6 TIP KEKAL FOKUS DALAM USAHA TURUNKAN BERAT BADAN.
Fokus, sesuatu yang sangat penting dalam kejayaan seseorang. Ianya sangat rapuh dan mudah teralih, menyebabkan ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Cuba bayangkan, azam tahun ni yang ramai nak turunkan berat badan pun dah ramai yang lupa. Peel lama kembali dominan, makan dah tak jaga, aktiviti dah tak buat. Betulkan? Walhal bulan Januari belum lagi berlalu.
Jom saya kongsikan pengalaman saya. bagaimana saya kekal fokus dari 135kg ke 70kg.
1. Punya mentaliti yang betul. - saya sedar usaha ni perlukan masa, jadi saya dari awal tak menjangka perubahan berlaku dalam masa singkat. Pengalaman dulu yang nak kurus dalam masa seminggu, sebulan jadi guru saya. Jadi dari awal, saya tak jangka jeda waktu untuk kurus.
2. Self reminder untuk perbaiki diri - setiap pagi saya akan buat post-mortem tentang hari semalam. Apa yang saya buat dan cuba baiki pada hari ni. Dari semua sudut. Pemakanan, aktiviti hatta ke soal cara fikir.
3. Jadual sebagai pengikat. - saya atur jadual aktiviti saya. Malah saya ikat juga dengan aktiviti berkumpulan. Ini tips yang bagus. Cuba cari sukan yang memerlukan rakan rakan, jika seorang tak hadir maka aktiviti tu tak dapat dijalankan. Saya dulu ikat diri dengan komitmen berbadminton 3 kali seminggu. Malas pun kena pergi.
4. Berkawan dengan orang yang positif. Maksud saya mereka yang selalu support usaha kita. Mereka akan nasihat, dan beri pandangan atas usaha kita. Malah mereka juga punya satu matlamat. Senang bila kita ada geng dalam usaha ni. Malah tips ni antara paling penting.
5. Banyakkan tengok inspirasi dari kisah kejayaan orang lain. Orang yang dulunya obes, dan capai BMI normal. Orang begini saya suka tengok sebab apa yang mereka lalui adalah pengalaman yang kita juga alami. Senang cerita mereka senasib dengan kita. Besar hingga beratus kilogram dan berjaya turunkan berat badan. Dulu saya suka tengok YouTube. Dari kisah tempatan hingga keluar negara. Tengok journey mereka buat kita semangat. Malah ada ilmu yang boleh kita amalkan.
6. Tolong jangan bezakan usaha orang lain dengan usaha kita. Ini antara pantang-larang dalam nak kekal fokus. Jangan cari beza yang melemahkan kita. Bila kita tengok orang lain berjaya dalam 6 bulan, tapi usaha kita dah masuk 10 bulan tapi tak berjaya lagi, jangan putus asa. Setiap individu punya pace masing-masing atas kapasiti usaha dan nekad masing-masing. Jadi ambil masa sendiri dan percaya kepada usaha kalian.
Jika kalian ingin bantuan dalam 6 perkara diatas. Saya sarankan kalian join Misi Ubah. Semua 6 perkara diatas dititikberatkan hampir setiap hari dalam Misi Ubah. Detail lanjut boleh ke - https://bit.ly/Misiubah
Ulasan
Catat Ulasan