Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

7 tips mengatasi Masalah Plateau.


7  tips mengatasi Masalah Plateau.




Dalam proses penurunan berat badan, kita mahukan penurunan berat berlaku dengan baik. Kalau boleh kita nak grafnya sentiasa menurun sahaja. Kita sentiasa mahukan kesempurnaan dalam segala apa yang kita laksanakan. Tapi pastinya ia tidak akan mengikut kemahuan kita. Apa yang kita kecapi adalah apa yang kita berhak keatasnya sahaja. Disinilah ramai yang gagal memahami proses dan akhirnya berputus asa. Alangkah ruginya mereka.


Jadi akan adalah masa berat badan kita akan turun, naik dan statik dalam proses kita menurunkan berat badan. Terima realiti ini akan membuatkan kalian akan berusaha dan belajar bagaimana mengatasi masalah masalah yang timbul tadi dan bukannya berputus asa.

Jadi hari ni saya nak terangkan masalah yang ramai bertanya pada saya iaitu plateau, Bahasa ini sangat jarang kita dengar dan sebenarnya ia membawa maksud berat badan statik walaupun kalian dah menjalankan proses penurunan berat badan seperti jaga pemakanan dan bersenam.

Tapi kalian kena pastikan tubuh kalian benar benar dalam status plateau, Jika kalian timbang dalam masa 1 bulan dan berat masih sama walaupun kalian buat perkara yang sama yakni jaga makan dan bersenam. Itu maksudnya kalian memang dalam keadaan Plateau. Jika sehari dua timbangannya sama, ianya bukan plateau tau.

Kenapa PLATEAU berlaku?
Pada asasnya plateau akan berlaku kepada setiap induvidu yang berusaha menurunkan berat badan, Ianya terjadi kerana kalian sebenarnya telah melakukan sesuatu yang betul dalam usaha kalian nak kurus. Segala tindakan kalian mengurangkan pengambilan makanan dan membuat aktiviti senaman sudah berhasil.

Seiring dengan tindakan kalian mengawal pemakanan dan beraktiviti yang menyebabkan kalian hilang berat badan, metabolisma badan kalian juga akan menurun, Jika selama ini tubuh kalian membakar 2000 kalori sehari, dengan penurunan berat badan keupayaan tubuh membakar kalori juga menurun. Jadi disinilah terjadinya plateau. Kalian boleh rujuk berkenaan Metabolisma badan di sini - https://www.turunkanberatbadan.com/2020/06/metabolisma-dalam-bahasa-mudah-dan-cara.html

Ramai yang tidak sedar, dan mereka mula fikir proses ini memenatkan dan menyusahkan, dan mereka berputus asa. Sedangkan apa yang kalian perlu buat untuk mengatasi masalah Plateau adalah dengan menambah baik lagi kualiti penjagaan pemakananan dan kualiti bersenam kalian.

Berikut adalah 7 tips bagaimana untuk kalian mengatasi Masalah Plateau.


1. Membaiki pengambilan kalori kalian, Makan lebih sedikit, ayat ini mungkin buat kalian rasa susah. Kena sikitkan lagi pemakanan? Ya, keperluan kalori kalian sudah berubah seiring penurunan berat kalian, maka mengurangkan kalori adalah tindakan yang tepat.

2. Dari mengurangkan jumlah pemakanan kalian, kalian mungkin boleh tambah baik kualiti pemakanan kalian dengan makan secara sihat, kurangkan pengambilan makanan segera, dan makan lebih banyak bahan dari sumber semulajadi. Lebihkan pengambilan protien dan fiber, ini amat membantu mempercepatkan penurunan berat badan kalian.

3. Tambah kualiti senaman kalian, Pembakaran kalori juga faktor kalian Plateau. Jadi jika kalian berjogging 3km selama ini, tambah lagi 1km untuk membakar lebih banyak kalori.

4. Lakukan perlbagai jenis gaya senaman amat membantu proses tubuh kalian meningkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori. Malah membantu mengatasi masalah plattrau. Jangan setia dengan satu jenis senaman saja, pelbagaikan. Tambah aktiviti bebanan dalam senaman antara perkara yang baik.

5. Rehat dari aktiviti workout. Jangan pandang remeh hal ini. Bersukan setiap hari juga tidak baik untuk penurunan berat badan walaupun ianya asas nak turunkan berat badan. Tubuh kalian ada akal tersendiri, tubuh boleh stress dan dengan stress ianya akan menganggu proses kalian nak kurus. Jadi ambil masa untuk rehat dan membaiki sel tubuh, jangan terlalu tekan dan bersederhanalah.

6. Tambah baik kualiti tidur kalian. Tidur yang baik akan membantu penghasilan hormon dan menstabilkannya, ramai ambil remeh hal ini, penurunan berat badan kita banyak bergantung pada hormon tubuh kita sebenarnya. Dan cara menjaga hormon kita supaya mereka optimum berkerja untuk kita adalah dengan tidur yang berkualiti, Kenali hormon tubuh yang berfungsi untuk turunkan berat badan kalian di artikel saya disini - https://www.turunkanberatbadan.com/2020/05/kenali-4-hormon-untuk-turunkan-berat.html

7. Berpuasa. tindakan berpuasa adalah satu aktiviti yang mudah untuk memecahkan rutin yang kalian lakukan. Tubuh yang punya akal yang bijak ni akan tiba tiba mengenal pasti satu kelainan pattern dan mula mengoptimumkan pembakaran kalori. Inilah keajaiban tubuh. Ia dilengkapi mekanisma untuk melindungi kita dari kelaparan dan kehabisan sumber tenaga iaitu lemak. Kita nak lemak dibakar tapi tubuh risau dan menyimpan lemak untuk kegunaan kita. Maka menganggu rutin pemakanan dengan berpuasa dapat membantu kalian menurunkan berat badan dan mengatasi masalah plateau.

Apapun jika kalian menghadapi plateau, ianya sebanarnya satu tanda baik. Usaha kalian berhasil dan sudah sampai masanya kalian melalui ujian seterusnya untuk mencapai kejayaan. Ya kejayaan semakin hampir bilamana plateau hadir. Cuma jangan salah anggap dan berputus asa. kekalkan momentum membaiki diri dan lakukan secara perlahan lahan. Nak cepat tu sebenarnya nak kemanakan?

Yang pasti Destinasi ini kalian dah tahu kat mana, cuma jaraknya mungkin jauh. Kalau kalian teruskan perjalanan dan tidak berhenti atau masuk simpang untuk uturn, pasti kalian akan sampai destinasi tersebut. Maka berusahalah sampai ke Destinasi tersebut.

Tapi sememangnya plateau adalah sesuatu yang benar dan memenatkan. Dan ia adalah pemakan semangat yang menyebabkan seseorang berputus asa. Jika kalian berada di state plateau sekarang, saya sarankan kalian buat usaha kalian bersama sama dengan circle yang positif dan dengan bimbingan mereka mereka yang telah berjaya. 


Circle Misi Ubah insyaALLAH mampu menangguh putus asa kalian. dan natijahnya kalian akan terus berusaha dan dapat penurunan berat badan. Jom sertai Misi Ubah dan dapatkan detail misi ubah di sini - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-diri-anda




Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam