4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN
2. Masa bersama lebih berkualiti.
tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.
Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.
Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.
Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.
Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.
3. Permainan lebih Menarik.
Sebagai individu yang obesiti dari kecil, saya kena akui satu fakta ini walaupun saya segan.
Posisi hubungan suami isteri yang terhad.
Ini terdorong oleh 2 faktor
i- Lemak terkumpul banyak yang menyukarkan kita untuk mempelbagaikan posisi.
ii- Kekejangan otot. Bila kita paksa tubuh melentur mengikut kemahuan, kita membebankan tubuh. Mulalah tak sampai beberapa kali, otot mula kejang. Ini bakal menganggu mood kita dan pasangan.
Bayangkan, posisi yang terhad dengan keadaan perut, peha dan pinggul yang besar juga tidak memberi keseronokan dalam hubungan. Yang akhirnya memberi rasa kebosanan dalam aktiviti tersebut. Asyik asyik posisi yang sama.
Dengan penurunan berat badan, perubahan dari segi fizikal berlaku, perut mengecil, peha mengecil dan pinggul mengecil memberi impak yang besar. stamina juga akan menambah kualiti aktiviti yang amat penting bagi kesejahteraan hubungan suami isteri.
4. Nikmat yang makin berkualiti.
Mengikut kajian, mereka yang obes cenderung menghadapi masalah ejakulasi pramatang. Ini sendiri akan menyebabkan aktiviti hubungan kelamin tidak sihat. Pasangan belum lagi dapat kepuasan tapi kita dah sudah menyerah kepuasan seorang diri.
Dari sisi wanita pula, susah nak klimak,.ini disebabkan tisu sensitif kalian tidak mendapat aliran darah yang sepatutnya kerana tersekat dek lemak yang bertempel di aliran darah.
Dengan memiliki tubuh yang ideal masalah ini dapat diatasi dengan perbagai cara. Gabungan stamina, keyakinan diri dan posisi yang boleh mengelakkan ejakulasi pramatang dapat dipraktikkan.
Percayalah usaha penurunan berat badan akan memberi bukan sahaja kesihatan, malah disamping itu keseronokan dan kenikmatan dalam hubungan intim suami isteri ni.
Saya sarankan, jika kalian yang baca ni punya suami atau isteri yang obes. Panjangkan artikel ini kepada mereka. Supaya mereka boleh sedar dan berubah.
Jangan ambil ringan kesejahteraan hubungan kelamin suami isteri ni. Banyak kes cerai berai berpunca dari ketidakpuasan pasangan dalam hubungan kelamin.
Semoga artikel ini memberi semangat dan ilmu kepada kalian. Semoga berjaya dapat berat badan normal dan baiki hubungan kelamin kalian.
KLIK DI BAWAH
https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Ulasan
Catat Ulasan