Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

PILIHAN METHOD DIET TAK PERNAH JADI SEBAB UTAMA KEJAYAAN SESORANG DAPAT TURUNKAN BERAT BADAN

Percaya atau tidak kisah kejayaan setiap individu dalam penurunan berat badan punyai kisah atau jalan yang berlainan.



Ada yang berjaya sebab bersenam. Malah ada yang berjaya turunkan berat badan tanpa bersenam. 
Sebab itu perjalanan setiap individu itu tak sama. 

Bukti lain adalah kisah kejayaan dan kegagalan induvidu dalam diet diet tertentu. Ada yang berjaya dengan diet Atkins, ada juga dengan suku suku separuh, Intermittent Fasting dan pelbagai nama diet yang ada. Dan setiap diet wajib ada kisah kegagalan induvidu yang mencubanya. 

Dalam pelbagai kisah dan cara setiap individu yang berjaya ada 1 kesamaan. Kesamaan inilah kenapa mereka buat diet berlainan, cara berlainan tapi tetap berjaya. 

Mentaliti, mindset atau cara fikir mereka adalah sama. Inilah sebab kenapa mereka berjaya turunkan berat badan, ianya bukan asbab besar nama diet atau nama senaman. Tapi mempunyai Mentaliti yang betul untuk turunkan berat badan.

Sebab itu saya sarankan mereka yang betul betul nekad nak turunkan berat badan memahami dulu cara fikir yang betul untuk turunkan berat badan. Penulisan saya, video saya banyak membincangkan perihal Mentaliti. 

Bagi mereka yang nak dapatkan Mentaliti yang betul kalian boleh menyertai kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan Online yang saya anjurkan. 

Kursus ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang berjaya turunkan berat badan setelah beratus kali gagal dan pengalaman mereka yang saya bimbing dalam proses penurunan berat badan. 

Alhamdulillah, ramai yang dah berjaya keluar dari obesiti dengan memiliki cara fikir yang betul dalam usaha Penurunan Berat Badan. 


Antara mereka yang berjaya adalah
Kommodo Boyka hilang 65kg dalam masa 6 bulan. 
Rohana Omar dari kena minor strok dapat hilang 20kg
Kayathri Vealam yang ada masalah insomnia dan anxiety berjaya turun 20kg
Ustaz Mohd Badrul Hisyam yang ada masalah lutut berjaya turunkan berat badan
Dan ramai lagi...

Untuk dapatkan bimbingan dan panduan turunkan berat badan boleh dapatkan detailnya disini - Misi Ubah DiriMisi Ubah Diri

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...