3 SEBAB TANGGUH USAHA NAK TURUNKAN BERAT BADAN AKAN LEBIH MENYUKARKAN PROSES TURUNKAN BERAT BADAN.
1. Perubahan Metabolisme: Metabolisme tubuh berkurangan seiring pertambahan usia. tubuh akan membakar kalori lebih lambat, membuat penurunan berat badan menjadi lebih sukar.
Ya, ini fakta yang ramai tak sedar. Makin meningkat usia kita, makin usaha turunkan berat badan menjadi susah.
Kehilangan otot badan adalah satu penyumbang kepayahan menurunkan berat badan bila umur semakin meningkat. Kita akan hilang otot badan sesuai dengan peningkatan umur kita. Sebab itu proses nak turunkan berat badan jadi susah.
2. Aktiviti fizik yang semakin sedikit. Seiring bertambahnya usia, banyak orang cenderung menjadi kurang aktif. Aktiviti fizikal yang kurang memastikan lemak terus bertempel di dalam tubuh.
Ini adalah kerana tubuh sudah tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti waktu kita muda dulu. Jadi tenaga yang tak digunakan disimpan menjadi lemak.
Aktiviti bersukan, berjalan semasa muda dulu kita tinggalkan bila menginjak umur. Malah selepas kahwin juga ramai yang naik berat badan. Ini juga disebabkan perubahan rutin disebabkan umur kita.
3. Perubahan Hormon: Perubahan hormon yang terjadi seiring penuaan juga dapat mempengaruhi berat badan. Misalnya, pada wanita menopause, penurunan hormon estrogen dapat menyebabkan meningkatnya pengumpulan lemak di bahagian perut.
Namun, perlu diingat bahwa walaupun lebih sukar, penurunan berat badan masih boleh dilakukan.
Jadi secara asasnya jika setiap hari kalian menangguh proses nak turunkan berat badan, samakin susahlah proses itu nanti. Jadi jangan tangguh lagi. Jom mula hari ini.
Jika kalian nak lakukan usaha untuk turunkan berat badan, lakukan sekarang tanpa tangguh lagi. Bukannya hari ni perlu turun 5kg. Set minda kalian untuk hanya turun 2-4kg sebulan pun dah sangat berbaloi.
Cuba bayangkan...
Pilih salah satu jadual diatas, dan tolak berat badan kalian. 8 bulan lagi sehari sebelum raya, berapa berat kalian kalau tolak dengan angka angka diatas?
Tak tahu nak mula dan nak buat macamana. Saya syorkan kalian sertai saya dan team dalam Misi Ubah. Satu program bimbingan saya untuk mereka yang nak konsisten dalam usaha mereka.
Detail Program boleh baca lanjut di - Misi Ubah
Jom jadi seperti mereka yang dah berjaya dalam Misi Ubah seperti
Puan Zalila mulakan usaha turunkan berat badan dengan menyertai misi raya. Dalam masa 6 bulan turun 28kg.
Dan sekarang pada bulan ke 11 puan Zalila menyertai Misi Ubah, beliau dah hilang 31kg. Osem kan?
Jom sertai misi ubah sekarang - klik disini - MISI UBAH
Ulasan
Catat Ulasan