGKUR, KOMBINASI YANG
MUNGKIN MEMBAWA MAUT.



Post kali ini ditujukan kepada pasangan individu yang obesiti terutamanya. Untuk mereka yang obesiti juga bagus untuk menelaah isu ini dan mengambil tindakan.

Jika pasangan kalian obesiti dan berdengkur dengan kuat. Wajib periksa tidur meraka! Mereka mungkin ada masalah besar yang boleh membawa maut dalam tidur.

Jika pasangan kalian ada masalah masalah diatas, saya sarankan kalian periksa tidur meraka untuk malam ini. Ini kerana mereka mungkin menghidapi masalah Obstructive Sleep Apnea atau OSA

Apa itu OSA?
- OSA adalah masalah tidur dimana induvidu yang menghidapinya akan berhenti bernafas ataupun bernafas dengan kadar yang sedikit ketika tidur. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan Angin ahmar.

- Kebiasaanya mereka yang menghidapi OSA tidak mengetahui status mereka, kerana masalah mereka berlaku dalam tidur yang mereka tidak perasan lansung, sebab itu saya sarankan kalian periksa tidur pasangan kalian. Malah hampir semua pesakit OSA hanya menyedari mereka ada masalah ini setelah menghadapi penyakit kronik yang saya nyatakan diatas.

- Jika kalian perasan pasangan kalian berdengkur dengan kuat bolehlah perhatikan keadaan tidurnya, kerana pesakit OSA boleh berhenti bernafas sehingga 1 minit dalam tidur mereka. Dan mereka boleh mengulangi hal tersebut 5 kali dalam masa mereka tidur.

Kenapa mereka berhenti bernafas?
- mereka yang obese selalunya mempunyai banyak lemak dibahagian leher. Ini boleh menyebabkan saluran pernafasan di tekan oleh lemak dan menyebabkan mereka sukar bernafas.

Sebenarnya bukan sahaja obesiti yang boleh menyebabkan OSA, banyak juga faktor lain seperti tonsil yang besar, bentuk batang hidung yang bengkok dan bahagian dalam hidung yang bengkak. Tapi saranan saya jika pasangan kalian obesiti, seharusnya kalian memeriksa tidur pasangan anda. Kerana obesiti adalah salah satu faktor penyakit OSA ini.

Cuba cari tanda tanda ini semasa pasangan kalian tidur.
- Berdengkur dengan kuat dan Tiba tiba senyap (mungkin Berhenti bernafas 10 saat sehingga 1 minit)
- Terbangun dengan tiba tiba dan sesak nafas

Malah ada satu tanda yang boleh dikenalpasti walaupun bukan semasa pasangan kalian tidur.
- Mereka akan mengantuk dan letih lesu pada pagi dan siang hari walaupun telah tidur dengan mencukupi pada waktu malam, ini sebenarnya adalah disebabkan tidur malam yang terganggu oleh kekurang kualiti tidur disebabkan OSA.

Jangan ambil remeh berkenaan OSA ini, saya ada kawan yang meninggal dunia kerana OSA ni, arwah memang terkenal dengan tidur berdengkur yang kuat. Bayangkan saya tidur 2 bilik berselang dengan arwah pun boleh dengar dengkurannya.Kadang kadang terdengar seolah arwah tersedak dalam tidur setelah beberapa saat sunyi tanpa dengkuran. Masa tu saya pun tak ambil tahu dan ingat dengkuran hanya perkara biasa kerana keletihan ataupun tersalah postur tekak semasa tidur.

Salah seorang kenalan saya masih menghadapi masalah OSA dan beliau mendapatkan rawatan pakar di hospital. Sekarang kalau beliau nak tidur beliau kena guna Continuous Positive Airway Pressure (CPAP), satu mesin yang menyalurkan oksigen semasa tidur, ya beliau kena pakai alat itu semasa tidur. Malah alat tersebut bukanlah murah, harganya bermula dari RM1000 dan bekalan oksigen perlu ditambah setiap masa.

Continuous Positive Airway Pressure (CPAP)
Alat Bantuan Tidur Bagi Pesakit OSA



Bagaimana cara alami untuk memperbaiki masalah OSA , sebelum pasangan kalian cuba nasihat saya ni, pastikan dulu mereka dapat pemeriksaan daripada doctor.
- Kurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan dan aktifkan diri
- Melakukan senaman untuk menguatkan jantung dan organ dalaman yang lain

Jika kalian ingin mengetahui cara turunkan berat badan dengan cara yang terbukti berkesan tanpa menggunakan ubat kurus boleh download ebook percuma 'Bagaimana Saya Berjaya Keluar Dari Obesiti, di sini -

dan saya sarankan kalian juga menyertai group Jom Mula yang mana saya mengumpulkan mereka yang nak keluar dari obesiti dan mereka yang dah berjaya keluar dari obesiti bersama berkongsi pengalaman dan perjalanan mereka.

Jangan ambil remeh dengan dengkuran, dan jangan jadikan tidur malam ini adalah tidur terakhir pasangan kalian, cegah hal ini kerana ianya mampu diperbaiki dengan kesedaran awal mengatasinya.

dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/












Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam