Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

5 Punca Badan Gemuk

Masalah kegemukan tidaklah berlaku secara ajaib. Tidak ada sesiapa yang gemuk dalam masa sehari. Ini kita kena faham. Kegemukan bukan sihir dan ajaib. 




Kegemukan berlaku secara sistematik. Ia adalah gabungan peel atau tabiat kita seharian dan elemen penting untuk gemuk ialah Masa. 

Jika ada sesiapa sedar. Nak naik 10kg juga sebenarnya memerlukan masa. Cuma tak siapa hitung dan sedar. Tiba tiba jea, mereka rasa gemuk. 

Jadi hari ni saya nak kongsi satu skill bagaimana kalian nak dapat berat badan normal dengan memahami dahulu bahagian mana dalam peel kehidupan kalian yang perlu dibaiki.

5 Punca Berat Badan Naik dan Mengemukkan.

1. PEEL MAKAN.

Ini adalah faktor terbesar mengemukakan seseorang. Makan sebenarnya sangat penting, cuma cara pemakanan akan menentukan ianya jadi sesuatu yang baik atau mudarat. 

Cuba semak, adakah kalian suka makan bertambah, makan tak kira masa, makan apa sahaja dan makan dengan banyak. 

Jika kalian gemuk, kemungkinan besar, 90% adalah kerana hal ini. 

2. KURANG BERAKTIVITI ATAU MALAS.

Ayatnya seolah kasar tapi ini hakikat. Orang gemuk kurang lakukan aktiviti biasa pun seperti berjalan. 

Contohnya, nak minum air pun masih minta anak ambilkan. Remote tv depan mata, laung anak kat luar rumah ambilkan. Nak tutup suis lampu, anak disuruhnya. Nak membeli di kawasan pasar, tak nak berjalan, masuk dengan motor atau kereta. Nak ambil anak sekolah, parking depan sekolah walaupun ganggu lalu lintas. Malas! 

Saya bukan nak jugde semua. Dan saya bukan nak mengata. Sebab saya dulu gemuk dan itulah peel saya. Semua suruh anak. 


3. STRESS DAN TIDUR TIDAK BERKUALITI.

Ini juga penyumbang kepada kegemukan. Semua orang ada masalah, tapi bila masalah tidak di urus dengan betul, ini menyebabkan stress. 

Stress dan kurang tidur bertindak mengganggu fungsi hormon badan. seperti kortisol dan ghrelin, yang dapat meningkatkan nafsu makan dan menyebabkan peningkatan berat badan.

Stress dan kurang kualiti tidur membawa kepada peel pertama iaitu makan dengan banyak. 


4. PENGAMBILAN UBAT UBATAN TERTENTU.

Ada ubat ubatan yang memang akan menyebabkan kalian naik berat badan. Ini kerana fungsinya yang meningkatkan selera makan, melambatkan metabolisme tubuh dan meningkatkan insulin tubuh. 

Puluhan ubat, termasuk antidepresan, antihistamin, penstabil mood, beta-blocker, dan ubat anti-diabetes boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Sila semak ubat ubatan anda dengan doktor atau ahli farmasi bagi mengetahui dengan tepat dan minta nasihat mereka. 


5. ANDA PENGIDAP PENYAKIT TERTENTU.

Masalah kesihatan tertentu: Beberapa masalah kesihatan seperti hipotiroidisme, sindrom ovarium polikistik (PCOS), diabetes jenis 2, dan gangguan hormonal lainnya dapat menyebabkan peningkatan berat badan. 

Jika berat badan kalian naik secara mendadak dan kalian dah cuba konsisten lakukan usaha turunkan berat badan tapi tak berhasil, kalian perlu rujuk doctor kalian.

Mengetahui sebab-sebab ini sangat penting. Kerana ianya bakal menjimatkan banyak masa dan memberi jalan keluar yang lebih mudah. 

Saya harap kalian semak dan nilai diri kalian. Kemungkinan kalian memiliki 2-3 atau mungkin 5 sebab diatas. 

Moga artikel kali ni membantu kalian untuk berjaya dalam usaha kalian nak kurus. 





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...