Umur 44, Gemuk Selepas Kahwin, Alhamdulillah turun hampir 30kg Selama 9 Bulan.
Perkenalkan Amin. Seorang individu yang telah berubah rutin kehidupannya selepas berkahwin dan jadi gemuk dengan berat 86kg.
Kenapa hal ni berlaku? Masa muda remaja tidaklah gemuk, tapi bila berkahwin terus badan naik jadi gemuk dan obes.
Jawapan yang tepat ialah, rutin kehidupan biasa berubah. Makan dah tersedia, pengurusan masa dah terkekang dek tanggungjawab, antara alasan berat mudah naik. Disamping tubuh yang menua menurunkan kadar metabolisma tubuh.
Tapi ramai yang senasib Amin cuba berubah termasuk anda. Tapi gagal.
Hari ni saya cuba berikan sedikit flow bagaimana Amin berjaya hilang 30kg selepas menyertai Misi Ubah.
Moga jadi inspirasi dan ilmu yang bermanfaat untuk anda yang nak turunkan berat badan.
Soalan ringkas dan jawapan ringkas diatas adalah gambaran sebenar apa yang Amin lakukan. Tiada rahsia, tiada Method diet tertentu, malah tiada rutin senaman yang pelik pelik.
Apa yang Amin buat sehingga berjaya dapat BMI normal walaupun hampir 7 tahun membesarkan diri dan akhirnya 9 bulan dapat BMI normal?
KONSISTEN! ISTIQAMAH!
Itu sahaja. Tiada produk, atau jampi serampah.
Cuma cara Amin menjaga Konsistensinya ialah dengan mendapatkan coach untuk memantau progressnya.
Ini optional. Bukan mandatori pun. Kalau kalian mampu untuk konsisten, tak perlu pun program misi ubah atau coach coach diluar sana. Termasuk saya.
Tapi tak ramai yang mampu, sebab tu program Misi Ubah yang saya kendalikan dengan Yuran yang sangat minima banyak bantu individu yang benar benar nak berubah.
Saya yakin, dengan peringatan hampir setiap hari, dengan task yang perlu kalian hantar dalam program dan aktiviti pertandingan dalaman bakal menyebabkan kalian konsisten.
Malah, bila kita ada dalam circle yang positif dan sama matlamat, ini banyak membantu usaha kita.
Jika kalian ingin bimbingan dan rakan seperjuangan yang positif mencapai matlamat kalian. Boleh daftar Misi Ubah. Detailnya klik pada gambar dibawah.
Ulasan
Catat Ulasan