Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

3 Tips Atasi Perasaan Give Up Nak Usaha Untuk Turunkan Berat Badan.

Putus asa
Kadang kala hilang arah tuju.
Jenuhnya duk nak turunkan berat badan.
Turun 1kg naik 2kg.
Sampai bila nak struggle macam ni?

1. Berfikiran dengan mentaliti yang betul! Ini paling penting. Faham dan terima hakiki proses penurunan berat badan sememangnya mencabar dan butuhkan masa yang lama. Bila mana kalian berfikir dengan fikiran yang betul JENUH akan mula hilang, kerana perasaan jenuh hanya datang bila kalian mula nak proses itu senang dan cepat.

2. Ikhlas dalam usaha kalian. Ingat, penurunan kilo demi kilo berlaku hanya bila kalian bertindak atas keputusan yang diambil. Tiada kilo yang akan turun hanya dengan harapan dan angan. Jika kg kalian tak turun malah naik, ianya adalah disebabkan kalian sendiri. Untuk mengecapi kejayaan kalian perlu BERHAK atas kejayaan tersebut.

3. Ambil masa rehat. Ada masa kita rasa kita dah buat macam macam. Dah struggle sangat, tapi hasilnya tak ada, penimbang masih di angka yang sama. Ya, ada masa berlaku hal begini atas sebab tubuh punya mekanisme operasi tersendiri. Ada masa kita rasa patut turun tapi tak. Tubuh ada akal tersendiri sebenarnya.

Dia tak ikut akal kita semudah kita sangka. Kita nak dia bakar lemak, rupanya dia simpan lemak, hal ini berlaku atas sebab sebab teknikal. Jika kalian difasa ini ambil masa berehat. Keluar dari apa yang kalian tengah lakukan tu. Beri masa fikiran dan tubuh kalian berehat dari tekanan aim kalian nak turunkan berat badan. Berapa lama? Seminggu mungkin atau tak salah pun untuk rehat selama sebulan. Asalkan kalian tidak terleka lantas terlupa niat kalian nak perbaiki diri dan turunkan berat badan.

4. Cari group Support yang kalian suka. Berlambak diluarsana group diet, join yang mana kalian rasa baik dan kena dengan jiwa kalian. Ini amat membantu! Berkongsi pengalaman orang lain mungkin akan membantu kalian. Saya sarankan join group Jom Mula  Group dimana kita tak kira jenis diet, tak kira dari coach mana pun bersatu menginspirasikan sesama kita.

Atau mungkin kalian boleh timbangkan join Misi Raya 2024. Satu program yang saya pantau selama 12 bulan bersama sama dalam usaha untuk fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. Jika berminat klik  - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula

4 perkongsian saya bukanlah ultimate. Mungkin ada cara lain. Kalau ada mungkin boleh komen dibawah. Sama sama kita belajar mengatasi JENUH yang meragut banyak impian dan usaha mereka yang nak turunkan berat badan. 

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam