Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

6 Kebaikan Smartwatch Untuk Bantu Turunkan Berat Badan

JAM PINTAR: SARANAN BAGI MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN.



Pertama sekali saya nak bagitahu, ianya bukanlah sesuatu yang wajib untuk kalian dapatkan jam tangan pintar ni. Tapi saya secara peribadi mendapati jam tangan ini SANGAT membantu saya dalam perjalanan saya turun 65kg. 






Saya mula pakai miband 2 dalam bulan ketiga saya berusaha tambah baik kesihatan saya. Masa tu saya dah buang air manis, kurangkan makanan bergaram dan makanan proses. Tiba masanya saya aktifkan diri saya.

Malah dengan dapatkan jam pintar ianya seperti me rewardkan diri kita dan kita semakin bersemangat. 

Jadi hari ni saya nak beritahu 6 kebaikan jam tangan pintar bagi mereka yang nak turunkan berat badan.

6 Kebaikan Smartwatch Untuk Bantu Turunkan Berat Badan 

1. Jam tangan pintar dapat memangkinkan semangat. Bila saya bermula nak aktifkan diri saya mula berjalan setiap pagi di kawasan perumahan saya. Dengan kelebihan jam ini yang dapat merekod langkah setiap hari saya jadi bersemangat nak menambah sedikit demi sedikit langkah setiap hari. Bermula dengan berbangga hanya dengan 5000 langkah akhirnya dapat konsisten 10,000 langkah sehari. 

Data ini amat memberi semangat kepada saya dan saya yakin kepada kalian jugakan?

2. Fungi ingatan duduk terlalu lama. Ini juga menarik, jam pintar boleh diset supaya mengingatkan kita untuk kekal aktif. Saya setkan jika tak bergerak selama sejam maka jam tadi akan bergetar dan memberi peringatan supaya kita bergerak dan berjalan. 

Ini membantu kita sedar dengan usaha kita untuk memperbaiki kehidupan seharian. Kadang kadang terikut peel lama bila duduk layan Facebook sampai berjam jam atas sofa.

3. Punya kemampuan membaca denyutan nadi. Ini antara sebab terpenting saya beli jam ni dulu. Kerana sebagai individu yang ada masalah tekanan darah tinggi dan ingin bergerak aktif atau bersukan, denyutan nadi perlulah diawasi. 

Semasa saya main badminton satu sukan yang banyak mengambil nyawa manusia, saya setkan peringatan bila nadi saya bergerak terlampau laju dan melepasi hadnya. Dalam pengalaman saya ada 3 atau 4 kali jam pintar menyelamatkan saya dengan memberi peringatan nadi saya sangat pantas dan saya akan terus hentikan perlawanan badminton dan keluar ambil angin diluar dewan.

Ramai individu sebenarnya dapat serangan jantung semasa bersukan, ini kerana mereka melampaui batas diri. Dengan adanya peringatan ini dari jam pintar, kita boleh bersedia dan mengelak kejadian begitu. 

4. Boleh rekod laluan dengan keupayaan GPS. Bila kita nak berjogging ditaman, membawa telifon sangatlah membebankan. Percaya tak? Serba salah nak letak dimana. Jadi kita boleh tinggalkan fon di rumah atau ditempat yang selamat dan menikmati jogging dengan aman. 

Data yang dikumpul melalui jam tadi boleh di synchronize dengan app ditelifon dan kita boleh mengkaji balik larian kita. Banyak data yang boleh dikumpul seperti pembakaran kalori, oksigen dalam tubuh, tahap tahap senaman kita. Malah jam pintar yang sedikit advance seperti ini juga mampu menyimpan lagu lagu didalamnya dan kita boleh menikmati lagu tanpa memerlukan kita membawa telefon pintar. Fungsi ni biasanya tiada di jam pintar berharga RM200 Kebawah. Kalau yang paling murah setahu saya ada Fungsi GPS ni Bip U Pro. 

5. Dapat merekod data tidur. Ini juga fungsi yang menarik. Jam pintar boleh merekod berapa lama kita tidur dan berapa lama deep sleep kita. 

Untuk turunkan berat badan bukan saja kita perlu jaga makan, beraktiviti untuk bakar kalori tapi juga menjaga kualiti tidur kita. Tapi kalian kena pakai jam ni semasa tidurlah. Yang akhirnya saya pun tak pakai sangat fungsi ini. 

6. Harga yang sangat mampu milik. Sebenarnya harga jam tangan ni taklah mahal sangat. Ada yang berharga RM20 tapi saya tak sarankan kalian dapatkan yang itu. Sebab ianya mungkin punya banyak kesilapan dalam memberi data data yang penting. 

Setidaknya dapatkan miband 3, miband 4 atau miband 5 bagi mereka yang baru nak bermula. Ianya juga amat membantu proses kalian untuk turunkan berat badan. 

Kebetulan saya akan anjurkan pertandingan dalaman dan antara hadiahnya ialah Smart watch. 

Tapi ianya terbuka hanya kepada ahli Misi Ubah. Nak sertai circle saya dan dapat bimbingan saya dan boleh bertanding untuk turunkan berat badan, jom join Misi Ubah

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam