Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Memahami Kegagalan Untuk Berjaya Turunkan Berat Badan

Turunkan berat badan adalah satu pilihan dalam hidup anda. Anda disini kerana anda terfikir yang anda perlukannya sekarang. 

Malah saya berani jamin, anda sebenarnya perlukan Penurunan Berat Badan lama dahulu. Bagi sesetengah mungkin 20 tahun yang dulu. 

Tapi kenapa pilihan yang pernah dibuat tidak berhasil. Anda pernah -


Pernah beli alatan sukan, treadmill mungkin. 

Pernah beli suplemen mahal, sampai beribu harganya. 

Pernah ke Pusat Perlansingan yang kosnya berbelas ribu.

Pernah percaya beli ubat kurus atau pati minyak panas singkirkan lemak. 

Pernah hire coach personal yang mahal.

Antara apa yang saya tulis di atas. Saya berani jamin, ada yang pernah buat kesemuanya. 

Betulkan?

Setidaknya 3 dari pilihan diatas. 

Tapi persoalannya kenapa kalian gagal? 

Ok sebelum kita memahami bab kenapa kalian gagal. Jom jawab satu soalan yang penting ni. 

Ada tak orang lain yang gemuk, obesiti yang berjaya turunkan berat badan? 

Tolong jawab! Walaupun saya dah tahu jawapannya. 


Dan kenapa orang lain berjaya keluar dari masalah obesiti tapi tidak kalian? 

Ok, kita kembali mencari jawapan kenapa kalian gagal. 

Ada banyak pembolehubah kegagalan kalian sebenarnya. Tapi sebab yang saya bakal bincangkan ini hanya tertakluk kepada individu yang telah mencuba lebih 10 kali tapi tetap gagal.

Bersedia?

Anda gagal dalam setiap usaha nak turunkan berat badan kerana-

Anda fikir ianya adalah pilihan keputusan yang remeh! 

Anda tak rasa kepentingan keperluan untuk turunkan berat badan. 

Anda rasa, turun ke tidak tak menjejas lansung kehidupan kalian. Setakat baju ketat, boleh beli baju lain. 

Kalian rasa usaha nak kurus itu remeh. Sebab kalau tak turun pun, kalian boleh hidup seperti biasa. 

Jawap kejap, betul tak? 

Anda selesa walaupun rasa terancam! 

Anda terancam, tapi hanya sekejap. 

Fakta fakta yang ada hanya ancaman remeh bagi kalian. 

Obesiti adalah penyakit.

Obesiti penyumbang terbesar masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, strok, serangan jantung dan beberapa jenis kanser.

Anda tahu fakta ni. Bukan saya jea yang cakap.

Kementerian kesihatan, badan berautoriti lain, WHO, semua bagitahu hal yang sama. 

Tapi ancaman ni remeh bagi kalian, sebab kalian bersangka baik kalian akan terselamat dari ancaman ancaman ini. 

Sedangkan bukti jelas didepan mata. 

Kenapa ancaman ini kecil bagi kalian? 

Walaupun rantaian buruk yang bakal berlaku jika kalian terkena penyakit diatas sangat buruk. 

Antaranya - 

Strok - anda terlantar. Mandi, kencing berak kena orang yang anda sayang bantu. 

Serangan jantung yang mungkin membawa kematian - anak dan pasangan anda terpaksa bergantung harap kepada orang lain. Pasangan anda mungkin kahwin lain, anak anak anda terpaksa menerima dia sebagai pengganti. Dan adakah sama kasih sayang anda dan pengganti anda?

Semua contoh diatas hanya contoh walaupun ianya dah berlaku pada insan lain. 

Renunglah sejenak. Dan jawab dari hati yang ikhlas. Adakah kalian rasa pilihan untuk turunkan berat badan kalian sekarang hanya pilihan yang remeh? 

Jika kalian dah jawab. Saya nak usulkan satu solusi. Ianya juga satu pilihan buat kalian. Samada nak atau tidak. 

Cuma usulnya ialah. 

Jika kalian benar benar anggap pilihan kali ni serius dan bukan remeh. Izinkan saya bantu kalian supaya kalian tidak mengulangi keadaan dimana kalian hilang fokus dan berputus asa. 

Saya bantu kalian dengan menjemput kalian menyertai circle saya. Satu program yang mengumpul lebih 300 individu yang sama matlamat dengan kalian. 

Butiran program dan pendaftaran program di - 













Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...