Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

SAHABAT

3 Langkah Memudahkan Usaha Penurunan Berat Badan

 Tak Boleh Dinafikan Turunkan Berat Badan Adalah Impian Besar Mereka Yang Gemuk.  Siapa pun anda, masih bersekolah atau dah berkerja dan berumah tangga. Bila gemuk anda berhajat nak turunkan berat badan. Buktinya? anda setiap tahun akan mengulang azam untuk turunkan berat badan di awal tahun. Malah setiap kali nak raya pun anda percaya boleh turunkan berat badan sedikit semasa berpuasa.  Malah ada yang lebih advance dari itu. Berhabis duit mencari solusi masalah gemuk. Beli suplemen mahal, alatan sukan seperti treadmill dan lebih parah habis duit membeli ubat kurus yang viral. Jika kalian terasa dengan ayat ayat diatas saya harap kalian luangkan masa membaca artikal ringkas yang padat ini. Saya janji ianya adalah kitab rujukan terbaik untuk kalian yang baru nak mula dan insyaALLAH memberi impak kepada usaha kalian selepas ini.  Sebelum itu saya nak cerita ringkas siapa saya. Kenapa kalian kena faham perkongsian saya ni. Jangan risau, saya akan ringkaskan. Saya, Mohamad Faizal Bin Saedo

TANDA ANDA AKAN GAGAL DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.

TANDA ANDA AKAN GAGAL DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN. Saya nak kongsi satu dapatan saya dalam pengalaman saya sendiri turunkan berat badan dan membimbing beratus individu yang ada niat yang sama. Saya sedar ada satu pattern orang yang berjaya dan juga gagal dalam usaha mereka nak turunkan berat badan.  Sebelum tu saya nak maklumkan dahulu, posting ini di tuju kepada kalian yang nak turunkan berat badan tapi masih belum faham mentaliti yang betul.  Ada beberapa tanda sebenarnya, tapi hari ini saya nak bincang satu dahulu. Yang paling besar impak kegagalannya jika ada dalam diri kalian. Jom semak sama sama dan kita cuba baiki sama sama.  MERUNGUT!  Perbezaan orang yang berjaya dan tidak nombor satu ialah merunggut.  Dalam proses penurunan berat badan hakikat yang perlu diterima secara total ialah kita perlu buat sesuatu yang kita tak suka BUAT.  Ini asas perubahan kearah kebaikan. Bukan saja nak kurus, nak berjaya dalam kehidupan pun sama. Kita kena buat perkara yang susah

Cheatday atau Cheatmeal, Perlu atau tidak

Cheatday, Perlu ke?  Banyak perselisihan pendapat dalam hal ni. Ada yang berpendapat ianya sesuatu yang tidak bagus, ada yang lebih ringan katanya cheatday tak bagus tapi boleh cheat meal.  Ada yang berpendapat ianya sesuatu yang boleh, dan ada yang cakap ianya satu yang bagus.  Apapun pendapat mereka, ia tetap terpulang kepada induvidu itu sendiri. Saya cenderung ianya adalah sesuatu yang bagus.  Kerana dengan cheatday, kita memberi sedikit ruang kepada diri untuk keluar dari pilihan pilihan yang kita tanggungi setiap hari untuk turunkan berat badan.  Maklum tahu, bila kita nak turunkan berat badan pilihan kita amat terhad berbanding kita tak sedar nak baiki kehidupan kita. Makan kita hadkan, pilih yang baik, aktiviti kita banyakkan berbanding bermalasan.  Jadi dengan cheatday kita bebaskan diri kita dari bebanan itu. Tapi harus diketahui, bebanan setiap individu berlainan, jadi ada yang dah menyerap bebanan menjadi rutin, maka mereka orang yang beruntung.  Cuma perlu diin

6 Kebaikan Smartwatch Untuk Bantu Turunkan Berat Badan

JAM PINTAR: SARANAN BAGI MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. Pertama sekali saya nak bagitahu, ianya bukanlah sesuatu yang wajib untuk kalian dapatkan jam tangan pintar ni. Tapi saya secara peribadi mendapati jam tangan ini SANGAT membantu saya dalam perjalanan saya turun 65kg.  Saya mula pakai miband 2 dalam bulan ketiga saya berusaha tambah baik kesihatan saya. Masa tu saya dah buang air manis, kurangkan makanan bergaram dan makanan proses. Tiba masanya saya aktifkan diri saya. Malah dengan dapatkan jam pintar ianya seperti me rewardkan diri kita dan kita semakin bersemangat.  Jadi hari ni saya nak beritahu 6 kebaikan jam tangan pintar bagi mereka yang nak turunkan berat badan. 6 Kebaikan Smartwatch Untuk Bantu Turunkan Berat Badan  1. Jam tangan pintar dapat memangkinkan semangat. Bila saya bermula nak aktifkan diri saya mula berjalan setiap pagi di kawasan perumahan saya. Dengan kelebihan jam ini yang dapat merekod langkah setiap hari saya jadi bersemangat nak menamba

3 Sebab Jangan Tangguh Usaha Nak Kurus

3 SEBAB TANGGUH USAHA NAK TURUNKAN BERAT BADAN AKAN LEBIH MENYUKARKAN PROSES TURUNKAN BERAT BADAN.  JANGAN TANGGUH USAHA TURUNKAN BERAT BADAN. SEMAKIN ANDA TANGGUH SEMAKIN SUSAH BERAT NAK TURUN.  1. Perubahan Metabolisme: Metabolisme tubuh berkurangan seiring pertambahan usia. tubuh akan membakar kalori lebih lambat, membuat penurunan berat badan menjadi lebih sukar.  Ya, ini fakta yang ramai tak sedar. Makin meningkat usia kita, makin usaha turunkan berat badan menjadi susah.  Kehilangan otot badan adalah satu penyumbang kepayahan menurunkan berat badan bila umur semakin meningkat. Kita akan hilang otot badan sesuai dengan peningkatan umur kita. Sebab itu proses nak turunkan berat badan jadi susah.  2. Aktiviti fizik yang semakin sedikit. Seiring bertambahnya usia, banyak orang cenderung menjadi kurang aktif.  Aktiviti fizikal yang kurang memastikan lemak terus bertempel di dalam tubuh.  Ini adalah kerana tubuh sudah tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti waktu kita

PILIHAN METHOD DIET TAK PERNAH JADI SEBAB UTAMA KEJAYAAN SESORANG DAPAT TURUNKAN BERAT BADAN

Percaya atau tidak kisah kejayaan setiap individu dalam penurunan berat badan punyai kisah atau jalan yang berlainan. Ada yang berjaya sebab bersenam. Malah ada yang berjaya turunkan berat badan tanpa bersenam.  Sebab itu perjalanan setiap individu itu tak sama.  Bukti lain adalah kisah kejayaan dan kegagalan induvidu dalam diet diet tertentu. Ada yang berjaya dengan diet Atkins, ada juga dengan suku suku separuh, Intermittent Fasting dan pelbagai nama diet yang ada. Dan setiap diet wajib ada kisah kegagalan induvidu yang mencubanya.  Dalam pelbagai kisah dan cara setiap individu yang berjaya ada 1 kesamaan. Kesamaan inilah kenapa mereka buat diet berlainan, cara berlainan tapi tetap berjaya.  Mentaliti, mindset atau cara fikir mereka adalah sama. Inilah sebab kenapa mereka berjaya turunkan berat badan, ianya bukan asbab besar nama diet atau nama senaman. Tapi mempunyai Mentaliti yang betul untuk turunkan berat badan. Sebab itu saya sarankan mereka yang betul betul nekad na

MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG

MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG. Masa saya besar, 2 benda yang saya tak berapa suka tengok ialah peha dan betis saya. Besar ya amat. Bukan saja besar, malah keras! Sebab betis dan pehalah saya rasa yang saya akan obesiti sampai ke tua. Berbalik pada soalan, bagaimana kecilkan betis, peha dan punggung. Sebenarnya saya tak ada jawapan khusus bagi soalan khusus ni. Sebab saya tak ada pun buat senaman khas utk kecilkan bahagian yang dinyatakan tu.  Tapi apa yang saya perasan, sekarang dia dah kecil berbanding dulu. Kecil benar dan amat kecil daripada dulu.  Jadi jawapan saya, ubah cara pemakanan sekarang yang melampaui batas. ini asas paling penting. Disamping itu lakukan senaman berjogging, bermain badminton dan berjalan (itu yang saya buat utk turun 65kg) Kalau kalian nak buat senaman khusus untuk peha dan punggung seperti squat, amat bagus.  Tapi menjaga pemakanan dan berjalan pun dah memadai. Kalau buat squat lebih efisyen barang kali, disamping membakar lema

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.  1.  Lebih cepat anda bermula lebih awal kalian kecapi kejayaan.  2. Sempat dapat penurunan yang banyak sebelum raya. Dapat pakai baju raya idaman tanpa susah nak cari saiz.  3. Penurunan lebih senang. Sebab kalau kalian tangguh berat kalian akan semakin naik. Lebih banyak yang perlu di turunkan, lagi susah.  4. Lebih muda, lebih cantik lebih cerah. Bukan setakat dapat penurunan berat badan, tapi lebih dari tu.  5. Lebih bahagia dan lebih sihat. Semestinya. Dengan tubuh yang mengecil dari saiz sekarang. Keadaan organ penting akan lebih optimum. Dan dengan itu, kalian akan lebih bahagia.  Lagi lagi bila kalian dapat nikmati hari raya bersama keluarga dengan tiada had kebiasaan seperti susah cari baju, bergambar kena menyorok belakang orang lain, dan keyakinan diri kalian meningkat.  Bayangkan kenikmatan ini kalian akan kecapi raya nanti.  Kalian mungkin terfikir, kalian susah nak lak

