ASAS PALING PENTING YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Artikel ini akan memberi kalian pencerahan bagaimana saya mampu berjaya sedangkan saya telah gagal banyak kali. Memahami artikel ini dengan baik dan mengamalkan saranan yang saya berikan akan memastikan kalian juga mampu kurus. Percayalah. Teruskan pembacaan kalian.
Fundamental kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul.
Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya.
Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.
Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan untuk kuruskan badan tak berjaya sehinggalah mereka putus asa dan menerima keadaan mereka seadanya. Saya tidak menilai orang lain, saya sendiri gagal beratus kali dalam percubaan untuk kurus.
Tapi sekarang kenapa saya berjaya?
Alhamdulillah, pada tahun 2018 saya berjaya capai berat badan normal mengikut piawaian BMI. Saya dah keluar dari status obesiti yang saya pegang selama hampir 20 tahun.
Apa kelainan yang saya buat?
Sebelum saya mendedahkannya, saya nak kalian cuba ingat, dah berapa kali kalian gagal dalam proses diet kalian? Cuba kira dan nyatakan di ruang komen nanti.
Kata kunci Asas terpenting bagi kejayaan saya adalah
MEMBAIKI DIRI.
Inilah kata kunci ASAS paling penting yang perlu kalian semaikan dalam diri kalian mulai hari ini. Mulai sekarang, tinggalkan impian nak diet dan nak kurus.
Beban yang datang bersama impian nak kurus dan nak diet ni besar. Sebab itu ramai malah 95% mereka yang guna kaedah ini gagal. Bebanan yang kalian tak sedar ini membuatkan kalian mengheret diri kalian ke lurah kegagalan.
Tukar impian kalian, tukar perkataan kalian. Dari nak kurus kepada nak membaiki diri. Kerana dengan perbaiki dirilah kita mampu berjaya dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.
Kenapa perlu 'membaiki'?
Istilah perbaiki adalah satu proses yang dapat difahami sebagai membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya.
Jadi tugas kita ialah membaiki tabiat kita yang salah dan dengan tabiat itu telah menghasilkan kita yang gemuk dan obesiti.
Macamana nak buat?
Saya terangkan secara detail apa yang kalian kena buat, kerana saya sememangnya nak kalian rasa apa yang telah saya rasa, iaitu kemenangan mengatasi diri sendiri.
3 perkara asas kalian wajib baiki.
1. MAKAN
- Individu yang besar hakikatnya mempunyai tabiat makan yang tidak baik. Jangan menafikannya, kita besar sebab kita makan ikut suka. Kita bertambah tambah dan menikmati segala macam makanan tanpa had dan tak kira masa.
- Jadi perbaiki tabiat makan kalian. Bermula dari hari ini, sedikit demi sedikit baiki tabiat makan kalian yang salah.
Bermula dengan buang gula dalam minuman kalian, makan ikut keperluan dan bukannya nafsu. Banyakkan makan makanan semulajadi dan kurangkan makan makanan terproses. Itu sahaja, bukan susah dan bukan perlu tinggal terus McD, kfc, kek dan aiskrim, cuma kurangkan.
2. MALAS
- Saya masih ingat semasa saya obesiti, remote tv yang jaraknya 2 langkah dari saya pun saya malas nak ambil sendiri. Lebih rela panggil anak dari ruang tamu dibawah untuk ambilkan remote tv. Dua tiga hari lepas saya tengok seorang jiran saya yang obesiti, dia dengan motosikal sampai depan rumah lalu di hon beberapa kali dengan kuat. Saya pada mula ingatkan pagar berkunci, tapi saya lihat anaknya keluar lantas membuka pagar tanpa membuka kunci pun. Saya teringat peel perangai saya dulu. Macam tulah, nak turun motor dan buka sendiri pun malas. Dasar pemalas! Hinggakan menyusahkan orang lain.
- Perbaiki malas kalian, belajar dan buat sendiri apa yang kalian inginkan. Nak minum air, dari melaung mintak isteri buatkan, kalian bangun dan buatkan sendiri, bukan susah. Lagipun isteri kita dah banyak kerja yang nak dia lakukan.
Perbaiki tabiat malas kalian, ini wajib jika kalian nak berjaya turunkan berat badan. Dengan membaiki tabiat ini kalian akan sedar dengan sendirinya bila tiba masa kalian akan rajin.
Apa bila sudah rajin dan malas dapat kalian atasi maka bermulalah fasa bersenam. Ianya juga satu proses membaiki diri. Mungkin cubaan pertama berjoging sebagai contoh, kalian tak mampu lagi, hanya berjalan santai untuk 1 km itu pun dah tercungap dan sakit sakit badan.
Perbaiki hari demi hari, mungkin sebulan kemudian baru kalian mampu berjalan cepat dan insyaallah dalam masa 4,5 bulan kalian boleh berjoging 1 km tanpa henti.
Saya sendiri ambik masa setahun untuk mampu berjoging 6km tanpa henti, dan percayalah ianya bermula dengan berjalan santai keliling rumah sahaja pada mulanya.
Ingat, kata kunci untuk berjaya dalam penurunan berat badan adalah membaiki diri sendiri. Jadi saya sarankan kalian yang baru nak bermula, atau dalam proses penurunan berat badan apply teknik ini.
Saya berani jamin 100% inilah teknik paling betul dan pasti berjaya jika kalian amalkan. Saya doakan artikel ini mampu memberi pemahaman dan sekaligus kalian nampak sesuatu yang bermanfaat lansung mengamalkannya.
Sudi juga kiranya kalian share, atau tag orang yang kalian nak tengok mereka memperbaiki hidup mereka dengan keluar dari belenggu Obesiti.
Terima kasih sudi membaca sampai habis. Oh ya, berapa kali dah kalian punya cubaan untuk kurus?
dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/
saya juga beratus kali gagal
BalasPadamAsalkan tak putus asa. Caiyok tuan
PadamTak terkira gagalnya tu dah barapa kali... Sy hrp kali ni usaha sy membuahkn hasil...
BalasPadam