Cheatday, Perlu ke?
Banyak perselisihan pendapat dalam hal ni. Ada yang berpendapat ianya sesuatu yang tidak bagus, ada yang lebih ringan katanya cheatday tak bagus tapi boleh cheat meal.
Ada yang berpendapat ianya sesuatu yang boleh, dan ada yang cakap ianya satu yang bagus.
Apapun pendapat mereka, ia tetap terpulang kepada induvidu itu sendiri. Saya cenderung ianya adalah sesuatu yang bagus.
Kerana dengan cheatday, kita memberi sedikit ruang kepada diri untuk keluar dari pilihan pilihan yang kita tanggungi setiap hari untuk turunkan berat badan.
Maklum tahu, bila kita nak turunkan berat badan pilihan kita amat terhad berbanding kita tak sedar nak baiki kehidupan kita. Makan kita hadkan, pilih yang baik, aktiviti kita banyakkan berbanding bermalasan.
Jadi dengan cheatday kita bebaskan diri kita dari bebanan itu. Tapi harus diketahui, bebanan setiap individu berlainan, jadi ada yang dah menyerap bebanan menjadi rutin, maka mereka orang yang beruntung.
Cuma perlu diingat, cheatday haruslah dijaga tempoh masanya. Bersesuai dengan namanya, sehari adalah terbaik untuk masa kita bebaskan diri dari beban usaha.
Tapi mungkin ada yang memilih cheatmeal, terpulang. Apapun matlamat cheatday atau cheatmeal ialah melepaskan sementara diri dari pilihan berat setiap hari dan dengan harapan kita mampu kembali buat pilihan baik seterusnya.
Kawan kawan, saya nak cabar kalian dalam satu pertandingan weightloss challenge anjuran misi ubah. Satu program coaching bersama saya.
Bulan September ni berlansung satu pertandingan dalaman khas kepada ahli Misi Ubah sahaja.
Hadiah berupa Emas 1g dan jam tangan pintar. Untuk layak kalian cabar diri dalam pertandingan ini kalian kena jadi ahli Misi Ubah. Bagaimana dan apa manfaat jadi sebahagian dari circle saya, jom tengok di sini - Misi Ubah
Jom daftar sekarang dan cabar diri kalian.
Ulasan
Catat Ulasan