Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

KENAPA KITA RASA TURUNKAN BERAT BADAN SUSAH.

KENAPA KITA RASA TURUNKAN BERAT BADAN SUSAH. 



Ada yang berkali kali cuba turunkan berat badan. Kalau saya beratus kali mungkin, tapi alhamdulillah saya akhirnya berjaya turunkan berat badan. Tapi ada yang masih stuck dengan obesiti dari kecil.

Jadi hari ni saya nak kongsikan, kenapa percubaan saya yang terakhir berjaya sedangkan percubaan dulu gagal. 

1. KENAPA SAYA BERUBAH

- Benda yang paling ketara yang saya sedar antara kegagalan dulu dan kejayaan saya turunkan berat badan adalah sudut pandang saya terhadap impian saya nak kurus. 
- kalau dulu nak kurus sebab nak kelihatan seperti orang lain, nak pakai baju macam orang lain dan nak nampak tampan. Percubaan saya kali terakhir saya sedar benda tu tak penting. Yang lebih penting ialah kesihatan saya ketika itu. 

2. EXPECTATION

- Dulu saya rasa turunkan berat badan ni mudah, sebab tu rasa boleh turunkan berat berkilo kilo hanya dalam sebulan. Malah pernah rasa boleh keluar dari obesiti dalam masa sebulan. Mana mungkin. 
- Akhirnya saya sedar, proses nak naik pun makan bertahun so kalau nak turun lagi susah. Jadi saya abaikan aim atau target nak turun dalam jangka waktu tertentu. Apa yang penting saya berusaha setiap hari.

3. CARA BERMULA 

- Dulu masa gagal saya silap faham tentang proses penurunan berat badan. Saya pulun bersenam terus. Hari pertama dah jogging 3km. Ia bukan saja memenatkan dan berisiko mencederakan tubuh yang obes, tapi impaknya pada semangat. Kita akan mudah putus asa bila kita berusaha tak sesuai dengan keadaan kita lagi.
- Saya mulakan dengan apa yang masuk melalui perut dulu. Pada hari pertama saya avoid minum air manis, sebulan berikutnya saya ubah peel makan, saya makan sepinggan sahaja dan tak bertambah. 

4. CARA NILAI DAN CARA SYUKURI KEJAYAAN.

- Dulu saya nilai kejayaan usaha saya dengan naik penimbang. Dan akan bersyukur bila turun banyak dan frust bila turun sikit atau naik. Ini cara yang membebankan! 
- Akhirnya saya sedar, sebelum perubahan angka berlaku, perubahan yang lebih baik berlaku terlebih dahulu. Saya dah tak perlu bayar duit air manis minum kat kedai, suatu masa saya rasa pagi saya lebih baik dan segar. Saya rasa improvement dari segi kesihatan bila naik tangga kurang rasa menggah. 

5. BERSENAM DENGAN BETUL

- Masa gagal saya cuba jadi atlit. Bersenam melebihi had. Bukanlah tak baik, tapi dengan beban badan yang melampau, ia memberi kemudaratan sebenarnya. 
- Cubaan terakhir, saya tukar dari bersenam secara santai. Dari jogging saya hanya berjalan. Dan dari berjalan tu saya naikkan sikit demi sedikit usaha saya. Dan pada kemuncak saya aktif, saya mampu lari 6km sehari dengan pace 6. Ia berlaku sedikit demi sedikit, masa transisi mungkin dalam 8-10 bulan. 

Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang saya buat dalam usaha saya yang berjaya dan perubahan itu bukanlah rahsia pun. Sesuatu yang biasa dan ramai orang tahu. Tapi apa yang membezakannya adalah cara fikir atau Mentaliti saya yang berubah. 

Jika kalian insan yang dah buat macam macam dan tak pernah berjaya dapat BMI normal. Jom saya bimbing kalian sehingga berjaya. Detail program klik di sini - Misi Ubah
Insyaallah dengan pemahaman dan mentaliti yang betul, kalian boleh lalui apa yang saya lalui dan berjaya keluar dari obesiti walaupun gemuk dari kecil lagi.

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam