Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Jangan Tangguh Berubah

Ramai yang tangguh usaha mereka nak turunkan berat badan sebab mereka rasa dan yakin satu masa nanti mereka akan mula jaga makan dan bersenam. 


Mereka rasa akan tiba masanya NANTI mereka akan melakukan usaha untuk keluar dari obesiti. 

Ya, itu yang mereka fikir dan rancang. Sehinggakan tubuh akhirnya makin besar dan paling sedih, kesihatan mereka telahpun terjejas. Lebih buruk mereka merisikokan kehidupan mereka dan orang yang mereka sayang dengan angan NANTI akan berusaha. 

Saya tak kata orang lain. Saya dulunya macam nilah. Sebab tu badan yang tak cecah 100kg telah membesar sehingga 150kg.


Tapi inilah kebenaran. Sikap menangguh akhirnya buat saya kurang sihat, ada masalah kesihatan yang bukan sahaja menyusahkan saya tapi insan sekeliling saya. Ini juga berlaku kepada ramai individu diluarsana.

Walaupun niat dan hasrat yang ada itu bagus. Ianya juga merupakan satu sebab kalian jadi semakin besar dan semakin merisikokan diri kalian. Ya, sebab kalian rasa satu hari nanti kalian akan berusaha. Ia menjadi sebab malah alasan.

Jadi cukuplah berfikir begitu. Ada dan ramai yang punya pemikiran begitu tidak senasib saya yang mampu sedar dan berubah. Malah ramai yang masih tersekat dengan niat itu sedangkan mereka makin lama makin besar dan makin tak sihat.  



Malah ada yang dah meninggal asbab mereka rasa akan berubah nanti, kawan saya sendiri beberapa orang, saya percaya keliling kalian pun sama. 

Itu worst scenario, yang strok terbaring tanpa boleh buat apa apa pun ada. Betul tak? 

Jadi mulalah niat anda sekarang, ianya bukanlah terlalu sukar, ada jalan mudah untuk bermula, malah jalan ni lah yang saya lalui yang menyebabkan usaha saya berjaya akhirnya. 

Setelah 30 tahun obes, setelah macam macam cara saya cuba, diet, senaman, suplemen, ubat kurus, alat senaman, dan perbagai lagi.

Apa yang menyebabkan saya berjaya? 

Saya ubah mentaliti saya dalam memahami usaha untuk NAK KURUS!

Ini faktor terbesar, sebab dulu pun saya diet, jaga makan dan bersenam, tapi gagal. Akhirnya dengan menukar cara fikir saya hilang 65kg! 


Alhamdulillah. 

Saya bongkarkan rahsia Mentaliti Turunkan berat badan dalam program Misi Ubah. Satu program lengkap ilmu serta bimbingan kepada mereka yang nak turunkan berat badan.





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...