Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

6 TIPS MENGAWAL STRESS DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.

6 TIPS MENGAWAL STRESS DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN. 



Usaha ini bukan mudah, ternyata akan ada banyak halangan dan cabaran. Secepat mungkin kalian terima hakikat ini, insya-Allah makin cepat kalian dengan kejayaan Turunkan Berat Badan

Setiap antara kita kebiasaannya akan memiliki impian yang sama, mahukan kebahagiaan, kesihatan dan punya kewangan yang kukuh. Ini antara 3 perkara yang semua antara kita inginkan. 

Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan inilah antara sebab ramai antara kita berusaha setiap hari untuk memilikinya. Usaha yang bukan sedikit, usaha yang berpanjangan dan usaha yang meletihkan perlu dilakukan bagi mengejar 3 impian setiap insan ini. 

Ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya tiada istilah bebas stress dalam usaha ini. Hanya yang ada bagaimana kita mengawal stress tersebut. 

Tuan puan, perjalanan saya sendiri tidak sempurna. Dalam perjalanan saya hilang 65kg tidaklah berlaku secara sempurna. Ini hakikatnya, ada masa berat ditimbangan lansung tak berubah, ada masa naik. Ya naik. Malah sekarang dalam proses maintain pun saya hadap perkara yang sama. 


Jadi bagaimana tips untuk mengurus stress dalam usaha penurunan berat badan ini? 

1. JANGAN TERLAMPAU BERKERAS 
Ya, kita kena beri sedikit ruang kepada diri kita. Jangan terlampau bertegas untuk mencari kesempurnaan. Jika berat kalian naik setelah satu satu event, terima hakikat itu dengan senyuman. Jangan terlalu stress. Dan teruskan berusaha.

Kerana disinilah puncanya ramai yang gagal untuk dapat berat badan normal. Berat badan yang naik mematahkan semangat mereka, dan ramai berputus asa disebabkan hal ini. 

Bagi ruang pada diri kita, kita manusia biasa. Naik 5,6kg adalah satu perkara biasa. Kerana ada masanya kita juga nak enjoy kehidupan seperti biasa. Yang penting selepas itu mula balik, sedar kembali dari rutin yang membesarkan kalian. 

2. MULAKAN BALIK PERLAHAN-LAHAN
Bila dah sedar, mula balik perlahan-lahan. Baiki pemakanan dan aktifkan diri. Jangan terus tekan untuk melakukan sesuatu yang berat seperti nak jogging 10km atau terus buat OMAD. 

Tak salah bermula dengan 1km dan jaga makan dengan kurangkan portion dahulu. 

3. CARI ILMU
Sesuatu yang dibuat dengan kepercayaan sandaran kepada ilmu akan lebih memudahkan. Kita tak berteka teki dan kita akan lebih yakin. 

4. CARI RAKAN YANG MEMBINA, TINGGALKAN MEREKA YANG KERJANYA NAK KONDEM KITA SAHAJA.
Ini salah satu faktor penting, ada kawan yang mampu membentuk bagaimana sikap kita dalam berusaha. Membina atau meruntuhkan moral kita. Jadi pilihlah rakan yang baik baik. 

Ingat, kita tetap manusia biasa yang akan melakukan kesilapan, malah fokus kita boleh tersasar dari matlamat kita dengan mudah. Moga tips diatas mampu memberi kefahaman serba sedikit kepada kalian. 

5. BERSENAM
Ya, ini salah satu cara berkesan mengawal stress. Walaupun sebenarnya bersenam ialah sesuatu yang stress. 

Tapi ia ibarat latihan menampung stress. Bila kita bersenam, kita mengumpul kekuatan kepada minda dan sekali gus menguatkan mental kita mengawal stress yang lain. 

Saya sarankan sepertimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, bersenamlah 3 kali seminggu minima 30-45 minit untuk satu sesi. Lakukan aktiviti berintensiti sederhana seperti jogging, angkat bebanan atau skipping sebagai contoh.

6. TIDUR MENCUKUPI
Penting untuk kita mengharmonikan hormon dalam badan. Dengan menjaga kualiti tidur secara automatiknya kesemua hormon boleh berfungsi secara optimum. 

Ini akan menyebabkan hormon stress iaitu kortisol dapat dikawal dengan baik. 

Tidurlah sekurangnya 7 jam sehari. 

Usaha nak turunkan berat badan adalah antara yang paling mencabar. Sebab itu ramai antara kita gagal. Usaha untuk mencapai matlamat kita perlukan usaha yang berpanjangan. Tidak sedikit masa yang perlu diambil untuk kita mendapatkan hasilnya. Kerana itulah tekanan dalam usaha ini wujud hatta sedikit.

Jadi amalkanlah tips di atas bagi mengawal stress kalian. 

NAK JADI SEPERTI PUAN ZALILA DIATAS? MENCUBA BANYAK KALI NAK KURUS TAPI GAGAL.

DAN AKHIRNYA SERTAI SAYA DALAM MISI UBAH DAN DAPAT HILANG 28KG. 

BACA DETAIL PROGRAM BIMBINGAN SAYA DI - MISI UBAH 







Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam