5 SEBAB YANG BERBALOI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Sebelum tu saya nak bagitahu, perkongsian kali ini bukanlah satu perkongsian biasa yang kalian boleh agak. Sebab sememangnya biasa anjuran untuk orang obesiti menurukan berat badan adalah.
1. Menyihatkan badan.
2. Mengelak dari penyakit berbahaya seperti strok, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
3. Dapat menikmati saat anak anak membesar.
4. Kelihatan cantik dan ramping untuk raya.
Biasanya 4 asbab tu jadi seruan yang saya tulis supaya lebih ramai individu yang obesiti diluar sana sedar dan mula bertindak untuk keluar dari obesiti.
Hari ni saya nak kongsikan 5 sebab yang jarang saya kongsi tapi punya nilai yang sangat besar kepada kehidupan seseorang individu.
1. Sendi sendi yang tak sakit dan lebih baik. Kalau kalian overweight atau obesiti ini adalah satu ancaman pertama yang kalian sedar. Nak bangun dari duduk atau tidur, sangat susah dan menyakitkan. Ianya berlaku kerana berat badan kalian yang berlebihan. Ya, banyak kajian dilakukan menyetujui hal ini. Tapi secara logiknya tanpa kajian saintifik pun kita boleh faham. Beban berat ditanggung kita menjejaskan sendi sendi kita.
2. Tidur yang lebih baik. Mereka yang obes kebiasaannya akan berdengkur. Ini berlaku kerana lemak sekitar leher yang menghadkan kemasukan oksigen dengan baik. Kualiti tidur mereka yang obes sebenarnya menganggu keseluruhan sistem tubuh. Dari fizikal ke mental. Dan bila kalian mampu baiki kualiti tidur secara automatik semua fungsi tubuh mampu berjalan dengan lancar dan baik.
3. Sistem Imun Tubuh yang Baik. Ini sebenarnya sangat diperlukan masa kini. Dunia yang terdedah dengan perbagai virus terutama covid dengan perbagai varian menyebabkan kalian perlu berusaha turunkan berat badan. Bila kalian dapat penurunan berat badan, sistem imunisasi semulajadi tubuh akan jadi tinggi dan kuat. Ini salah satu cara kalian survive dari jangkitan covid 19.
4. Beribadah dengan lebih baik. Bagi muslim yang obesiti, solat dengan tubuh yang obes dengan tubuh yang normal sangat berbeza dari perbagai segi. Keselesaan, keyakinan diri sikit sebanyak menganggu kekusyukan ibadah. Solat dengan sakit lutut, penat dan kedudukan tahiyat yang susah akan menganggu aktiviti ibadah kita. Lagi lagi bagi mereka yang tak mampu solat sesempurna orang lain, kena berkerusi untuk solat.
5. Hubungan intim suami isteri yang lebih baik, lebih nikmat dan lebih posisi. Saya kena kongsi bab ni. Walaupun agak sensitif tapi saya rasa ianya satu hal yang kalian perlu tahu. Keadaan tubuh besar dalam melakukan hubungan sex membatasi banyak hal. Bukan saja kepada mereka yang obes tapi juga pasangannya. Mereka yang obes terdorong mudah letih, mudah klimak dan terdedah dengan kecederaan semasa melakukan hubungan sex. Jadi turunkanlah berat badan untuk menikmati dengan lebih baik nikmat kehidupan ini.
5 hal diatas adalah antara sebab lain kenapa kalian perlu berusaha untuk turunkan berat badan. Kalau nak cari sebenarnya banyak lagi sebab. Tapi saya rasa cukup 5 asbab ni untuk kalian tahu, sebenarnya kalian yang obes rugi jika tidak berubah.
dapatkan bimbingan selama 12 bulan minima untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Ulasan
Catat Ulasan