BETAPA RUGINYA USAHA KITA, DAN BETAPA MUDAHNYA KITA HILANG FOKUS.
Dalam bulan lepas saya ada mengajak seorang yang agak rapat dengan saya untuk mula lakukan perubahan dalam hidupnya. Ya, berat badan dia meningkat 2 kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ni.
Saya buat ajakan dah lama, tapi dia sahut cabaran tu dalam bulan lepas. Saya gembira. Kami bertukar pendapat dan berbincang. Apa yang menariknya dia dengan masalah berat badan ni boleh dikatakan hebat. Sebab dia ni pernah gemuk dan kurus beberapa kali. Malah tempoh Penurunan Berat Badan dia cepat.
Alhamdulillah, sepanjang usaha dia dah turun 5kg dalam masa tak sampai sebulan. Dia mula aktif berjalan di taman bersama anak anak dan mula update progressnya di alamaya.
Tapi dalam masa seminggu ni saya tak lihat post dia, seolah menghilang. Saya jangkakan dia tak update status saja tapi masih konsisten menjaga pemakanan dan buat aktiviti.
Pagi tadi saya hubungi dia, bertanya khabar dan saya terus bertanya tentang usaha dia nak turunkan berat badan. Jawabnya dia berhenti buat sebarang aktiviti selama seminggu. Saya agak terkejut dan kecewa. Saya hanya boleh cakap sempat lagi nak turun berjalan pagi ni, dia terus jawab dah pukul 9, agak lewat.
Saya terus tanya kenapa hilang fokus. Dia bagitahu sesuatu yang saya tak berapa jelas. Tapi saya cuba memahami dan tanya dia, ada masalah lainkan. Dan dia mengiakannya.
Inilah realitinya, FOKUS ini mudah terganggu. Usaha nak perbaiki diri memang mudah terpesong. Ini hakikat, sebab itulah punca terbesar kenapa seseorang itu gagal dalam apa pun usaha, kerana mudah hilang fokus!
APA YANG BUAT KITA HILANG FOKUS?
Masalah lain. Ini juga realiti, dalam kita fokus nak turunkan berat badan kita masih lagi manusia biasa yang terdedah dengan permasalahan lain berkaitan hidup kita. Banyak faktor lain lagi sebenarnya nak kita kawal.
Tapi sebenarnya apa yang kita perlu sedar ialah, apapun masalah yang timbul ianya tidak boleh melalaikan kita dari objektif asal kita iaitu nak tambah baik kualiti kehidupan kita.
Saya dapat turunkan berat badan semasa perniagaan kami suami isteri gulung tikar. Dari kehidupan yang agak mewah kepada satu kehidupan yang tersepit. Masalah masa tu jangan cerita. Berduyun-duyun! Tapi fokus saya ialah mengawal apa yang saya boleh kawal terlebih dahulu. Jadi sikit demi sedikit saya ubah sesuatu yang saya boleh kawal dan tambah baik.
Benda kedua buat kita hilang fokus adalah salah faham kita tentang masa dan usaha. Ramai antara kita tersekat disini. Kita rasa dah buat macam macam, tapi kenapa lambat benar nak dapat perubahan.
Ini adalah pembunuh utama Fokus! Kita silap faham, Mentaliti kita salah. Mengukur pencapaian kita berbanding usaha dengan kacamata kita yang tidak adil! Kita nak cepat dan kita nak mudah!
Saya rayu, jika kalian dalam usaha untuk turunkan berat badan, kentallah! Kerana dugaan ini akan kalian tempuhi. Masalah lain kehidupan dan sifat manusiawi kita yang nak cepat.
Jika kalian dalam situasi ini, ingatlah. Jika kalian ada masalah yang besar dan seolah sukar nak diatasi buat masa sekarang. Redolah dan perbaiki diri kalian dari sudut yang kalian mampu sahaja. Ubah sesuatu yang kita sendiri boleh kawal. Jangan cuba mengawal sesuatu yang diluar jangkauan kalian, ia akan buat kalian bertambah sakit dan membengkak hati.
Untuk kalian yang benar benar ingin menambah baik kehidupan, nak mengawal balik kehidupan kalian. Saya dengan rendah hati, menyarankan kalian dapatkan Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan Online yang saya anjurkan. Kursus ini akan menjawab segala persoalan kenapa usaha kalian selama ini gagal dan InsyaAllah akan memberi satu kefahaman yang baik untuk kalian teruskan perjuangan membaiki diri kalian.
Dapatkan Kursus Mentaliti dan bimbingan dari saya dan team dalam Circle Misi Ubah dengan klik disini - MISI UBAH
Saya doakan sahabat saya dan kalian mampu kembali fokus. Kerana sebenarnya tiada jalan mudah dalam kehidupan, tapi yang pasti ianya tidaklah jalan yang mustahil.
Ulasan
Catat Ulasan