Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Raya yang bagaimana kalian nak tahun depan?

Pengalaman beraya yang saya impikan kalian juga kecapi.

Bayangkan selama saya hidup saya beraya dengan tubuh yang besar. Akhirnya buat pertama kali pada tahun 2018 saya beraya dengan tubuh normal. Baju masa tu saiz M. Sedangkan tahun tahun terdahulu saiznya dari XXL ke 5XL.


Kesusahan cari baju raya tiba tiba hilang. Tahun ni saya dapat kecapi pula satu rasa baru wife belikan baju kurta tanpa saya perlu ada bersama dia. Lebih kurang supriselah. Saya sebenarnya masa tinggal di Putrajaya selalu berangan wife belikan baju untuk saya. Tapi kebanyakkan baju yang dia beli tak muat sehinggakan saya nyatakan syarat kalau nak beli baju saya kena ada bersama. Kalau tak rugi. Tahun ni wife belikan baju saiz S. Alhamdulillah muat.

Tuan puan, pengalaman saya ni bukanlah sesuatu yang ajaib. Tiada istilah mustahil pun. Apa yang perlu hanyalah hasrat yang diikuti dengan tindakan dan jangan sesekali berputus asa. Sebenarnya ilmu nak turunkan berat badan adalah sesuatu yang universal, banyak kaedah dan sumber ada diluarsana. Tapi ramai yang gagal kerana salah faham minda atau lebih tepat mentaliti. 

Sebab itu saya banyak bercakap berkenaan minda, dan insyaALLAH selepas raya buku tulisan saya yang menerangkan bab menguasai mentaliti yang betul untuk turunkan berat badan akan dilancarkan. InsyaALLAH, doakan ya. 

Saya berharap kalian yang membaca warkah ini akan dapat rasai apa yang saya rasa sekarang, nikmat yang amat berharga bukan saja dari segi keseronokkan membeli baju raya tapi kesihatan yang membawa kebahagiaan yang sebenarnya.

Ingat, Jangan berputus asa dan lakukan perubahan dengan bertindak, bukan dengan berimpian semata mata. 




DAPATKAN SECARA PERCUMA
EBOOK KISAH PENGALAMAN BAGAIMANA SAYA
BERJAYA TURUN DARI 135KG KE 70KG


Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...