Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

15 PERKARA BANTU OPTIMUMKAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMASA BULAN RAMADAN.

TURUNKAN BERAT BADAN MENJELANG RAMADAN SIRI 5. 

15 PERKARA BANTU OPTIMUMKAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMASA BULAN RAMADAN. 


Seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan. Didoakan semoga kita semua diberi kesempatan untuk mengharungi bulan rahmat sekali lagi pada tahun ini. 

Antara Ajaibnya Ramadan. Sesiapa sahaja, dengan masalah makan macamana pun bila tiba bulan puasa. Mereka boleh menahan makan dan minum dari sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. 

Hebatkan, yang selama ni tak boleh tinggal sarapan, yang tak boleh tinggal nasi tengahari, yang hantu nescafe semua boleh taat dalam satu hari jea. 

Begitulah kehebatan kita manusia dalam mentaati apa yang kita percaya. Padahal kalau hari biasa mau lapar dan dahaga macam nak mati. 

Jadi hari ni saya nak kongsi tips bagaimana dengan bulan puasa ni kita bukan sahaja dapat pahala taat perintah tapi boleh juga dapat penurunan berat badan dari obesiti malah insyaallah dapat kesihatan yang lebih baik. 

Jom tanpa buang masa lagi. 

1. Ambil kesempatan bina tabiat baru. Ya, masa ni adalah masa yang terbaik membaiki tabiat kita yang makan banyak dan makan apa saja tak tentu masa. Jangan anggap ramadan bulan keterpaksaan, tapi anggaplah ia bulan latihan untuk satu tabiat yang lebih baik dan menyihatkan. 

2. Bangun sahur. Ini tuntutan walaupun ianya bukanlah wajib seperti berbuka. Ada dua kebaikan sahur, pertama membekalkan tenaga dan air dalam badan untuk mengharungi masa berpuasa. Kedua untuk bangun pada masa sahur kita harus tidur awal. Tidur yang mencukupi akan membantu menstabilkan hormon yang berkerja menahan kita dari lapar.

3. Minum air mencukupi sepanjang berbuka sehingga sahur. Ini dapat mengelakkan kita dari dihidrasi yang membawa kepada banyak masalah lain seperti kelesuan, hilang fokus, masalah buah pinggang dan masalah tekanan darah.

4. Berbuka dengan tamar, AIR KOSONG dan buah buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, nanas, strawberi sebagai contoh. Selepas tu terus solat maghrib dahulu dan sambung makan hidangan utama samada lepas maghrib atau selepas solat Isyak mahupun selepas tarawih. Ini membantu kita mengawal pengambilan kalori dan mengawal nafsu yang membuak buak nak makan kerana menahan diri di siang hari. 

5. Kurangkan, atau tukar karbohidrat ringkas kepada karbohidrat kompleks. Ini akan membantu tubuh dengan rasa kenyang lebih lama. Malah nutrisi yang ada dalam karbohidrat kompleks akan memberi nutrien yang mencukupi kepada tubuh dan sekali gus membekalkan tenaga kepada tubuh mengharungi puasa keesokan harinya. 

6. Minum air Kosong, ais kosong atau air suam berbanding air bandung, air chicau, air kathira, teh tarik madu dan pelbagai jenis air yang menggoda tu. Tak boleh lansung ke? Terpulang, tapi kalau nak minum juga, cukup sekadar ambik rasa saja. Air air yang saya sebut diatas kebiasaan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gula adalah karbohidrat ringkas dan ia boleh dikategorikan sebagai kalori sia sia. Tidaklah air itu mengenyangkan sepertimana kita makan, tapi ia sekadar melepaskan kehendak kita atau nafsu semata mata. 

7. Sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat. Ini dapat mengalih perhatian kita kepada perkara lagho, timeline kita akan dipenuhi dengan gambar gambar makanan dan minuman yang pasti menggugat selera kita. Salah satu cara mengatasi dugaan ini adalah dengan kurangkan tengok media sosial masa masa nak berbuka. 

8. Kurangkan membeli makanan siap di bazar Ramadan dan masak sendiri. Ini paling susah dan rumit nak dilaksanakan. Tapi ini tips paling bagus. Kalau boleh buatlah jadual hanya sekali dalam seminggu ke bazar Ramadan. 

8. Elakkan pembaziran. Ya, kalau terperangkap di bazar ramadan cubalah ingat satu perkara. Pengalaman dulu sebenarnya mengajar kita. Apa yang kita makan semasa berbuka biasanya tak banyak dan ianya amat mengenyangkan. Malah pastinya banyak yang kita beli di bazar ramadan tak pun habis dan akhirnya ke tong sampah. Saya tak kata orang lain, saya pun begitu. 

9. Berkongsi makanan dengan keluarga atau jiran. Disamping menggandakan pahala bersedakah, ia mampu mengurangkan pengambilan kalori kita.

10. Makanlah dengan perlahan-lahan. Waktu bersahur ataupun waktu berbuka. Ini satu tips yang baik untuk menghadkan pengambilan kalori berlebihan. Bila kita makan secara perlahan ia akan menyebabkan kita mudah kenyang.

11. Makanlah dengan ingat perkataan ini. Masa dibenarkan makan semasa puasa, jangan jadikan masa makan itu sebagai membalas dendam kerana berpuas. Tapi makanlah untuk menyediakan diri dengan tenaga untuk menghadapi puasa. 

12. Aktifkan diri, jangan hanya bermalasan. Walaupun tidur dibulan ramadan juga punya pahala, tapi aktifkan diri kalian. Setidaknya sejam sebelum berbuka berjalanlah selama sejam secara santai. Tak perlu berjogging atau buat aktiviti workout yang berat. 

13. Makan makan kuih muih tradisional yang manis dengan kadar seciput. Tak salah nak makan, tapi kawal pengambilannya. 

14. Bersenam 3 kali seminggu selepas waktu berbuka. Aktiviti seperti jumprope, bertabata, berbadminton atau apa sahaja lakukanlah ditengah malam, hindari aktiviti berat disiang hari. 

15. Lebihkan pengambilan protein, sayuran buah buahan semasa berbuka dan bersahur. Ini pilihan yang lebih baik daripada makanan berunsurkan tepung dan gula. 

Semua cadangan diatas adalah satu saranan semata mata. Tindakan dan keputusan adalah mutlak hak kalian. Tiada paksaan dan tidak juga saya claim inilah cara terbaik. Kata kunci yang paling penting adalah bersederhanalah dalam apa pun pilihan kalian. Kerana dalam mewujudkan keharmonian antara tubuh dan keputusan adalah elakkan stress keterlaluan.

Akhirnya saya nak tekankan, puasa adalah ibadah. Puasa bukanlah alat kita nak kurus semata mata. Cuma dalam melaksanakan perintah Allah, kebaikan lain juga boleh kita dapati dengan menjaga pilihan pilihan kita. Moga puasa kalian pada tahun ini diterima Allah Jalla waalla. 

Jom ikuti perkongsian saya dalam siri siri Turunkan Berat Badan dalam bulan Ramadan. 

Siri 1 - Benarkah Bulan Ramadan Berat Badan Mudah Turun? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228290717558212&id=1386866984

Siri 2 - Berapa KG kah Penurunan Boleh Dibuat Dalam Bulan Ramadan. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228295714363129&id=1386866984

Siri 3 - 3 Peel Perlu Elak Sebelum Ramadan. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228300731848563&id=1386866984

Siri 4 -Ramadan, Masa paling sesuai untuk bina tabiat baru. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228316710608022&id=1386866984

Sila follow dan see first profile fb saya bagi tidak ketinggalan siri Turunkan Berat Badan Menjelang Ramadan ini.

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam