Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Dah Cuba Macam Macam Nak Kurus

BUKTI KALIAN JUGA DAH CUBA TURUNKAN BERAT BADAN TAPI KALIAN GAGAL.



Saya berani jamin, setiap yang rasa diri overweight atau obesiti pernah sekali dalam hidupnya cuba untuk turunkan berat badan. Malah ada yang setiap tahun memasang azam itu semperna tahun baru atau bila tiba bulan puasa sebab nak raya dengan penampilan baru. 

Kalau diikut sifir tahun baru dan raya aidilfitri iaitu 2 kali setahun, maka cubaan saya nak turunkan berat badan mungkin dah 44 kali saya cuba untuk turunkan berat badan semenjak saya tingkatan 3.

Tapi saya rasa lebih. Kalau diikutkan niat sahaja mungkin dah beratus atau beribu kali. Sebab niat nak kurus juga boleh datang bila berada di hadapan cermin atau semasa pakai baju yang terasa kecil. 

Macamana dengan kalian? Lupa? Ya mesti tiada jumlah tepat kerana niat dan azam tu terlalu banyak sampai terlupa. 

Dan saya percaya dalam banyak banyak azam dan niat ada satu ketika kita rasa benar benar nekad. Kita rasa inilah penghujung cerita overweight dan Obesiti kita, masa tu semangat kita berkobar kobar dan kita rasa apa pun halang kita akan tempuhi tanpa berpaling lagi.

Masa nilah kita mula beli sesuatu yang kita rasa dapat bantu kita Turunkan Berat Badan. Antaranya adalah. 

1. Kasut sukan
2. Dumbell
3. Abs crusher bench
4. Basikal
5. Treadmill
6. Basikal indoor
7. Gym set dalam rumah
8. Keahlian gym

Ini antara barang yang pernah kalian beli kan? Dan percaya atau tidak banyak alatan diatas akhirnya terperuk disatu sisi dalam rumah kalian. Cuba tengok, ada tak.

Malah ada yang berhabis duit berpuluh ribu untuk niat nak turunkan berat badan. Basikal, alatan gym kadang kadang berharga 10 ribu tapi akhirnya tak digunakan. 

Saya sendiri pernah ada abs crunch bench tu, beli tapi guna tak sampai sebulan terus disisihkan, kesian dia. Wife saya pernah beli kasut sukan dengan niat nak berjogging, tapi setelah 2 tahun tak pakai kasut tu rosak dengan sendirinya, tercabut tapak. 

Ramai yang sebenarnya nak turunkan berat badan, ramai juga tidak berkira tentang duit dan pelaburan untuk aktiviti atau alatan turunkan berat badan. Mereka mampu beli, tapi sayangnya barang tu tidak dimanfaatkan. 

Ramai yang tersengih sekarang masa baca post inikan. Mula terbayang sesuatu yang kalian dah beli tapi tersisih didalam rumah kalian. Cuba kalian cari ada lagi ke tak? 

Mengaku atau tidak ia tak penting. Yang penting sekarang ialah bermula balik dengan betul supaya kalian tak melakukan kesilapan begini sekali lagi. 

Bagaimana nak lakukan dengan betul?

Jom kita tengok kisah seorang anak didik saya yang berjaya turun 20kg dan mengubah diri beliau. 

Ya, apa yang kalian perlukan bukanlah ilmu diet atau peralatan mahal ataupun suplemen mahal. Yang kalian perlukan adalah setting minda yang betul supaya jadi seperti puan Ej Notej. 

Jom sertai saya dalam Misi Ubah. Dalam misi ni saya bimbing kalian selama minima 1 tahun. Dan kalian akan dapat akses kursus Mentaliti Turunkan berat badan yang mengajar kalian untuk setting mindset kalian. 

Jika kalian nak tahu detailnya, kalian teruskan pembacaan kalian di sini - Misi Ubah

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...