Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG

MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG.

Masa saya besar, 2 benda yang saya tak berapa suka tengok ialah peha dan betis saya. Besar ya amat. Bukan saja besar, malah keras! Sebab betis dan pehalah saya rasa yang saya akan obesiti sampai ke tua.


Berbalik pada soalan, bagaimana kecilkan betis, peha dan punggung. Sebenarnya saya tak ada jawapan khusus bagi soalan khusus ni. Sebab saya tak ada pun buat senaman khas utk kecilkan bahagian yang dinyatakan tu. 

Tapi apa yang saya perasan, sekarang dia dah kecil berbanding dulu. Kecil benar dan amat kecil daripada dulu. 

Jadi jawapan saya, ubah cara pemakanan sekarang yang melampaui batas. ini asas paling penting. Disamping itu lakukan senaman berjogging, bermain badminton dan berjalan (itu yang saya buat utk turun 65kg)

Kalau kalian nak buat senaman khusus untuk peha dan punggung seperti squat, amat bagus.  Tapi menjaga pemakanan dan berjalan pun dah memadai. Kalau buat squat lebih efisyen barang kali, disamping membakar lemak ia juga membina otot supaya nampak cantik.

Jadi nasihat saya, jaga amalkan pemakanan sihat, elak gula putih dan yang berasaskan gula malah lakukan senaman secara berkala. InsyaAllah akan ada penurunan dan pembakaran lemak di setiap inci badan kalian.

Jom usaha sekarang! Jangan tangguh lagi. Buat santai santai je. 

Tak tahu nak buat macamana? Nak saya bantu? Nak ada team yang sematlamat dan buat sama sama? Boleh sertai saya dalam Misi Ubah Raya! 

Selama 8 bulan saya bimbing dan pantau kalian. Sepertimana saya bantu Puan Cheffa. 

Cuba tengok apa yang puan Cheffa tulis dibawah.


Cabaran misi raya puan Cheffa hanya 6 bulan. Dan beliau berjaya turun lebih kurang 2kg sebulan. Sebab tu puan cheffa just dapat 12 kg.

Kalian punya masa yang lebih lama, insya-Allah dengan bimbingan saya, perkongsian pengalaman saya dan rakan rakan dalam group yang buat sama sama. Saya yakin kalian pun boleh dapat apa yang puan Cheffa rasa. 

Jom join circle Misi Ubah sekarang. Klik disini untuk detail - MISI UBAH

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...