Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR

 BIASA MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR





Terimbau satu peristiwa Masa tu umur saya kemungkinan besar dalam 23 tahun, sebab masa tu saya masih berniaga burger.
Malam tu hari selasa malam rabu. Menjadi rutin masa tu ke masjid assalam pengkalan Chepa utk mendengar kuliah dr seorang ustaz,namanya ingat ingat lupa, tp ingat pengajian kitab Penawar bagi Hati pengarangnya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili. Selepas kuliah saya lepak di kedai minum untuk berborak. Malam tu minum sekali dengan seorang pak cik yang baru dikenali pada malam tu.
Pak cik tu umur dalam 50an. Rancak berbual dalam sesi pengenalan tiba tiba pakcik tu tanya umur saya. Kawan kawan lain menyampuk dan suruh pak cik tu teka umur saya. Setelah beberapa kali tekaan pak cik tu akhirnya memohon maaf.
Tekaan pertama dia adalah 38tahun! Kawan kawan semua ketawa dan pakcik tu kelihatan kepelikan. Akhir sekali pakcik tu mengalah. Saya bagitahu umur sebenar, dia terkejut besar. Mana tidaknya, masa tu penampilan macam orang dewasa. Malam tu saya kenakan jubah putih, kain pelekat putih, kupiah putih dan serban putih.
Saya sebenarnya tak pelik, sebab pada masa tu, saya pernah menghadiri kursus kendalian kementerian belia dan sukan, kursus Training of Trainer. Salah satu modul dalam kursus tu adalah kira umur biologi tubuh. Pada masa tu umur biologi tubuh saya adalah 53tahun sedangkan umur sebenar adalah 20an.
Mana tidaknya, berat masa tu mungkin hampir 130kg. Muka penuh dengan jeragat hitam, saya tak tahu betul ke namanya jeragat, tapi kalau biasa tengok orang besar aka gemuk, muka akan kelihatan hitam di sisi pipi.
Begitulah realiti orang obesiti, keupayaan tubuh sebenar akan terhad dan amat terhad. Bayangkan nak potong kuku kaki pun dah tak boleh buat sendiri. Nak mencangkung untuk buang air besar pun masalah. Kalau nak cerita memang memalukan. Tapi inilah realiti. Kena pulak tandas yang sempit! Realitinya adalah keupayaan diri sebenar adalah terbatas. Bukan hanya dari segi fizikal yang terlihat sahaja. Bila berjalan, naik tangga akan mengah macam orang tua. Nak berlari pun susah, sakit lutut, sakit pinggang dan sakit tubuh la senang cerita.
Saya ceritakan hal ini bukanlah nak membuka aib mereka yang obesiti. Tapi saya mahu mereka tahu keadaan terhad mereka sekarang boleh diatasi dengan kaedah dan mentaliti yang betul. Ramai antara yang obesiti termasuk saya dulu nak berubah. Cuma kaedah dan mentaliti silap menyebabkan kami rasa ianya sangat sukar dan mustahil utk dilakukan.
Hujung tahun lepas saya naik penimbang omron. Penimbang ni ada keupayaan untuk mengira umur biologi. Masa tu berat saya 70kg dan umur biologi saya ikut kiraan penimbang omron adalah 26tahun.
Saya tidak menyatakan obesiti ini buruk. Saya bukan nak menghakimi orang obesiti semua ada penyakit. Tapi fakta tetap fakta. Obesiti adalah satu penyakit yang membawa risiko kepada pelbagai penyakit yang mengakibatkan kematian.
Dan saya juga membawa fakta dan bukti atas diri sendiri yang obesiti mampu diubah! Ditukar! Dipulihkan!

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam