7 LANGAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK.
Percayalah kejayaan menurunkan berat badan adalah berkait lansung dengan tabiat seseorang. Malah ada yang berpendapat jika seseorang yang obesiti mampu mengubah 1 tabiat mereka pun, mereka dah boleh turunkan berat badan.
Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pupuk atau membina tabiat baru yang lebih baik. Dan yakinilah proses ini amat sukar. Kerana mengikut kajian sesuatu tabiat tidak boleh di padam dalam diri seseorang. Ianya hanya boleh diganti dengan tabiat baru.
1. Fokus membina satu tabiat sahaja dalam satu satu masa. Bila kalian fokus hanya kepada 1 tabiat, kalian memberi seluruh tumpuan dan tenaga hanya pada satu perkara. Ini lebih memudahkan.
2. Paksa lakukan setiap hari tabiat baru dalam masa 30hari. Ada yang kata 40 hari, ada yang kata 66 hari. Pilih yang mana kalian rasa percaya. Insyaallah, jika buat dalam masa sebulan pun dah dapat impak konsisten.
3. Bina tabiat dengan matlamat yang tepat. Jangan bina Matlamat baru hanya kerana nak sesuatu yang sementara, maksudnya jangan buat tabiat baru hanya sebab nak kurus. Percayalah dengan pengalaman saya dan kami yang dah berjaya. Kami lakukan tabiat baru kerana nak sihat. Dan kesihatan kita nak berkekalan sepanjang masa. Bukan ada tempoh masa.
Sebab tu ramai yang terjebak dengan yoyo diet, bila dah berjaya turun, automatik akan naik balik, sebab matlamatnya nak kurus dah tercapai. Jadi daripada naik dan turun berkali kali, baik terus aim nak sihat. Kesihatan kena dijaga sepanjang masa.
4. Gunakan Teknik pecahan dalam membina tabiat baru. Katakan kalian nak ubah tabiat makan yang banyak dan bertambah tambah. Mulakan dengan buang suku dari apa yang kebiasaan kalian makan. buat sikit demi sedikit. Nak berintermittent fasting, mulakan dulu dengan 12:12 dan secara perlahan naikkan jam puasa. Begitu jugak tabiat baru nak jogging, mulakan berjalan 5 minit setiap hari dan tambah dari masa ke semasa.
5. Jangka halangan dan cara atasi halangan. Pastinya akan ada halangan dari dalam diri dan dari luar kawalan diri. Maka mengenalpasti halangan ini akan membantu kalian lebih bersedia. Sebagai contoh kalian pilih paksa buat selama 40 hari. Pasti akan ada masa kalian rasa ingin berhenti. Jadi rancang apa tindakan kalian bila perasaan ingin berhenti itu datang.
Sebagai contoh bila malas pagi ni, alih jadual buat petang tapi kena pastikan kalian buat!
6. Mengikat diri dengan komitmen luar. Ini satu tips yang bagi saya membantu. Salah satu pengalaman besar saya untuk kekal dengan berat badan saya sekarang. Umumkan kepada umum melalui Facebook atau kepada rakan rakan yang kalian cuba untuk bina satu tabiat baru yang baik untuk kalian. Keterikatan ini mampu buat kita terpaksa buat dan lama kelamaan menjadi sesuatu yang benar terlekat dalam diri.
7. Beri Ganjaran istimewa bila kalian sampai tahap tahap tertentu dalam teknik pecahan tadi. Bila sampai sasaran pecahan pertama berikan sesuatu pada diri. ianya tak perlu hadiah yang besar, kadang kadang cukup dengan sehelai baju atau apa saja yang mampu buat kalian berasa puas.
7 petua ini hanyalah sekadar tips bagi kalian membina tabiat baru yang semestinya satu perkara yang susah. Ya, saya akui ianya susah sebab saya laluinya dan saya tahu peritnya.
Tapi percayalah, untuk berjaya turunkan berat badan dari obesiti kepada BMI normal, kalian hanya akan berjaya bila kalian lakukan perkara susah yang kalian tidak suka secara konsisten sehinggalah ianya menjadi tabiat.
Selamat menempuh kesusahan demi kemanisan kejayaan!
https://bit.ly/impianvstakut
Ulasan
Catat Ulasan