Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.


5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG. 

1.  Lebih cepat anda bermula lebih awal kalian kecapi kejayaan. 

2. Sempat dapat penurunan yang banyak sebelum raya. Dapat pakai baju raya idaman tanpa susah nak cari saiz. 


3. Penurunan lebih senang. Sebab kalau kalian tangguh berat kalian akan semakin naik. Lebih banyak yang perlu di turunkan, lagi susah. 

4. Lebih muda, lebih cantik lebih cerah. Bukan setakat dapat penurunan berat badan, tapi lebih dari tu. 


5. Lebih bahagia dan lebih sihat. Semestinya. Dengan tubuh yang mengecil dari saiz sekarang. Keadaan organ penting akan lebih optimum. Dan dengan itu, kalian akan lebih bahagia. 

Lagi lagi bila kalian dapat nikmati hari raya bersama keluarga dengan tiada had kebiasaan seperti susah cari baju, bergambar kena menyorok belakang orang lain, dan keyakinan diri kalian meningkat. 

Bayangkan kenikmatan ini kalian akan kecapi raya nanti. 

Kalian mungkin terfikir, kalian susah nak laksanakan. Tulis memanglah senang abe mat. Dah cuba bertahun tahun tapi masih gagal. Sebab tu malas nak start, takut frust. 

Mari saya kongsi cerita beberapa individu yang saya bimbing dan berjaya dapat rasai nikmat yang saya kongsikan diatas. Walaupun sebenarnya mereka pun macam kalian tak yakin mulanya. 



Ini antara mereka yang dulunya tak percaya pun mereka boleh turunkan berat badan. Betul ke ni abe mat. Tak caya. Tengok ni. 

Apa lagi bukti yang kalian perlukan untuk mempercayai bahawa kalian juga mampu walaupun mungkin sekarang kalian rasa tak yakin. Mereka pun tak yakin tapi bertindak.. lalu mereka berjaya.

Alang alang kalian semua rasa begitu, jom saya bantu kalian sepertimana saya bantu ramai yang dah berjaya. 

Bagaimana? Jom join circle saya dan saya akan bimbing kalian. Detail program Klik - MISI UBAH

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...