Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

SAHABAT

7 Amalan Saya Pulih Dari Penyakit Darah Tinggi

47.7% Rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas mengalami masalah berat badan berlebihan yang merisikokan mereka mendapat penyakit peyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit kencing manis. - Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015. Sebagai induvidu yang pernah obesiti dengan berat 135kg dan tinggi 170cm saya memang telah di disahkan oleh doctor menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Tapi Sebagai pemuda yang berasa sihat, saya selalu tidak percaya fakta yang saya ada masalah itu, bagi saya, saya hanya stress ditempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja. Selama beberapa tahun saya abaikan nasihat doctor untuk ambil ubat darah tinggi Penyakit darah tinggi digelar pembunuh senyap kerana kerosakan yang berlaku kepada organ tubuh berlaku secara perlahan dan senyap, penghidap penyakit ini tidak merasa apa apa kesakitan sehinggalah tiba satu masa organ seperti buah pinggang gagal berfungsi. Mujurlah saya tidak sampai ketahap itu lagi. Tapi aban

5 Punca Badan Gemuk

Masalah kegemukan tidaklah berlaku secara ajaib. Tidak ada sesiapa yang gemuk dalam masa sehari. Ini kita kena faham. Kegemukan bukan sihir dan ajaib.  Kegemukan berlaku secara sistematik. Ia adalah gabungan peel atau tabiat kita seharian dan elemen penting untuk gemuk ialah Masa.  Jika ada sesiapa sedar. Nak naik 10kg juga sebenarnya memerlukan masa. Cuma tak siapa hitung dan sedar. Tiba tiba jea, mereka rasa gemuk.  Jadi hari ni saya nak kongsi satu skill bagaimana kalian nak dapat berat badan normal dengan memahami dahulu bahagian mana dalam peel kehidupan kalian yang perlu dibaiki. 5 Punca Berat Badan Naik dan Mengemukkan. 1. PEEL MAKAN. Ini adalah faktor terbesar mengemukakan seseorang. Makan sebenarnya sangat penting, cuma cara pemakanan akan menentukan ianya jadi sesuatu yang baik atau mudarat.  Cuba semak, adakah kalian suka makan bertambah, makan tak kira masa, makan apa sahaja dan makan dengan banyak.  Jika kalian gemuk, kemungkinan besar, 90% adalah kerana hal ini.  2. KURAN

Case Study Umur 44 boleh kurus

Umur 44, Gemuk Selepas Kahwin, Alhamdulillah turun hampir 30kg Selama 9 Bulan.  Perkenalkan Amin. Seorang individu yang telah berubah rutin kehidupannya selepas berkahwin dan jadi gemuk dengan berat 86kg.  Kisah Amin ni sangat klise, ramai individu diluar sana senasib Amin dan saya percaya ramai yang baca ni pun sama.  Kenapa hal ni berlaku? Masa muda remaja tidaklah gemuk, tapi bila berkahwin terus badan naik jadi gemuk dan obes.  Jawapan yang tepat ialah, rutin kehidupan biasa berubah. Makan dah tersedia, pengurusan masa dah terkekang dek tanggungjawab, antara alasan berat mudah naik. Disamping tubuh yang menua menurunkan kadar metabolisma tubuh.  Tapi ramai yang senasib Amin cuba berubah termasuk anda. Tapi gagal.  Hari ni saya cuba berikan sedikit flow bagaimana Amin berjaya hilang 30kg selepas menyertai Misi Ubah.  Moga jadi inspirasi dan ilmu yang bermanfaat untuk anda yang nak turunkan berat badan. Soalan ringkas dan jawapan ringkas diatas adalah gambaran sebenar apa yang Amin l

Tiada Rahsia Nak Kurus

 SEBENARNYA HAMPIR SEMUA ORANG TAHU BAGAIMANA NAK TURUNKAN BERAT BADAN. Ramai yang tanya macamana saya kurus.  Saya jawab tak ada yang pelik. Tanpa ubat kurus, pil, teh atau krim.  Mereka seolah tak percaya. Saya cakap control pemakanan dan sedikit bersenam.  Satu matlamat yang semua manusia yang hidup atau yang sudah mati atau yang akan datang pasti impikan dalam hidup mereka adalah kesihatan. Tiada manusia yang mahu sakit, betul tak? Dan.. Setiap manusia tahu untuk sihat ada 2 perkara mereka kena buat iaitu jaga pemakanan dan melakukan aktiviti sihat (banyakkan aktiviti harian)  secara konsisten. Tapi.. Kenapa tidak semua orang kejar dan buat semua tu? Sedangkan mereka punya matlamat yang sama dan tahu itulah caranya! Kenapa.. Kerana dengan tahu cara atau langkah itu sahaja tidak mencukupi!  Jadi, apakah yang akan buat seseorang itu buat apa yang mereka tahu dan impikan? Mind set atau Mentaliti.  Ramai orang pandang rendah hal Mentaliti ni, tak nak belajar sebab rasa tak penting. Se

Jangan Terlampau Bertegas

 BERI RUANG. JANGAN TERLALU TEGAS. KITA TIDAK SEMPURNA.  Setiap antara kita kebiasaannya akan memiliki impian yang sama, mahukan kebahagiaan, kesihatan dan punya kewangan yang kukuh. Ini antara 3 perkara yang semua antara kita inginkan.  Kebahagiaan, kesihatan dan kemewahan inilah antara sebab ramai antara kita berusaha setiap hari untuk memilikinya. Usaha yang bukan sedikit, usaha yang berpanjangan dan usaha yang meletihkan perlu dilakukan bagi mengejar 3 impian setiap insan ini.  Ianya bukanlah satu perkara yang mudah.  Dalam usaha penurunan berat badan pun begitu. Semua induvidu mengidamkan tubuh yang cantik. Tak kira lelaki atau perempuan. Malah bukan saja mereka yang obesiti.  Tapi bagi seorang yang pernah obes, impian nak kurus adalah azam paling banyak berulang dalam kehidupan saya. Dan saya yakin, setiap mereka yang obes, atau overweight pun sama.  Usaha nak turunkan berat badan adalah antara yang paling mencabar. Sebab itu ramai antara kita gagal. Usaha untuk mencapai matlamat

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

4 Cara Atasi Putus Asa

Saya nak kongsi apa yang saya rasa setiap hari dari saya mula nak turunkan sampai sekarang. Ini hanya perasan saya dan saya tak kata semua macam ni. Tapi mungkin ada yang seperti saya.  Tiada satu pagi saya bangun tanpa Rasa nak putus asa. Tiada sehari yang saya lalui tanpa rasa saya berhak putus asa atas usaha yang mencabar ni. Ini realiti. Sebab tu dalam kehidupan ini pun lehih ramai yang berputus asa dari yang konsisten dan berjaya. Sebab pujukan rasa nak give up tu ada tiap masa.  3 jam sebelum nak buat aktiviti bersenam, samada Briswalk, terus datang bisikan supaya tangguh buat esok.  Nak kawal pemakanan pun sama.. ceduk nasi, dah putuskan nak makan 2 senduk jea. Mula lah ada bisikan... haaaa... hari ni jea makan banyak, esok la start. Susah dan mencabar sebenarnya pilihan nak buat tambah baik kehidupan!  Yea, saya terpaksa akui proses ini bukan satu hal yang mudah. Ianya sangat mencabar. Sehari dua ni ramai yang saya kenal mula ada sedikit rungutan. Usaha nak turunkan berat badan

Mana silapnya

Kenapa berat badan tak turun sedangkan rasa dah buat macam-macam.  Dah jaga makan, dah buat aktiviti tapi berat tak turun. Ini masalah besar. Dan disebabkan ini jugalah ramai yang berputus asa dan menganggap mereka tak akan berjaya turunkan berat badan. Sebab mereka rasa mereka dah buat macam-macam. Jom bersama saya kita rungkai permasalahan ini.  Pertama, pastikan dulu cara fikir kalian betul. Penurunan berat badan mengambil masa.  Ramai yang buat kesilapan pada tahap ini lagi. Mereka jangka perubahan berlaku dengan cepat dan mengikut arahan mereka. Sebagai contoh hari pertama pergi jogging 3 KM dan dah rasa jaga makan, mereka jangka penurunan berat badan mereka berlaku sehingga 3 kg. Walhal ianya tidak sedemikian.  Penurunan yang diiktiraf oleh pakar kesihatan dan juga pemakanan hanyalah sekitar 2 ke 4 kg sebulan.  Memahami hal ini sangat membantu supaya kita lebih realistik memahami proses penurunan berat badan.  Dengan itu tidaklah kita menjangka penurunan yang banyak dengan usaha

Nak Kurus Fokus Keutamaan Yang Betul

KUASAI PEPERANGAN MINDA: SYARAT WAJIB TURUNKAN BERAT BADAN. Pilih keutamaan yang betul!  Ramai yang fikir bila nak turunkan berat badan mereka perlu lakukan senaman dan mula menjaga pemakanan. Ya, ia tak salah tapi ia bukanlah cara yang tepat. Cuba ingat cubaan cubaan kalian yang dulu. Kenapa ianya gagal?  Ya, jaga makan dan beraktiviti adalah satu keputusan yang baik. Malah penurunan berat badan juga secara sains adalah berkait dengan aktiviti pemakanan yang baik dan bersenam. Tapi ianya tak dapat dilakukan dengan mudah. Mereka yang dah cuba, tahu betapa susahnya nak jaga pemakanan dan bersenam secara konsisten.  Sebab itu saya lebih tekankan berkenaan Mentaliti. Kerana walaupun fakta sains menyatakan berat badan kita adalah berkaitan kalori masuk dan keluar dari tubuh kita melalui pemakanan dan aktiviti. Tapi sebenarnya satu elemen yang mengawal setiap kalori masuk dan keluar lebih susah nak dilentur iaitu minda kita!  Sama ada nak pilih A atau B? Baik atau buruk? Bermanfaat atau tid

Memahami Kegagalan Untuk Berjaya Turunkan Berat Badan

Turunkan berat badan adalah satu pilihan dalam hidup anda. Anda disini kerana anda terfikir yang anda perlukannya sekarang.  Malah saya berani jamin, anda sebenarnya perlukan Penurunan Berat Badan lama dahulu. Bagi sesetengah mungkin 20 tahun yang dulu.  Tapi kenapa pilihan yang pernah dibuat tidak berhasil. Anda pernah - Pernah beli alatan sukan, treadmill mungkin.  Pernah beli suplemen mahal, sampai beribu harganya.  Pernah ke Pusat Perlansingan yang kosnya berbelas ribu. Pernah percaya beli ubat kurus atau pati minyak panas singkirkan lemak.  Pernah hire coach personal yang mahal. Antara apa yang saya tulis di atas. Saya berani jamin, ada yang pernah buat kesemuanya.  Betulkan? Setidaknya 3 dari pilihan diatas.  Tapi persoalannya kenapa kalian gagal?  Ok sebelum kita memahami bab kenapa kalian gagal. Jom jawab satu soalan yang penting ni.  Ada tak orang lain yang gemuk, obesiti yang berjaya turunkan berat badan?  Tolong jawab! Walaupun saya dah tahu jawapanny

Sindiran membentuk batas diri

KENDERAAN BERAT IKUT KIRI. Satu ungkapan yang biasa mengambarkan fizikal seseorang. Mereka yang obesiti mesti ada yang pernah disindir dengan perkataan ini.  Itulah hakikat, body shaming yang menjadi sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita. Tak pelik sebenarnya. Malah kebiasaan dari kita yang obes biasa ditambah nama panggilan kalau saya Mat Bun. Ada yang terus dapat nama baru. Bob, walaupun nama betul bukan Bob.  Perkara ini bukan isu kecil. Panggilan dan sindiran ini melekat dalam diri malah ada yang membentuk diri mereka jadi insan yang kurang yakin dengan diri sendiri. Malah ada yang depresi dengan hal ini.  Sebab tu Body Shaming adalah jenayah. Jangan ambil mudah hal ni. Rantaian depresi sangat dasyat. Ada yang akhirnya tak mampu keluar dari depresi mereka.  Dan depression adalah salah satu faktor berat badan mereka gagal memberi kerjasama dengan kehendak mereka nak kurus. Ia menyulitkan proses turunkan berat badan bagi sesetengah individu.  Marilah sama sama kita hap

6 MUSUH USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN

6 MUSUH USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN 1. Zon Selesa - Ramai mereka yang obesiti berada di zon ini. Mereka dengan berat badan berlebihan masih rasa sihat dan tiada masalah kesihatan. Saya pun begitu, semasa berat 135kg jika ditanya ada penyakit darah tinggi atau tidak saya jawab tidak, walhal Doctor dah diagnos saya punya masalah tekanan darah. Bukan niat nak menipu tapi memang masa itu faham tekanan darah tinggi sebab kurang tidur atau stress di tempat kerja saja.  Risiko penyakit dengan obesiti ni bahaya, ianya adakala tidak tunjuk tanda tanda kecil tapi terus merebak kepada isu kesihatan yang besar, ambil contoh abang kandung saya yang dari tak ada apa apa penyakit tiba tiba ada masalah buah pinggang dan strok. Inilah ketakutan yang nyata dengan obesiti. Ianya dapat menarik kesihatan dengan tiba tiba.  2. Ego - Kita tidak mahu akui kita perlukan bantuan atau pemerhatian. Setiap kali semasa saya ke klinik kesihatan disebabkan demam atau sakit kepala semasa menjadi penjawat

Takut dan Malu Nak Berubah

Pernah tak rasa takut dan malu buat sesuatu? Saya dulu selalu :- - Nak start jogging atau berjalan kat taman sedangkan tubuh  lebih 100kg dan rasa semua mata memandang saya. - Nak ke gym, pun rasa yang sama. rasa tidak selesa seperti orang lain tengah mengutuk kehadiran saya. - Nak nyatakan pendapat dalam perjumpaan tapi banyak halangan diri sendiri. - Nak tanya soalan sebab kurang faham dalam majlis, pendam takut orang cakap macam macam. - Nak kongsi pendapat atau peluang dalam fb pun delete memanjang, takut penilaian orang lain terhadap pendapat saya.  - Nak buat video kat youtube, kongsikan pengalaman. Tapi takut orang kutuk dan tak dapat sambutan.  Ingat tak? Kita semua pernah disituasi ni. Kita membenarkan diri sendiri menilai kita sendiri dari kaca mata orang lain. Kita melemahkan diri sendiri dengan nilaian kita sendiri. Orang lain yang kita rasa menilai kita mungkin tak fikir apa apa pun tentang kita.  Kita tenggelam dalam ilusi sendiri yang melemaskan kita untuk me

7 CHECKLIST NAK BERMULA TURUNKAN BERAT BADAN

7 CHECKLIST NAK BERMULA TURUNKAN BERAT BADAN . 1. TIMBANG BERAT BADAN Ramai yang bermula tanpa tahu berapa berat badan mereka ketika bermula. Dengan mengetahui berat badan sekarang akan memudahkan kita memantau progress penurunan berat badan.  2. BERMULA DENGAN UBAH CARA PEMAKANAN.  Ramai antara kita bila datang seruan supaya turunkan berat badan akan terus ingat perlu ke taman untuk berjoging atau ke gym. Sebenarnya perkara paling penting adalah dengan mulakan jaga makan.  Malah formula penurunan berat yang popular mengatakan penurunan berat badan adalah 80% pemakanan dan hanya 20% aktiviti bersenam. 3. BERHENTI ATAU KURANGMAN SECARA PERLAHAN GULA DALAM MINUMAN.  Mungkin kalian dah banyak kali dengar tentang bahaya gula, tapi saya nak kongsikan dari sudut lain. Gula adalah satu sumber kalori yang padat. 1 sudu teh gula sahaja bersamaan 16 kalori. Katakan kalian ambik 3 sudu gula dalam teh kalian, ianya dah jadi 48 kalori. Ianya sangat tinggi dan tidak berbaloi.

5 TIPS MAKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN BAGI MEREKA YANG BARU NAK BERMULA.

5 TIPS MAKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN BAGI MEREKA YANG BARU NAK BERMULA.  Perkongsian pengalaman bagaimana saya amalkan 5 tips makan yang membolehkan saya hilang 65kg. ianya tidaklah teknikal dengan perkiraan kalori atau bab-bab saintifik.  INSYAALLAH , ianya mudah ditiru oleh mereka yang baru nak mula usaha turunkan berat badan.  Penurunan berat badan banyak bergantung kepada apa yang kita makan dan bukan sepertimana kepercayaan karut bersenamlah yang menyebabkan berat badan turun.  Jadi cuba faham dan amalkan tips yang saya berikan dibawah.  1. Makan seperti biasa tapi jangan bertambah.  - kalau selama ni kalian makan nasi yang banyak, lauk seketul dan tiada sayur, makan macam tu juga untuk fasa ni, cuma jangan bertambah. Cukup makan sepinggan sahaja.  2. Jika kalian jenis makan tak bertambah, cuba kurangkan sesenduk nasi dulu. Jangan drastik terus tak makan nasi.  3. Makan Secara Perlahan-lahan. - Ini dapat memastikan kalian cepat kenyang. Cuba cek jangka masa makan s

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama