Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Kenapa Berat Badan Mudah Naik Tapi Susah Turun

KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK 2KG DALAM MASA SEHARI? 



Berapa berat badan kalian kemarin? Dan berapa pula hari ni? Berat badan kita tidaklah statik sepanjang masa. Ianya berubah ubah. 

Kenapa berat saya naik 2kg hanya dalam masa sehari? Kemarin 70 hari ni 72kg. Bukan ke pengiraan 7700 kalori yang terkumpul baru jadi 1kg? Semalam tak makan sampai 14400 kalori pun. 

14400 kalori? Atau bersamaan 23 Spicy Chicken Mcdeluxe. Tapi kenapa berat pagi ni 72kg! 

Inilah misteri berat badan. Walaupun sebenarnya ada penerangan yang telah dikaji oleh pakar kenapa hal ini berlaku. 

Ramai yang kurang faham dalam hal ini, yang akhirnya menyebabkan mereka berputus asa. Lagi lagi yang tengah buat usaha penurunan berat badan. Mana taknya, nak turun 1kg ambil masa seminggu ke sebulan. Nak naik 2kg sehari pun boleh. 

Sebenarnya 2kg yang naik bukanlah kalori yang disimpan sebagai lemak keseluruhannya. Adalah mustahil untuk seseorang menyimpan semua kalori yang dia makan dalam seharian sebagai lemak. Ini kerana tubuh sendiri dalam mengekal fungsinya menggunakan kalori tadi sebagai tenaga. 

Tapi apa yang buat tubuh naik sampai 2kg
Sedangkan kita makan tak sampai pun 14400 kalori dalam masa sehari. 

Ada 3 sebab.

1. Makanan yang kita ambil kemarin masih disimpan dalam keadaan 💩. Jangan dilupa, setiap apa yang kita makan ada bahan sisa yang tidak dapat diserap oleh badan dan akhirnya akan dibuang.

Malah proses penghadaman makanan mengambil masa antara 6-72 jam untuk dihadam. Jika kalian punya usus yang sihat, ia lebih cepat, sekitar 6-36 jam sahaja. Tapi bagi yang punya masalah usus malas ia boleh ambil masa sehingga 72 jam. Usus pun ada yang malas tau, tapi bab ni saya akan panjangkan tulisannya nanti. Mohon follow saya untuk lebih banyak perkongsian bab turunkan berat badan.

Proses penghadaman ini bergantung juga kepada gaya pemakanan dan gaya hidup kalian. Makanan yang seimbang, air yang mencukupi, tidur yang cukup dan aktiviti bersenam setiap hari membantu proses penghadaman. 

2. Air. Atau bahasa popularnya water retention. Tubuh akan memegang lebih banyak air setelah kita makan. Malah setiap 1 gram karbohidrat yang kita makan, akan memegang 3 gram air dalam tubuh kita. Lagi lagi Kebanyakan kita makan banyak karbohidrat ringkas seperti nasi.

Malah makanan yang tinggi sodium atau garam juga penyebab air bertakung banyak dalam tubuh kita. 

3. Stress adalah penyebab hal diatas berlaku dengan lebih kuat. Air bertakung dalam badan dengan lebih mudah dan sistem penghadaman akan terganggu. Maka tersimpan lamalah sisa yang menyebabkan tubuh jadi berat dan nampak gemuk. 

Saya ada tulis tips berkenaan elak stress untuk turunkan berat badan, boleh teruskan bacaan.

Yup, jangan gelabah dulu. Jika badan kalian naik mendadak dalam masa sehari itu adalah normal. Sebenarnya mustahil seseorang boleh jadi gemuk hanya dengan makan banyak dalam masa sehari. Tak percaya, cuba makan 23 biji spicy chicken mcdeluxe sehari, tak akan tubuh tiba tiba jadi gemuk. Hehe, jangan buat pulak. 

Tapi sesorang itu akan bertambah gemuk bila makan berlebihan setiap hari selama beberapa bulan. Semoga penjelasan ini akan berikan penjelasan mudah agar kalian tak mudah putus asa dalam usaha untuk mencapai berat badan normal.





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam