Saya nak kongsi apa yang saya rasa setiap hari dari saya mula nak turunkan sampai sekarang. Ini hanya perasan saya dan saya tak kata semua macam ni.
Tapi mungkin ada yang seperti saya.
Tiada satu pagi saya bangun tanpa
Rasa nak putus asa.
Tiada sehari yang saya lalui tanpa rasa saya berhak putus asa atas usaha yang mencabar ni.
Ini realiti. Sebab tu dalam kehidupan ini pun lehih ramai yang berputus asa dari yang konsisten dan berjaya.
Sebab pujukan rasa nak give up tu ada tiap masa.
3 jam sebelum nak buat aktiviti bersenam, samada Briswalk, terus datang bisikan supaya tangguh buat esok.
Nak kawal pemakanan pun sama.. ceduk nasi, dah putuskan nak makan 2 senduk jea. Mula lah ada bisikan... haaaa... hari ni jea makan banyak, esok la start.
Susah dan mencabar sebenarnya pilihan nak buat tambah baik kehidupan!
Yea, saya terpaksa akui proses ini bukan satu hal yang mudah. Ianya sangat mencabar. Sehari dua ni ramai yang saya kenal mula ada sedikit rungutan. Usaha nak turunkan berat badan turun naik dan ianya seolah meletihkan.
Cuma dalam jenuh, dalam mencabar saya berjaya. Bukan saya seorang, ramai diluar sana berjaya turunkan berat badan mereka. Bukan 2,3 kg ada yang berjaya turun beratus kg.
Jadi saya nak kongsi tips mudah bagi kalian yang berasa JENUH bagi mengatasi masalah ini.
1. Berfikiran dengan mentaliti yang betul! Ini paling penting. Faham dan terima hakiki proses penurunan berat badan sememangnya mencabar dan butuhkan masa yang lama.
Bila mana kalian berfikir dengan fikiran yang betul JENUH akan mula hilang, kerana perasaan jenuh hanya datang bila kalian mula nak proses itu senang dan cepat.
2. Ikhlas dalam usaha kalian. Ingat, penurunan kilo demi kilo berlaku hanya bila kalian bertindak atas keputusan yang diambil. Tiada kilo yang akan turun hanya dengan harapan dan angan. Jika kg kalian tak turun malah naik, ianya adalah disebabkan kalian sendiri. Untuk mengecapi kejayaan kalian perlu BERHAK atas kejayaan tersebut.
3. Ambil masa rehat. Ada masa kita rasa kita dah buat macam macam. Dah struggle sangat, tapi hasilnya tak ada, penimbang masih di angka yang sama. Ya, ada masa berlaku hal begini atas sebab tubuh punya mekanisme operasi tersendiri.
Ada masa kita rasa patut turun tapi tak. Tubuh ada akal tersendiri sebenarnya. Dia tak ikut akal kita semudah kita sangka. Kita nak dia bakar lemak, rupanya dia simpan lemak, hal ini berlaku atas sebab sebab teknikal. Jika kalian difasa ini ambil masa berehat. Keluar dari apa yang kalian tengah lakukan tu. Beri masa fikiran dan tubuh kalian berehat dari tekanan aim kalian nak turunkan berat badan.
Berapa lama? Seminggu mungkin atau tak salah pun untuk rehat selama sebulan. Asalkan kalian tidak terleka lantas terlupa niat kalian nak perbaiki diri dan turunkan berat badan.
4. Cari group Support yang kalian suka. Berlambak diluar sana group diet, join yang mana kalian rasa baik dan kena dengan jiwa kalian. Ini amat membantu! Berkongsi pengalaman orang lain mungkin akan membantu kalian.
Saya sarankan join circle Misi Ubah. Ianya satu program yang saya bina selama 3 tahun mengumpulkan individu yang nak turunkan berat badan.
Ianya group premium dan ada banyak benda yang kalian dapat selain bimbingan dan group bersama saya.
Detail Misi Ubah boleh klik link ini - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
4 perkongsian saya bukanlah ultimate. Mungkin ada cara lain. Kalau ada mungkin boleh komen dibawah. Sama sama kita belajar mengatasi JENUH yang meragut banyak impian dan usaha mereka yang nak turunkan berat badan.
Ulasan
Catat Ulasan