Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Workout apa yang terbaik untuk kurus dengan cepat?


Senaman apa yang terbaik untuk kurus dengan cepat?

gambar sebelum dan selepas hanya dalam 2 bulan

Percaya atau tidak gambar diatas adalah gambar perbezaan saya hanya dalam masa dua bulan. Boleh lihat berapa banyak berbezaan lemak yang hilang dan gambar kanan sudah kurus. Apa yang saya buat? saya huraikan dalam satu sudut sahaja senaman.

Saya perlu bagitahu, bukan senaman sahaja yang menyebabkan penurunan yang banyak berlaku. Ia gabungan banyak perkara lain seperti penjagaan makan, rutin harian yang lain, penjagaan tidur dan pengambilan suplimen.


Pasti ramai yang ingin tahukan, Mengikut carian melalui katakunci digoogle, carian kurus dengan cepat paling banyak di cari setiap hari di Malaysia. Jadi hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri. Ianya hanya berdasarkan pengalaman saya semata. Gambar yang saya berikan diatas berbaju biru adalah bukti senaman yang saya buat selama 2 bulan menggurangkan sebanyak 20kg berat saya. Dalam fasa saya turunkan berat badan, tempoh dua bulan ni saya tak sedar langsung tubuh saya mengecil sebegitu rupa. Apa senaman yang saya buat? Saya amalkan HIIT (high-intensity interval training). Apap itu HIIT nanti saya akan terangkan di video yang akan datang, hari ni saya nak kongsikan sahaja dulu bagaimana saya buat salama 2 bulan yang saya percaya kaedah tercepat untuk kuruskan badan. Tengok saranan saya berkenaan tips elak naik badan di hari raya Dapatkan Resistance band yang saya guna di sini Tukul besar



DAPATKAN SECARA PERCUMA
EBOOK KISAH PENGALAMAN BAGAIMANA SAYA
BERJAYA TURUN DARI 135KG KE 70KG



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...