Usaha Nak Kurus. Mudahnya Hilang Fokus

BETAPA RUGINYA USAHA KITA, DAN BETAPA MUDAHNYA KITA HILANG FOKUS.  Dalam bulan lepas saya ada mengajak seorang yang agak rapat dengan saya untuk mula lakukan perubahan dalam hidupnya. Ya, berat badan dia meningkat 2 kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ni.  Saya buat ajakan dah lama, tapi dia sahut cabaran tu dalam bulan lepas. Saya gembira. Kami bertukar pendapat dan berbincang. Apa yang menariknya dia dengan masalah berat badan ni boleh dikatakan hebat. Sebab dia ni pernah gemuk dan kurus beberapa kali. Malah tempoh Penurunan Berat Badan dia cepat. Alhamdulillah, sepanjang usaha dia dah turun 5kg dalam masa tak sampai sebulan. Dia mula aktif berjalan di taman bersama anak anak dan mula update progressnya di alamaya.  Tapi dalam masa seminggu ni saya tak lihat post dia, seolah menghilang. Saya jangkakan dia tak update status saja tapi masih konsisten menjaga pemakanan dan buat aktiviti.  Pagi tadi saya hubungi dia, bertanya khabar dan saya terus bertanya tentang us

Salah Faham Yang Merugikan Masa dan Usaha Orang Gemuk

RAMAI YANG OBES YAKIN BILA BULAN PUASA BOLEH TURUN SAMPAI 20KG.  Inilah kepercayaan saya dulu! Dan saya yakin, ramai yang membaca pun macam saya. Kan? Bila tiba ramadan, yakin bulan puasa akan berjaya turunkan sebanyak tu! Walhal ianya adalah mustahil.  Saya nak sedarkan kalian 8 bulan awal sebelum raya. Bulan ni, sekarang kalau kalian usaha dan dapat hanya 2-4kg sebulan. Kalian cuba kira dengan gunakan jadual dibawah. Cuba bayangkan berapa berat badan kalian di hari raya nanti? Dah berapa kg nanti? Mesti makin kecil dan semua orang terkejut!  Jom usaha sekarang! Jangan tangguh lagi. Buat santai santai je.  Tak tahu nak buat macamana? Nak saya bantu? Nak ada team yang sematlamat dan buat sama sama? Boleh sertai saya dalam Misi Ubah Raya!  Selama 8 bulan saya bimbing dan pantau kalian.  Sepertimana saya bantu Puan Cheffa.  Cuba tengok apa yang puan Cheffa tulis dibawah. Cabaran misi raya puan Cheffa hanya 6 bulan. Dan beliau berjaya turun lebih kurang

Makan Apa Boleh Kurus

Bila Seseorang Mampu Turunkan Berat Badan Dengan Ketara, Soalan Paling Kerap Ditanya Ialah MAKAN APA? Sebab ramai yang faham kena ikut makan apa yang mereka dah berjaya makan. Dan ada juga yang ingin tahu adakah mereka makan ubat kurus. Haha SEBENARNYA.  Keyword yang kena faham ialah, penerangan ni hanya utk dijadikan rujukan asas sahaja, bukan rujukan khas atau rujukan tepat. Sebab, apa yang saya makan adalah berkaitan dengan selera saya yang mungkin jauh berbeza dengan selera kalian. Tapi apapun asas nak makan supaya kurus tetap sama.  5 Tips Makan apa untuk kurus. 1. Buang tabiat lama cara makan kita yang menggemukkan kita. Makan ikut suka masa mana, banyak mana. Biasanya akan bertambah tambah. Ini sebab tubuh kita makin membesar. Jangan tipu kalian makan sikit. Tapi kalau makan sikit tapi gemuk makin gemuk, mohon rujuk doktor. Mungkin kalian ada masalah kesihatan.  2. Tukar gaya makan kepada asas yang mudah dulu. Seperti Pinggan Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia.  ko

