APA BILA KITA RASA PENAT BERUSAHA TURUNKAN BERAT BADAN. INGATLAH!!!
Ini satu yang sangat biasa bagi setiap individu yang obesiti. Rasa penat dengan segala usaha yang dibuat.
Asyik kena jaga makan.
Asyik kena aktifkan diri.
Sedangkan dulu, nak makan apa pun tak kisah, nak makan banyak mana pun tak ada hal, tak perlu fikir nak keluar rumah berpeluh dengan aktiviti. Semuanya sedap. Senang dan mudah.
Tapi bila buat keputusan nak turunkan berat badan, kehidupan penuh cabaran. Nak makan kena tahan nafsu, nak bermalasan layan fon terfikir langkah belum cukup 10,000. Haishhhh bosan!!!!!
Saya alaminya, saya tahu dan faham situasi ni secara jelas. Sebab saya obesiti dari sekolah lagi. Cubaan beratus kali gagal sebab hal ni. Kita fed up!
Tapi saya disini nak bagitahu dengan jelas satu perkara.
Kenapa setiap kali kita give up, hasrat nak turunkan berat badan tu datang balik?
Kerana kita sedar satu perkara! Perkara ini penting dan kita tahu dari sudut paling dalam kesedaran kita, yang kita wajib berubah.
Walaupun apa sebenarnya suis kalian, nak kurus sebab nak kelihatan cantik dan hensem, nak kurus sebab nak pakai baju cantik, nak kurus sebab nak mengorat, terpulang. Itu hak masing-masing.
Tapi ada satu big why yang saya dapati paling mujarab. Dan buktinya adalah saya sendiri berubah kerana big why tersebut. Saya dah cerita banyak kali, tapi saya ulang lagi demi kalian yang dah rasa give up nak berubah.
Big why paling mujarab ialah takut menyusahkan orang yang kita sayang.
Dengan obesiti kita terdedah dengan pelbagai penyakit. Fakta ni bukan saya cakap melalui pengalaman, tapi fakta dari mereka yang berautoriti.
Obesiti merisikokan kematian melalui serangan jantung, tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, kerosakan buah pinggang dan strok.
Situasinya ada dua.
1. Kita dengan tubuh obes terlantar di rumah kerana strok, buah pinggang pula rosak. Pasangan kita, anak anak kita kena jaga kita, bukan tengokkan jea, kencing berak kita mereka uruskan, mandi pakai kita mereka kena buatkan. Cuba bayangkan situasi ni berlaku! (Tolonglah pejam mata dan bayangkan)
2. Kita mati kerana komplikasi disebabkan obesiti. Anak dan pasangan kena harungi hidup tanpa kita. Cuba bayangkan, macamana pasangan kita nak urus anak anak tanpa kita? Dan bagaimana anak anak nak membesar tanpa nasihat dan teguran dari kita.
Big why inilah yang buat saya dan ramai individu yang berjaya, keluar dari obesiti. Kami sedar kalau kami tak berubah, kami akan menyusahkan orang yang kami sayang. Dua dua situasi tetap menyusahkan mereka.
Saya hanya mampu kongsi pengalaman saya, dan saya harap kalian mampu nekad, jangan putus asa dan bosan dengan usaha ini.
Ia susah, tapi amat berbaloi!
Bagi mereka yang dah berpuluh kali berputus asa, saya sangat sarankan kalian mengikuti video saya berkenaan mentaliti Turunkan Berat Badan. Course ini saya bina berdasarkan pengalaman saya gagal beratus kali dan alhamdulillah berjaya turun 65kg berat badan saya.
Untuk akses course tersebut sila klik link ini - https://bit.ly/mentalititurunkanberatbadan
Tapi course ini bukanlah syarat wajib kalian nak berubah. Ianya hanya satu usaha saya kongsikan pengalaman saya dari A-Z perubahan minda saya lakukan yang menyebabkan saya berjaya turun dari 135kg ke 70kg.
Ulasan
Catat Ulasan