Aktiviti paling mudah untuk mempercepatkan usaha turunkan berat badan dan 9 kebaikannya.
Ramai yang tak tahu hal ini. Walaupun sebenarnya semua orang buat setiap hari aktiviti ini.
Tak kira anda baru bermula, atau dah lama dalam usaha kalian nak turunkan berat badan aktiviti ini sangat membantu untuk mempercepatkan proses turun berat.
Apa aktiviti mudah dan kalian dah buat setiap hari ni? Jawapannya ialah BERJALAN tapi dengan 10,000 langkah. Ya itu jea. Berjalan, bukan berlari atau slow jog.
Aktiviti yang sesuai hampir kepada semua orang ini dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ianya tidak merbahaya dan senang dilakukan.
9 kebaikan yang kalian akan dapat dengan melakukan secara konsisten 10,000 langkah sehari
1. Menurunkan berat badan.
2. Meningkatkan kesihatan jantung. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menolong jantung kalian menerima oksigen dalam darah dengan lebih banyak.
3. Menguatkan paru paru. Otot otot yang terlibat dalam sesi penafasan yang berlaku semasa aktiviti berjalan 10,000 langkah akan menjadi kuat.
4. Meningkatkan Kadar tumpuan. Aktiviti berjalan 10,000 langkah akan mengeluarkan hormon hormon yang baik seperti endorfin yang membuatkan kita menjadi gembira. Ini akan membantu kita fokus. Mana tidaknya, kita akan kurang stress dan dapat mengurus stress dengan baik.
5. Menguatkan tulang. Bergerak dengan lebih banyak dapat membantu menghindarkan esteoporosis.
6. Membina otot dalam badan. Bilamana kita berjalan secara konsisten 10,000 langkah sehari otot akan terbina. Otot yang banyak didalam tubuh berbanding lemak akan membantu kalian membakar dengan lebih cepat lemak didalam tubuh.
7. Menstabilkan kadar gula dalam darah. Bila kita aktif dan otot sudah terbina, Otot akan menggunakan glukos dalam darah secara lebih efisen.
8. Mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi. Aktiviti berjalan 10,000 langkah mampu membuat darah kita mengalir dengan baik dan ini akan membantu mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi.
9. Meningkatkan tenaga seharian. Membina tabiat ini juga akan membuat kita menjadi semakin muda, hehe, tenaga akan semakin bertambah dan kita akan lebih bersemangat.
Kebaikan kebaikan diatas berlaku bila kita secara konsisten membina tabiat 10,000 langkah setiap hari. Ianya satu kebaikan yang banyak dengan satu aktiviti yang mudah.
Jadi saya sarankan bagi mereka yang baru nak bermula dalam perjalanan kalian nak turunkan berat badan, amalkan tips ini dulu. Pastikan kalian melangkah sebanyak minima 10,000 langkah sehari. Tak perlu buat dalam satu sesi, campur semua langkah kalian dari bangun pagi hingga ke malam.
Banyakkan berjalan di tempat kerja, pilihlah parking jauh sedikit dari lokasi yang ingin dituju. Dan yang paling baik buatlah jadual setiap petang berjalan selama 60 minit sekurang kurangnya.
Dan jangan lupa, tambah baik aktiviti ini dari masa kesemasa untuk impak yang lebih baik dan berpanjangan. Contohnya tambah step dari masa kesemasa, tukar laluan yang lebih mencabar seperti taman rekriasi yang ada jalan yang perlu mendaki dan menurun. Atau sekali sekala panjat tangga. Mungkin satu masa nanti kalian boleh hiking pula. Tapi semua tu bermula dengan berjalan sahaja.
Jika kalian ingin pemantauan selama 6 bulan dan satu group yang perlu kalian hantar report step setiap hari supaya kalian fokus dan konsisten dalam usaha ni, saya sarankan kalian join Misi Ubah. Detail misi ubah di https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
10,000 langkah lebih kurang 1 jam berjalan.
10,000 langkah lebih kurang 8 km berjalan.
Ulasan
Catat Ulasan