Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Jangan Terlampau Bertegas

 BERI RUANG. JANGAN TERLALU TEGAS. KITA TIDAK SEMPURNA. 


Setiap antara kita kebiasaannya akan memiliki impian yang sama, mahukan kebahagiaan, kesihatan dan punya kewangan yang kukuh. Ini antara 3 perkara yang semua antara kita inginkan. 




Kebahagiaan, kesihatan dan kemewahan inilah antara sebab ramai antara kita berusaha setiap hari untuk memilikinya. Usaha yang bukan sedikit, usaha yang berpanjangan dan usaha yang meletihkan perlu dilakukan bagi mengejar 3 impian setiap insan ini. 


Ianya bukanlah satu perkara yang mudah. 


Dalam usaha penurunan berat badan pun begitu. Semua induvidu mengidamkan tubuh yang cantik. Tak kira lelaki atau perempuan. Malah bukan saja mereka yang obesiti. 


Tapi bagi seorang yang pernah obes, impian nak kurus adalah azam paling banyak berulang dalam kehidupan saya. Dan saya yakin, setiap mereka yang obes, atau overweight pun sama. 


Usaha nak turunkan berat badan adalah antara yang paling mencabar. Sebab itu ramai antara kita gagal. Usaha untuk mencapai matlamat kita perlukan usaha yang berpanjangan. Tidak sedikit masa yang perlu diambil untuk kita mendapatkan hasilnya. 


Cuma kesilapan ramai individu yang berusaha adalah MEREKA JANGKAKAN KESEMPURNAAN. Menjangka graf penurunan kilogram akan berlaku dengan arah menurun sahaja. 


Tuan puan, perjalanan saya sendiri tidak sempurna. Dalam perjalanan saya hilang 65kg tidaklah berlaku secara sempurna. Ini hakikatnya, ada masa berat ditimbangan lansung tak berubah, ada masa naik. Ya naik. Malah sekarang dalam proses maintain pun saya hadap perkara yang sama. 





Sepanjang hampir 2 tahun negara dilanda pandemik Covid 19 ni saya rasa ramai diluarsana mengalami kenaikan berat badan. Saya pun sebenarnya tak terkecuali. Apapun alasan berat badan naik, ianya ialah satu hal yang biasa dalam kehidupan. Ada masa kita penuh semangat, ada masa kita terlalai dan hilang fokus. Lagi lagi dalam suasana baru kehidupan kita sekarang. 


Tapi jangan gelabah, mulakan balik menjaga pemakanan kita. Bermula balik aktiviti sihat kita. Tambah baik kualiti kehidupan secara perlahan-lahan. Insyaallah kita akan kembali ke landasan kembali. 


Ya, kita kena beri sedikit ruang kepada diri kita. Jangan terlampau bertegas untuk mencari kesempurnaan. Jika berat kalian naik setelah satu satu event, terima hakikat itu dengan senyuman. Jangan terlalu stress. 


Kerana disinilah puncanya ramai yang gagal untuk dapat berat badan normal. Berat badan yang naik mematahkan semangat mereka, dan ramai berputus asa disebabkan hal ini. 


Bagi ruang pada diri kita, kita manusia biasa. Naik 5,6kg adalah satu perkara biasa. Kerana ada masanya kita juga nak enjoy kehidupan seperti biasa. Yang penting selepas itu mula balik, sedar kembali dari rutin yang membesarkan kalian. 


Cuma ingat, kita perlu bersederhana. Jangan terlalu bertegas dan jangan juga terlalu ambil mudah. Insyaallah kita akan dapat lalui perjalanan usaha yang berpanjangan ini dengan rilek dan berjaya.





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...