4 KESILAPAN SIMPLE DILAKUKAN TANPA SEDAR OLEH MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN.
1. Timbang setiap hari
2. Sangka bersenam yang turunkan berat badan
3. Perlu ada kelengkapan yang cukup. Kena ada roti wholemeal, beras perang, garam pink, stevia, lakanto, Treadmill, set gym, basikal dan macam macam lagi.
4. Sangka perubahan berlaku dengan cepat.
TIMBANG SETIAP HARI.
Kecuali kalian ada aim tertentu seperti nak masuk pertandingan atau menghadiri temuduga. Aktiviti menimbang berat setiap hari adalah perkara yang kurang baik, walaupun ianya tak lah salah. Penimbang kalian, itu hak kalian.
Cuma aktiviti ini memberi tekanan extra kepada kalian. Ingat, berat kita terlampau fleksibel dan kenaikan berat badan bukanlah semata mata kenaikan lemak.
Tips timbang berat badan disini - https://youtu.be/HlIRmKGR334
BERSENAM BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Ramai antara individu yang nak turunkan berat badan bila ditanya apakah yang dapat menurunkan berat badan, mereka akan jawab bersenam.
Walhal cara yang paling tepat dan mudah sebenarnya ialah jaga makan. Sebagai contoh.
Nak bakar kalori sebanyak 300 kalori dengan bersenam perlukan 45 minit berjalan cepat sedangkan jika kalian kurangkan atau hentikan pengambilan teh tarik 2 gelas sehari boleh jimat 300 kalori masuk kedalam tubuh kalian.
Untuk penerangan lanjut boleh lanjutkan bacaan disini - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227457517168723&id=1386866984
PERLUKAN PERSEDIAAN LENGKAP UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Hal ini banyak mengheret induvidu menangguh usaha mereka nak bermula. Nak tunggu lengkap, susah, malah mustahil. Sebenarnya tak perlu nak makan makanan khas diet untuk turunkan berat badan, cukup dengan mengawal portion dan memilih makanan yang lebih baik. Dapatkan Ebook Pemakanan bagaimana saya turunkan 65kg dalam masa setahun. Ia ditulis melalui pengalaman saya sendiri turun dari 135kg ke 70kg - https://osini.co/d/gEPpO6vAap5b
Kalau bab senaman juga sama. Kena beli basikal dulu, beli dumbell dulu baru nak bermula. Sedangkan banyak senaman tanpa alat boleh dilakukan dirumah seperti tabata. Boleh tengok video ni untuk tiru senaman yang bakar lemak dan cantikkan tubuh -
Jika kalian jenis memerlukan alatan kerana bersenam tanpa alat buat kalian kurang semangat saya sarankan sebagai pemula kalian berlompat tali. Ianya aktiviti mudah nak buat, dan murah berbanding yang lain. Boleh dapatkan tali skipping mengikut budget kalian disini -
PERUBAHAN KENA BERLAKU DENGAN CEPAT.
Bila kita mula usaha jaga makan, beraktiviti, kita mula jangka perubahan berlaku. Ya itulah pun sebenarnya yang berlaku bila kita ubah tabiat kita. Tapi ia berlaku dengan cara fungsi tubuh yang unik. Dan ia tidak mengikut sangkaan semata-mata. Ia ada data sains yang perlu diambil kira.
Kebiasaannya berikan masa setahun untuk perubahan berlaku. Subhanallah! Setahun? Kalau kalian mengeluh baca SETAHUN! Kalian wajib betulkan mentaliti kalian. Antara hal yang membuatkan saya berjaya keluar dari obesiti yang saya bawa dari zaman sekolah ialah menukar cara fikir saya.
Saya sarankan kalian mengikut video mentaliti turunkan berat badan untuk kalian faham dan mampu melakukan perubahan dengan jayanya. Dapatkan video tersebut disini - Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan
dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/
Jom kongsikan penulisan ini kepada rakan, ahli keluarga dan mereka yang kalian sayang. Supaya mereka juga mampu berubah. Bukan sahaja makin kurus malah semakin sihat.
Terima kasih saya dahulukan.
Ulasan
Catat Ulasan