Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

3 Langkah Memudahkan Usaha Penurunan Berat Badan

 Tak Boleh Dinafikan Turunkan Berat Badan Adalah Impian Besar Mereka Yang Gemuk. 

Siapa pun anda, masih bersekolah atau dah berkerja dan berumah tangga. Bila gemuk anda berhajat nak turunkan berat badan.

Buktinya? anda setiap tahun akan mengulang azam untuk turunkan berat badan di awal tahun. Malah setiap kali nak raya pun anda percaya boleh turunkan berat badan sedikit semasa berpuasa. 

Malah ada yang lebih advance dari itu. Berhabis duit mencari solusi masalah gemuk. Beli suplemen mahal, alatan sukan seperti treadmill dan lebih parah habis duit membeli ubat kurus yang viral.

Jika kalian terasa dengan ayat ayat diatas saya harap kalian luangkan masa membaca artikal ringkas yang padat ini. Saya janji ianya adalah kitab rujukan terbaik untuk kalian yang baru nak mula dan insyaALLAH memberi impak kepada usaha kalian selepas ini. 

Sebelum itu saya nak cerita ringkas siapa saya. Kenapa kalian kena faham perkongsian saya ni. Jangan risau, saya akan ringkaskan.

Saya, Mohamad Faizal Bin Saedon dari kecil ,mengalami masalah berat badan. Masalah ini berlarutan sehingga saya ada 4 orang anak. Seumur hidup semasa itu saya adalah insan antara paling besar berbanding kawan di sekeliling. 




Sepertimana anda kalian dah cuba macam macam untuk kurus seperti orang lain. Saya buat semua kecuali ke pusat perlansingan. Jogging, makan suplemen, ubat kurus, beli alatan sukan mahal dan macam macam. Ada yang pelik dan ekstrim pun. Saya pernah amalkan makan dan muntah. Ia sangat memalukan bila saya kongsikan, tapi demi satu kefahaman kepada kalian saya dedahkan.

Bagaimana Saya Boleh Berubah Dan Berjaya Hilang 65kg? 

Ok, tiba masanya saya nak kongsikan langkah yang akan memudahkan usaha kalian. Dan insyaALLAH jika kalian faham dan amalkan, kalian akan mampu dapat apa yang saya dapat hari ini, iaitu kurus.

3 Perkara Yang Memudahkan Urusan Saya Kurus.

Langkah Pertama

Saya ubah mentaliti saya, Cara fikir saya. Saya mula menelaah tindakan dan usaha saya yang dulu. Kenapa saya gagal dalam kesemua usaha nak turunkan berat badan. Saya analisis dan saya terjumpa satu pattern. Kegagalan saya selama ini adalah disebab 1 perkara sahaja. 

Dan bila saya sedar hal tersebut, secara automatik tindakan dan sistem kepercayaan saya berubah. Apakah hal tersebut? Saya tak mampu cerita lengkap disini kerana ianya sangat panjang. Tapi saya berikan satu komponen kesedaran tersebut supaya kalian boleh faham.

Selama ini saya gagal kerana saya rumitkan proses.

Saya percaya kalian pun seperti saya. kita rumitkan usaha kita dalam perbagai urusan. 

contohnya:-

Kena beli roti wholemeal untuk diet

Kena beli kasut baru untuk jogging

Kena jogging untuk kurus 

kena ada kawan untuk jogging sama sama

betul tak? 

Sebab itu kita tak mampu nak kurus. First step kita dah rasa amat susah! walhal kita tak perlu pun semua tu untuk kurus. Saya dah buktikannya. 

Tapi perkongsian saya dipoint pertama tidak itu sahaja, ada beberapa hal lain yang kita rumitkan dan ianya terbukti menggagalkan kita nak kurus. Tapi nanti saya huraikan, insyaALLAH.


Langkah Kedua

Bersedia Dengan Kesukaran. Berkawan Rapat Dengan Ketidakselesaan Pilihan.

Kita cenderung meremehkan hal ini, kita faham bila kita buat usaha contohnya makan oat, kita akan terus dapat hasilnya. Walhal bukanlah begitu. 

Kejayaan turunkan berat badan bukan kerana makan satu yang sihat atau buat satu aktiviti yang baik seperti jogging sahaja. Ia lebih dari itu. Dimana pilihan pilihan kita akan membuatkan kita tak selesa. 

Kita cuba tukar keseluruhan tabiat, bukan tukar satu atau dua perkara sahaja. Jadi ianya pasti sukar dan dengan bersedia menghadapinya, kita akan memberi kesedian kepada mental dan diri.

Jadi jika kalian nak berubah untuk jadi kurus dengan BMI normal, Bersedia Hadapi Kesukaran! 

Rasioanalnya, kalaulah nak kurus ni senang. Pasti kalian tak perlu pun ada disini.


Langkah Ketiga

Beri Masa Bukan Atur Masa.

Bila kita usaha nak kurus kita atur bila kita nak capai berat badan idaman kita. Atur tak salah. Cuma kesilapan besar kita ialah kita nak perubahan berlaku dengan cepat. 

Kalau boleh nak kurus dalam masa sebulan. malah ada yang lebih teruk nak turun 10kg dalam masa seminggu. Percayalah ini realiti kita. 

Sebab tu kita cepat berputus asa dan terus hilang fokus. Kita mula buat andaian dangkal seperti tulang kita besar, lemak kita susah dan akhirnya kita terima kenyataan palsu yang kita di takdirkan gemuk sampai mati.

Walhal kita yang silap dalam memahami bab masa. 

Berikan Masa. Jom faham dengan minda yang betul.

Dari kita atur dengan stress dan berharap berat turun dengan cepat dan akhirnya tetap gemuk apa kata kita tarik nafas dan nilai angka dibawah. 


Bayangkan dengan tenang dan minda terbuka. Kalau kalian dapat ambil angka yang tengah. Iaitu 3kg setiap bulan. Dalam 8 bulan berbaki sebelum raya, kalian dah berjaya turunkan 24kg dari berat kalian sekarang.

Cuba tolak dengan berat kalian sekarang. Bayangkan, berapa berat kalian semasa raya nanti. Beraya dengan tubuh baru, semangat baru, baju baru, apa kata saudara mara dan sahabat handai kalian? Cuba bayangkan dan jawab soalan ini. 

Adakah berbaloi usaha secara santai dengan mentaliti yang betul selama 8 bulan?

Jika jawapan kalian ya, jadi tunggu apa lagi? Bermula dengan tips yang saya berikan diatas. Atau jika kalian nak keseluruhan kefahaman saya dan bimbingan dari saya untuk kalian berusaha bersama 300 individu lain yang saya bimbing dalam Misi Ubah, saya jemput kalian SERTAI saya dalam misi realisasikan impian kurus kalian. 

Detail program boleh kalian baca dan daftar terus di - PROGRAM MISI UBAH DIRI SEBELUM RAYA - 

Apapun, punya mentaliti yang betul dalam usaha turunkan berat badan adalah sangat penting. Ianya ibu kepada kejayaan! Percayalah. 

Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Saya doakan kalian berjaya dapat BMI normal!

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam