TAKUT NAK DIET! TAKUT NAK BERSENAM. TAKUT NAK USAHA TURUNKAN BERAT BADAN?
Adakah kalian macam ni? Takut nak berubah?
Jangan terkejut, ramai sebenarnya beranggapan macam ni. Saya pun pernah punya mentaliti begini.
Mana taknya, bila kita beri komitmen untuk berusaha kita rasa banyak yang akan kita hilang. Itulah perasaan semasa berfikir nak usaha turunkan berat badan.
Antara takut yang menghantui kita ialah :-
Takut nak tinggalkan minuman manis kegemaran kita.
Takut kita dah tak boleh makan nasi dan lauk kegemaran.
Takut kita tak boleh nikmati kuih muih setiap pagi yang kita suka.
Takut nak ke taman atau gym untuk berjoging, sebab nanti ada orang perati atau jeling mata.
Takut nak bersenam depan rumah pun, sebab nanti jiran kita tengok, malu katanya.
Takut lepas bersenam tubuh akan sakit sakit.
Tapi sedar atau tidak apa yang kita takut itu adalah hal kecil dan ia berlaku kerana kita tidak berfikir dengan jelas dan tepat. Apa yang kita takut itu remeh yang menyebabkan kita lupa ketakutan sebenar.
Kita lupa risiko dengan cara hidup kita sekarang. Makan ikut suka masa mana, banyak mana, menu apa pun kita tak kira. Yang penting kita suka dan nikmatinya.
Yang akhirnya membesarkan tubuh kita dan buat kita obesiti.
Bila kita obes, risiko ketakutan sebenar akan berlaku.
Tekanan darah tinggi.
Kerosakan buah pinggang.
Kencing manis.
Gout.
Angin Ahmar.
Malah semua diatas membawa risiko Kematian. Tengok sahaja Statistik yang saya ambi dari tahun 2015 dibawah.
Dan rentetan risiko diatas adalah hilang keupayaan berfungsi atau kematian.
Bila hal diatas berlaku, yang terjejas bukan sahaja kita.
Isteri dan anak anak yang sepatutnya kita jaga akan mula jaga kita, makan minum, berak kencing, semua mereka yang uruskan.
Isteri kena tanggung semua masalah keluarga keseorangan. Kerja, urus anak anak dan kena urus kalian.
Atau situasi paling berat kalian meninggal dunia kerana masalah kesihatan diatas. Kalian terpaksa tinggalkan anak anak dan pasangan.
Mungkin ada yang terfikir semasa baca penulisan ni, dia tak akan jadi macam tu. Dia rasa terpilih dan masih sihat walaupun dengan tubuh yang obesiti. Masih mampu berfikiran positif walaupun berat cecah atau lebih 100kg.
Ketahuilah, mereka yang telah menghadapi masalah kesihatan dek kerana obesiti juga tidak pernah menjangka mereka akan terlantar sakit akhirnya. Mereka juga berfikiran positif seperti kalian. Saya menulis melalui pengalaman, saya pernah hadapi zaman kemerosotan kesihatan. Hanya mampu terperuk di rumah tanpa buat apa apa. Anak anak, kerja rumah, mencari nafkah semua isteri lakukan. Tapi alhamdulillah saya sempat berubah.
gambar kiri ada masalah tekanan darah tinggi dan perlu makan ubat, sekarang bebas ubat darah tinggi atas nasihat doctor. Alhamdulillah
Jadi usah takut untuk melakukan sedikit perubahan kepada rutin harian kalian. Demi diri dan insan yang kalian paling sayang. Ianya berbaloi!
Ulasan
Catat Ulasan