Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

6 MUSUH USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN

6 MUSUH USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN
1. Zon Selesa - Ramai mereka yang obesiti berada di zon ini. Mereka dengan berat badan berlebihan masih rasa sihat dan tiada masalah kesihatan. Saya pun begitu, semasa berat 135kg jika ditanya ada penyakit darah tinggi atau tidak saya jawab tidak, walhal Doctor dah diagnos saya punya masalah tekanan darah. Bukan niat nak menipu tapi memang masa itu faham tekanan darah tinggi sebab kurang tidur atau stress di tempat kerja saja. 

Risiko penyakit dengan obesiti ni bahaya, ianya adakala tidak tunjuk tanda tanda kecil tapi terus merebak kepada isu kesihatan yang besar, ambil contoh abang kandung saya yang dari tak ada apa apa penyakit tiba tiba ada masalah buah pinggang dan strok. Inilah ketakutan yang nyata dengan obesiti. Ianya dapat menarik kesihatan dengan tiba tiba. 

2. Ego - Kita tidak mahu akui kita perlukan bantuan atau pemerhatian. Setiap kali semasa saya ke klinik kesihatan disebabkan demam atau sakit kepala semasa menjadi penjawat awam doctor selalu berpesan supaya saya turunkan berat badan saya, Tapi saya rasa saya tidak sakit dan masih sihat. Jadi nasihat doctor yang tahu risiko yang bakal ditanggung jika berat badan makin naik diabaikan begitu sahaja. 

3. Rasa diri terpilih dan terjaga - Semasa saya besar, saya tahu saya golongan obesiti. Malah setiap statistik dan bahan bacaan tentang risiko obesiti saya baca dan ambik tahu. Tapi entah kenapa walaupun amaran dan ancaman itu datang dari pihak yang berautoriti pun saya rasa masalah itu tak akan kena pada saya, sebab saya lain. 

Pernah tak kalian rasa kalian tak akan terlibat dalam kemalangan jalan raya, feel dan keyakinan kita tak akan ada takdir tu? susah saya nak cerita bab ni tapi saya ada keyakinan saya tidak akan kena penyakit penyakit yang berkaitan obesiti tu. Jadi sebab itulah saya buat tak tahu dan akhirnya keyakinan saya salah. Saya punya masalah kesihatan berkaitan obesiti. 

4. Membuang Masa - Tangguh tindakan untuk berubah, ada kala datang keinsafan nak turunkan berat badan. Malah mungkin beratus kali dah niat tu datang, mungkin disebabkan perkara remeh seperti tak ada baju nak pakai, nampak kurang berketrampilan. Niat ada, tapi takpelah, kita mulakan esok, itu yang digunakan setiap hari. Esok bertukar minggu, bulan dan seterusnya bertahun tahun. 

5. Tiada Disiplin - Adakala saya mula bertindak. Memberi peluang kepada diri untuk berubah, saya mula bersenam dan jaga makan. Tapi ianya tak lama, paling lama saya pernah buat 6 bulan, semasa nak kahwin. Alhamdulillah turun hampir 20kg masa tu. Tapi selepas kahwin naiknya berat tubuh lebih dari zaman bujang. 

Itu saya cerita yang paling lama saya berdisiplin dulu, yang paling pendek sehari jea. Hari ni pergi jogging balik dengan niat esok atau lusa nak jogging lagi tapi niat hanya tinggal niat sampai bertahun tahun. 

6. Kita nak kuasai Masa - Ini antara punca terbesar usaha nak turunkan berat badan. Ramai yang punya masalah ini. Kita nak kuasai dan perintah masa. Bila kita nekad nak berubah kita dah lakukan sedikit usaha, kita mula buat benda pelik yakni memaksa masa mengikut kemahuan kita. Kita kalau boleh nak terus kurus dalam sehari dua. 

Dan bila masa tidak mentaati kita, kita kecewa dan kita berputus asa. Fahamkan maksud saya? 

Inilah antara musuh musuh kepada kejayaan dan usaha penurunan berat badan. Usaha untuk memperbaiki diri dari keadaan yang obesiti dan berisiko kepada kehidupan yang lebih baik. 

Perjalanan kejayaan penurunan berat badan penuh dugaan dan cabaran dan perasan atau tidak musuh itu hanyalah musuh dalam diri kita sahaja. Musuh kita adalah tanggapan salah kita tentang usaha penurunan berat badan. 

Mentaliti kita silap, kepercayaan dan keyakinan kita salah. Sebab itulah kejayaan tidak berlaku dan kita terus menerus meyakinkan kita selesa berada dizon selasa. Perbaiki dulu mentaliti kita, faham dengan betul proses dan cabaran untuk turunkan berat badan, insyaALLAH kejayaan akan datang secara beransur ansur. 

Jika kalian perlukan satu sudut pandangan dan pengalaman bagaimana saya membina kekuatan mentaliti saya dan bagaimana saya juga bantu mereka yang lain berjaya seperti gambar dibawah

Saya jemput kalian menyertai saya dalam circle Misi Ubah. Apa itu Misi Ubah, dapatkan detail program Misi Ubah di - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...