Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Mana silapnya

Kenapa berat badan tak turun sedangkan rasa dah buat macam-macam. 

Dah jaga makan, dah buat aktiviti tapi berat tak turun.



Ini masalah besar. Dan disebabkan ini jugalah ramai yang berputus asa dan menganggap mereka tak akan berjaya turunkan berat badan.


Sebab mereka rasa mereka dah buat macam-macam.


Jom bersama saya kita rungkai permasalahan ini. 


Pertama, pastikan dulu cara fikir kalian betul. Penurunan berat badan mengambil masa. 


Ramai yang buat kesilapan pada tahap ini lagi. Mereka jangka perubahan berlaku dengan cepat dan mengikut arahan mereka.


Sebagai contoh hari pertama pergi jogging 3 KM dan dah rasa jaga makan, mereka jangka penurunan berat badan mereka berlaku sehingga 3 kg. Walhal ianya tidak sedemikian. 


Penurunan yang diiktiraf oleh pakar kesihatan dan juga pemakanan hanyalah sekitar 2 ke 4 kg sebulan. 


Memahami hal ini sangat membantu supaya kita lebih realistik memahami proses penurunan berat badan. 


Dengan itu tidaklah kita menjangka penurunan yang banyak dengan usaha kita yang mungkin belum mencukupi.


Yang kedua asbab berat tak memberi kerjasama untuk turun ialah kita makan terlalu sikit. 


Bila kita nak turunkan berat badan kita bertindak dengan betul itu mengawal pemakanan cuma kita terlajak dengan mengambil hanya sedikit sahaja pemakanan seharian.


Ini memberi signal kepada tubuh untuk menyimpan tenaga iaitu lemak supaya dapat digunakan ketika ianya tiada sumber pemakanan. 


Maka jangan buat sesuatu yang drastik dalam perubahan pemakanan you all. 


Malah perubahan yang baik itu berlaku dengan sedikit dan juga perlahan-lahan.


Perkara ketiga bersangkut dengan dua hal di atas. Kalian stres ketika proses menunggu berat badan turun.


Mana tidaknya, jangka penurunan berat badan berlaku dengan cepat dan you buat perubahan yang sangat drastik. 


Ini memberi tekanan kepada tubuh malah kepada minda. Ini akan menyebabkan badan tidak memberi kerjasama untuk turunkan berat badan.


Secara rumusannya apa yang perlu kalian lakukan untuk dapat penurunan berat badan adalah dengan memiliki mentaliti yang betul dalam memahami proses penurunan berat badan.


Antara asas terpenting mentaliti turunkan berat badan ialah:-

Proses penurunan berat badan memerlukan masa! so buang perkataan NAK CEPAT.


Dengan memahami hal ini secara jelas, ianya akan mengubah cara tindakan kalian dalam usaha untuk turunkan berat badan. 

Barulah kalian akan lebih santai, tidak stres dan insya-allah, ini asbab utama berat badan kalian akan turun dan kalian akan berjaya dapat berat badan normal.


Saya nak jemput kalian dalam satu course penerangan secara detail tentang mentaliti turunkan berat badan. 

Ianya satu model penerangan daripada pengalaman saya turun 65 kg daripada obesiti semenjak kecil. Dan ianya juga adalah daripada pengalaman saya membimbing lebih beratus orang dapat berat badan normal. 





Saya jemput kalian untuk membaca detail 

berkenaan modul ini di link di bawah. 


https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula








Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...