Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan


NEKAD SATU PERKATAAN YANG SEPATUTNYA MENUNJUKKAN KESANGGUPAN MELAKUKAN SESUATU WALAU APAPUN YANG PERLU DILALUI. 



Sebagai induvidu yang obes hampir separuh dari umurnya, saya faham sangat malah boleh dikatakan pakar dalam masalah nekad ni. Dalam setahun boleh dikatakan  minima 1kali nak turunkan berat badan dan nak miliki tubuh macam kawan kawan yang lain.

Kalau zaman sekolah membuak buat perasaan nak kurus masa cuti semesta akhir tahun, kalau boleh masa daftar masuk sekolah nak sangat dapat berat badan ideal, supaya kawan kawan terkejut dengan penampilan baru kita. Bayangkan dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5, nekad hanya tinggal bayang sahaja.

Kalau semasa selepas sekolah, bulan puasa adalah waktu semangat nak turunkan berat badan berkobar kobar. Mengidamkan dapat pakai baju raya slim fit di surau semasa solat sunat hari raya supaya selepas tu dapat berjumpa kawan kawan yang akan berkumpul bersalaman dan bertanya khabar. Masa ni semua balik ke kampung dan masing masing lama tak jumpa satu sama lain. Tersenyum saya menulis hal ini dan saya percaya kalian yang baca pun akan tersengih sendirian kan. Mana tidaknya, kisah kita sama. Sebab saya juga seorang yang obesiti dulunya.

Bercakap berkenaan nekad ni, ianya dah jadi seolah gurauan dalam kepercayaan minda luar kawal kita. bila kita kata kita nekad, minda tak dapat tafsir ianya satu tindakan sebenar NEKAD. Sebab itu kebanyakan nekad kita hanya sekadar kata kata semata. Ianya disebabkan minda dah tahu kita sekadar berimpian semata mata. 

Tapi sebenarnya ada ulasan yang lebih logik kenapa nekad kita tak menjadi. Jom kita semak apa maksud nekad dalam kamus dewan dan pustaka Malaysia ;-
Kamus Bahasa Melayu. nekad. [né.kad] | نيکد. Definisi : (nékad) = menekad
 1. keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati
 2. tidak berasa takut-takut lagi, terlalu berani
 3. tidak mempedulikan apa-apa lagi (utk melakukan sesuatu), tidak berfikir panjang lagi
 4. tidak mahu me­ngalah dll, berkeras kepala, berdegil
Rujukan Kamus Dewan Edisi Ke Empat.

Kesemua yang dimaksudkan diatas adalah sesuatu yang menggambarkan nekad. Sebagai orang Malaysia  kita amat faham dengan maksud nekad, tapi kenapa bilamana kita rasa kita sudah nekad untuk berubah, perubahan tidak berlaku? Kenapa? 

Sebagai insan yang berpengalaman izinkan saya berkongsi pendapat dan penemuan saya tentang kenapa nekad kita tidak menjadi. Padahal kita sudah nekad hendak berubah. Nekad kita tidak salah sebenarnya, yang membuatkan kita gagal adalah

Kita tak punya mentaliti yang betul dalam proses mencapai impian kita (contoh:turunkan berat badan) 

1. Salah faham yang selalu kita buat adalah berkaitan masa, ramai dan malah kesemua yang nak turunkan berat badan dan gagal sebenarnya silap memahami berkaitan masa yang diperlukan untuk berjaya. Mereka fikir nak turun ni hanya makan masa sebulan dua, malah lebih parah ada yang fikir dalam seminggu dua. Buktinya adalah ubat ubat kurus yang dijual dengan laris dipasaran Malaysia dan sebenarnya dunia. Malah figura figura masyarakat seperti artis dan selebriti memainkan peranan melariskan produk kurus dan peliknya kita percaya dan yakin dengan  perkongsian figura tersebut. 
2. Bersenam adalah jalan untuk kurus. Walaupun bersenam adalah antara salah satu komponan yang membantu dalam proses penurunan berat badan, tapi sebenarnya untuk kurus jalan yang paling tepat ialah menjaga pemakanan kita. Ini bukanlah dogengan, malah ini fakta. Saya kena tekankan supaya kalian faham. NAK KURUS CARANYA IALAH JANGAN MAKAN MACAMANA KALIAN MAKAN SEKARANG. Perbaiki cara kalian makan. Ramai yang salah faham tentang bersenam menyebabkan Nekad yang dipasang gagal! ini kerana dengan melakukan senaman (walaupun senaman itu bagus) dengan tubuh kalian yang obes akan membebankan tubuh malah kalian akan alami stress yang tinggi. Kerana tubuh yang sakit membawa kepada tekanan perasaan maka senaman tidak dapat konsisten dan kalian mula putus asa. 
3. Usaha perlulah sempurna, ini kesilapan mentaliti yang ketiga. Bila kita nekad, kita bayangkan semuanya berjalan dengan lancar. graf penurunan berlaku dengan sempurna. Jadi bila masa berat badan kalian statik atau naik, ia memberi signal kalian gagal dan mulalah diri kalian dikuasai semula oleh diri yang lama yang terlalu selesa berada di Zon Selesa. Maka kalian berputus asa. Kita perlu faham, tiada kesempurnaan dalam apa pun urusan kita sebagai manusia, akan ada masa kita tersasar dari matlamat, yang penting kita sedar diri dan kembali kejalan menuju kejayaan.
4. Kita terlalu optimistik, bila kita tengok kawan berjaya, atau sesiapa yang kita rapat berjaya kita mula fikir kalau dia berjaya kenapa tidak aku? Soalan ini benar dari satu sudut, tapi kita gagal memahami satu perkara. Kisah kejayaan biasanya ditulis dengan pelbagai rintangan dan dugaan, cuma kita hanya lihat kepada keindahan kejayaan sahaja kita nampak pengakhiran ceritanya sahaja,  Kita skip untuk memahami keperitan dan rintangan yang perlu dilalui oleh mereka yang berjaya. Untuk berjaya, jalannya susah, berliku, berduri, jatuh, tersungkur dan pelbagai lagi kerumitan lain. Saya bukan nak takut takutkan kalian, tapi ini hakikat. Semakin cepat kalian menerima hakikat ini, semakin bijak kalian dapat mengatur langkah bagi mengatasinya nanti.
5. Kita punya kepercayaan yang salah. Ini satu fakta yang bertentangan dengan point no 4. Tapi jika kalian ada pemahaman point no 5 ini kalian antara induvidu yang paling susah nak turunkan berat badan. Saya antara yang ada point no 5 ni. Dan  Ramai dikalangan kita ada point no 5. Mereka telah percaya dan yakin meraka di takdirkan untuk gemuk. Saya percaya saya ditakdirkan gemuk oleh ALLAH, ini kerana saya ada ayah yang besar, abang yang besar dan kakak yang besar. Lebih berat lagi saya salahkan rangka saya yang besar, sebab itu saya gemuk. Ini kesilapan yang berlaku banyak dalam masyarakat kita. Tiada sesiapa yang dilahirkan untuk jadi gemuk. Gemuk berlaku kerana gaya hidup yang tidak baik dan diamalkan dengan masa yang lama. 

 5 point diatas perlu difahami dan diterima oleh setiap mereka yang nak berjaya turunkan berat badan. Jika kita mampu memahami 5 perkara tersebut dan kita dalam mode Nekad, Kejayaan adalah sesuatu yang pasti.Percayalah kerana saya sudah berjaya dan sebenarnya dah ramai pun yang berjaya. Tiba sekarang giliran kalian pula untuk kecapi kejayaan ini. Tapi sudahkah kalian bersedia untuk membayar nekad kalian dengan berapapun harganya?



dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam