Tips untuk Konsisten
Konsisten atau istiqamah adalah satu perbuatan yang akan mendatangkan hasil, samada baik atau buruk. Ya sama ada buruk atau baik.
Cuba ingat apakah perbuatan yang kalian lakukan setiap hari dan apakah impaknya pada kalian sekarang. Kalau kalian ada masalah Obesiti sekarang, apakah perbuatan yang kalian buat setiap hari dalam masa setahun lepas? Tentunya makan sepuas hati dan bertambah tambah kan?
Tiada sesuatu yang berlaku tanpa penyebab. Mana mungkin kalian obes hari ni dengan secara tiba-tiba. Semalam 70kg, bangun pagi tadi terus jadi 135kg. Mustahil!
Kita hari ini adalah kerana apa yang kita buat secara konsisten sebelum ini. Nampak tak? Jelaskan? Jadi untuk mencapai matlamat untuk kurus, kalian perlu, malah wajib baiki perkara yang menyebabkan kalian obes dan lakukannya secara konsisten.
Tapi Konsisten untuk perkara untuk kebaikan ni bukanlah semudah Konsisten dengan perkara yang membawa keburukan. Sebab jalan menuju perkara yang baik adalah melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Siapa suka jaga makan, kalau boleh nak makan semua dan nak makan banyak.
Jadi hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak lakukan sesuatu yang kita tak suka setiap hari.
1. Permudahkan urusan.
Macam saya cakap, nak benda baik ni jalan dia susah. Nak kurus banyak kena jaga, kena hadkan. Jadi jangan rumitkan urusan. Permudahkan. Sebagai contoh nak mula diet. Jangan terikut dengan menu-menu yang viral sangat. Kena cari brokolilah, avocadolah, ikan salmonlah. Guna apa yang kalian dah dan suka makan, cuma jaga portion.
Bila kita rumitkan dgn bahan lain, 2 kerja baru kena buat. Kena beli satu hal. Nak biasakan dengan selera satu hal. Jadi guna cara anda dan buat secara perlahan.
2. Usir gangguan luaran.
Perkara baru dan perkara kita tak gemar ni akan banyak ganggu emosi kita. Kita perlukan pengorbanan yang besar. Jadi kena kurangkan gangguan luar sebaik mungkin.
Mula tinggalkan sementara kawan kawan yang negatif. Kan biasa bila kita nak diet, kawan kawan akan mula perli. Ada yang cakap kita tak perlu berubah, keadaan kita dah bagus(walaupun gemuk)
Jadi mulalah tinggalkan mereka sementara. Gangguan begini akan banyak menganggu proses nak Konsisten kerana kita bukan saja perlu berbalah dengan diri sendiri tapi dengan orang luar.
3. Fokus
Bila dah ada matlamat kita akan rangka tindakan. Macam saya cakap tadi, kalau nak kurus dah tahu apa yang kita perlu buat. Jadi fokus kepada tindakan itu.
Biasa berlaku kita hanya mampu Konsisten 2,3 hari sahaja, lepas tu mula lupa. Sebab apa, kita tidak fokus. Titik tumpuan kita mudah terpesong. Jadi kena fokus kepada matlamat dan tindakan.
4. Terima Hakikat.
Bersedia terus menerima dan nengakui bahawa proses untuk Konsisten melakukan perkara yang kita tidak suka untuk mendapat kebaikan adalah sesuatu yang sukar.
Kesukarannya adalah tahap tertinggi. Kalaulah ia mudah pasti ramai orang yang berjaya diluar sana. Jadi tanam dan yakin, proses ini akan makan masa dan susah.
Selepas ada kesedaran itu, bina satu semangat untuk bertahan. Buat satu demi satu. Tips yang saya buat. Saya perlu jaga makan dan aktif untuk hari ini dulu. Saya tak terus fokus untuk buat setahun, tapi hari ini sahaja dulu.
Esok pun bila tiba, tetap Hari ini juga kan. Faham?
Demikianlah saya kongsikan cara bagaimana saya mampu Konsisten untuk turunkan berat badan dan kekalkan berat badan dalam tahun ketiga ini. Moga bermanfaat dan jika artikel ini kalian rasa bagus, mohon kalian share supaya lebih ramai dapat manfaat sekali gus dapat keluar dari belenggu obesiti.
Tips untuk Konsisten
Ulasan
Catat Ulasan