4 JENAMA UBAT KURUS YANG CONFIRM MENJADI.

4 JENAMA UBAT KURUS YANG CONFIRM MENJADI.  Jom hari ni saya nak kongsi tentang UBAT KURUS yang mujarab. Malah saya lihat, dan saya alami sendiri. Tak perlulah beli ubat kurus macam pil, serbuk atau teh. Atau nak pergi rawatan wrap tubuh.  Saya akan dedahkan hari ni satu benda yang saya jarang kongsikan.  JENAMA 1. Banyakkan/cukupkan minum air kosong. Kenapa - tubuh adalah 60% air dan air yang mencukupi akan bantu tubuh berfungsi dengan baik. Minum air kosong juga sebagai penahan perasaan lapar. Bila kita dahaga, pada kebanyakan masa signal dahaga akan disalah tafsir sebagai lapar oleh otak. Sebab tu kita akan makan lebih banyak. Wal hal kita hanya dahaga. Hal ini ada kajian dan telah dibuktikan.  JENAMA 2. Jangan malas. Banyakkan bergerak dari menghadap fon atau tv. Buat kerja rumah atau kerja pejabat. Aktiviti NEAT (Non-exercise activity thermogenesis) atau pergerakan harian bukan senaman adalah penyumbang besar pembakaran kalori setiap hari. Contoh

KENAPA KITA RASA TURUNKAN BERAT BADAN SUSAH.

KENAPA KITA RASA TURUNKAN BERAT BADAN SUSAH.  Ada yang berkali kali cuba turunkan berat badan. Kalau saya beratus kali mungkin, tapi alhamdulillah saya akhirnya berjaya turunkan berat badan. Tapi ada yang masih stuck dengan obesiti dari kecil. Jadi hari ni saya nak kongsikan, kenapa percubaan saya yang terakhir berjaya sedangkan percubaan dulu gagal.  1. KENAPA SAYA BERUBAH - Benda yang paling ketara yang saya sedar antara kegagalan dulu dan kejayaan saya turunkan berat badan adalah sudut pandang saya terhadap impian saya nak kurus.  - kalau dulu nak kurus sebab nak kelihatan seperti orang lain, nak pakai baju macam orang lain dan nak nampak tampan. Percubaan saya kali terakhir saya sedar benda tu tak penting. Yang lebih penting ialah kesihatan saya ketika itu.  2. EXPECTATION - Dulu saya rasa turunkan berat badan ni mudah, sebab tu rasa boleh turunkan berat berkilo kilo hanya dalam sebulan. Malah pernah rasa boleh keluar dari obesiti dalam masa sebulan. Mana mungkin.  - Ak

Aktiviti paling mudah untuk mempercepatkan usaha turunkan berat badan dan 9 kebaikannya.

Aktiviti paling mudah untuk mempercepatkan usaha turunkan berat badan dan 9 kebaikannya.  Ramai yang tak tahu hal ini. Walaupun sebenarnya semua orang buat setiap hari aktiviti ini.  Tak kira anda baru bermula, atau dah lama dalam usaha kalian nak turunkan berat badan aktiviti ini sangat membantu untuk mempercepatkan proses turun berat.   Apa aktiviti mudah dan kalian dah buat setiap hari ni? Jawapannya ialah BERJALAN tapi dengan 10,000 langkah. Ya itu jea. Berjalan, bukan berlari atau slow jog.  Aktiviti yang sesuai hampir kepada semua orang ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ianya tidak merbahaya dan senang dilakukan.  9 kebaikan yang kalian akan dapat dengan melakukan secara konsisten 10,000 langkah sehari 1. Menurunkan berat badan. 2. Meningkatkan kesihatan jantung. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menolong jantung kalian menerima oksigen dalam darah dengan lebih banyak.  3. Menguatkan paru paru. Otot otot yang terlibat dalam sesi penafasan yang

3 Tips Atasi Perasaan Give Up Nak Usaha Untuk Turunkan Berat Badan.

Putus asa Kadang kala hilang arah tuju. Jenuhnya duk nak turunkan berat badan. Turun 1kg naik 2kg. Sampai bila nak struggle macam ni? 1. Berfikiran dengan mentaliti yang betul! Ini paling penting. Faham dan terima hakiki proses penurunan berat badan sememangnya mencabar dan butuhkan masa yang lama. Bila mana kalian berfikir dengan fikiran yang betul JENUH akan mula hilang, kerana perasaan jenuh hanya datang bila kalian mula nak proses itu senang dan cepat. 2. Ikhlas dalam usaha kalian. Ingat, penurunan kilo demi kilo berlaku hanya bila kalian bertindak atas keputusan yang diambil. Tiada kilo yang akan turun hanya dengan harapan dan angan. Jika kg kalian tak turun malah naik, ianya adalah disebabkan kalian sendiri. Untuk mengecapi kejayaan kalian perlu BERHAK atas kejayaan tersebut. 3. Ambil masa rehat. Ada masa kita rasa kita dah buat macam macam. Dah struggle sangat, tapi hasilnya tak ada, penimbang masih di angka yang sama. Ya, ada masa berlaku hal begini atas seba

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama